• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

5 Tips Penjagaan Tali Pusat Bayi Baru Lahir

18 July 2015 By azeni 4 Comments

Untuk ibu-ibu yang baru kali pertama mendapat anak, mesti agak kekok menguruskan bayi terutamanya di bahagian tali pusat.

Risau rasa nak pegang dan nak cuci tali pusat kan.

Sebelum itu jom kita lihat apa itu tali pusat.

Tali pusat akan mula terbentuk apabila janin berusia lebih kurang 5 minggu dalam kandungan ibu. Tali pusat akan bersambung dengan dengan ‘uri’ ataupun dipanggil plasenta.

Plasenta memainkan peranan sangat penting untuk menyalurkan darah yang penuh nutrisi dan oksigen untuk membantu janin membesar. Tali pusat diumpamakan seperti ‘talian hayat’ kepada bayi.

Penjagaan Tali Pusat Bayi baru lahir

Apa yang berlaku selepas bersalin?

Selepas bayi selamat keluar samada melalui normal ataupun pembedahan, doktor akan tunggu selama lebih kurang 2—3 minit kemudian baru akan potong tali pusat.

Tali pusat akan berubah warna daripada biru kepada putih. Warna biru menunjukkan masih ada darah untuk dipindahkan kepada bayi.

Menurut WHO (World Health Organization), digalakkan setiap kelahiran untuk tunggu dalam 1-3minit bergantung pada situasi dan tahap kesihatan ibu dan anak ketika itu.

Bayi akan menerima lebih oksigen, peningkatan darah stem cell dan dapat mengurangkan risiko anemia pada bayi.

Mengapa tali pusat lambat dipotong

Kelebihan tali pusat lambat dipotong

Tali pusat yang dipotong perlu menggunakan alatan ‘steril’. Tali pusat tidak boleh dipotong dengan pisau cukur ataupun gunting yang berkarat kerana boleh menyebabkan jangkitan ‘tetanus’ yang berbahaya. Tetapi jangkitan ‘tetanus’ tidak boleh dilihat melalui mata kasar kita. Kebiasanya dikhuatiri bagi mereka yang bersalin secara sendirian ataupun di luar dari hospital. (Sumber)

Tali pusat akan berubah warna dan menjadi kering. Secara normalnya, tali pusat akan ‘luruh’ dalam masa 2 minggu. Tunggul ataupun pusat yang ditinggalkan akan kering dalam 5-7 hari.

5 tips untuk penjagaan tali pusat bayi yang baru lahir.

1. Pastikan tali pusat di ‘angin’ kan

Cuba elakkan daripada memakai baju-baju yang ketat dan boleh menganggu tali pusat.

Juga boleh gunakan diaper ataupun pamper khas untuk newborn yang berlekuk bagi elakkan tali pusat bergesel dengan pamper.

2. Elakkan bayi mandi sebelum tali pusat ‘luruh’

Dalam masa 2 minggu iaitu sebelum tali pusat ‘luruh’, elakkan daripada tali pusat terkena air.

Mudahnya bayi hanya di lap ataupun dibasahkan dengan tuala untuk membersihkan badan. Selain itu, dapat mengelakkan kawasan tali pusat bernanah ataupun berair.

3. Biarkan tali pusat ‘luruh’ sendiri

Jangan sesekali menarik tali pusat walaupun hanya tinggal seurat daripada tunggul. Biarkan ia ‘luruh’ sendiri.

4. Pembersihan kawasan tali pusat

Boleh dicuci dengan putik kapas dan air bersih sahaja sudah memandai. Ada juga sesetengah hospital akan bekalkan alkohol ataupun dipanggil spirit untuk disapukan sekeliling tali pusat.

5. Tahu tentang tanda-tanda jangkitan

Antara tanda-tanda jangkitan pada tali pusat adalah:

i. Bayi akan mudah demam panas

ii. Bayi akan kurang selera untuk menyusu

iii. Tunggul pusat berdarah secara berterusan

iv. Bau busuk ataupun berlendir ataupun bernanah di sekitar tali pusat

Jika nampak tanda yang mencurigakan pada tali pusat, terus bawa berjumpa doktor.

Alat yang digunakan untuk clamp tali pusat bayi

Alat yang digunakan untuk clamp tali pusat

Elakkan daripada letak sebarang ubat tradisional pada tali pusat. Yang dikatanya untuk cepat kering dan tali pusat cepat ‘luruh’.

Ia akan berbahaya pada bayi itu sendiri kerana jangkitan kumam akan masuk dalam badan melalui tali pusat.

Untuk ibu yang baru lepas bersalin, boleh amalkan Set Pantang Bersalin (Untuk Elak Sembelit) bagi memudahkan proses penyusuan badan dan badan kembali bertenaga semula dalam masa 2 minggu.

Semoga dapat membantu dengan info di atas.

6 Punca Mengapa Pendarahan Berlaku Semasa Mengandung
Sakit Kontraksi: Bagaimana untuk Hadapinya Samada di Rumah atau di Bilik Bersalin?

Filed Under: Petua Tagged With: alat untuk clamp tali pusat bayi, cara untuk jaga tali pusat bayi, mengapa tali pusat lambat potong, tip penjagaan tali pusat bayi

Comments

  1. Surya says

    23 July 2015 at 8:03 pm

    Wah info yg mmg best. Nampak simple tp kena tau jgk nk jaga mcm mana kn.

    Reply
    • azeni says

      4 August 2015 at 8:15 am

      Nampak simple kan.
      Semoga membantu sharing ini.

      Reply
  2. Dilla Jalil says

    26 August 2015 at 10:56 pm

    Teringat anak2 masa baby pulak
    Qaireen hari ke 10 tanggal
    Hasya hari ke 6 tanggal
    hehee.
    Dilla Jalil menulis…10 Permainan Untuk Tingkatkan Kemahiran Motor Anak Kecil Dengan Mainan Murah SahajaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      28 August 2015 at 12:18 am

      Bagus nya ingat lagi ya tali pusat anak luruh bila..
      Hehehe..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: naturavitamina@gmail.com

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Kembali Mencoret
  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2025 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Digital