• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

Home Schooling: Satu Penemuan Pendidikan Berkesan

18 December 2016 By azeni 10 Comments

Buku ini daripada negara jiran kita iaitu Indonesia iaitu penulis nya adalah Jamal Ma’mur Asmani. Tetapi dialihkan bahasa oleh Nabila Abd Jalil.

Homeschooling ataupun pendidikan berasaskan daripada rumah. Kalau diikutkan di Indonesia, memang telah giat dan aktif melaksanakan homeschooling ini. Malah ada akta pendidikan khas untuk homeschooling dan juga silibus disediakan.

buku tentang homeschooling

Antara petikan daripada buku ini:

Asas pada bersekolah sebenarnya adalah belajar. Belajar boleh dilakukan di mana pun. Bersekolah hanyalah salah satu cara untuk belajar.

“Adakah benar bersekolah itu automatik sama dengan belajar?”

Jawapannya adalah belum tentu!

Robert Kiyosaki menyatakan:

Life is not about grades. Life is about lifelong learning.

Tajuk yang dibincangkan dalam buku ini lebih kepada bagaimana dan cara-cara untuk melaksanakan homeschooling.

1. Tips Memilih HomeSchooling

2. Kurikulum Ideal HomeSchooling

3. Pengurusan Mengendalikan HomeSchooling

4. Peranan Penting IbuBapa dalam HomeSchooling

5. Kemudahan Prasarana dalam HomeSchooling

6. Tips Mengembangkan Kualiti HomeSchooling

Sebenarnya paling ketara sekali bila lakukan homeschooling, secara automatik ia berkaitan dengan parenting style. Guru pertama untuk anak adalah daripada ibunya sendiri kan sejak daripada dalam rahim lagi hingga menjengah dunia.

Walaupun anak bersekolah formal, tetapi tanggungjawab sebagai guru masih dipikul oleh ibubapanya juga. Silibus mahupun kurikulum di sekolah sebagai media ataupun perantaraan sahaja. Selebihnya perlu di didalami oleh ibubapa bagi memahamkan anak-anak.

Homeschooling bukan sekadar mengajar perkara yang berhubungan dengan “akademi” anak, tetapi mendidik anak adalah sepanjang hidup kita sebagai ibu bapa kan.

Alasan yang biasa kita dengar adalah bila homeschooling adalah:

1. Ibubapa bukanlah guru professional dan bagaimana untuk mendidik dan mengajar anak-anak?

2. Anak-anak tidak boleh bersosial kerana tidak bergaul dengan kanak-kanak sebaya disekolah.

3. Tidak tahu kurikulum untuk diajarkan kepada anak.

4. Belanja untuk membeli perkakasan sekolah mahal.

Jawapan soalan 1:

Ibubapa adalah orang tua. Orang tua sebenarnya guru kepada orang muda. Semua orang yang boleh membaca, boleh mengajar membaca. Begitu juga mengira.

Untuk subjek fizik dan kimia bagaimana pula kan?

Biasanya salah faham disini berlaku. Homeshooling bukan mengajar anak tetapi belajar bersama anak. Jika ada kesukaran, bantuan perlu dicari.

Jawapan soalan 2:

Bersekolah di rumah bukannya dikurung. Tetapi anak bebas bermain di taman ataupun dengan jiran tetangga. Malah bebas bergaul di sekolah tidak formal seperti sekolah muzik ke kelas berenang ke ataupun aktiviti sukan lain.

Jawapan soalan 3:

Bab kurikulum banyak dikongsikan di media massa. Terutamanya di luar negara. Dengan jaringan internet yang sangat meluas dan tanpa batasan, memang mudaj diakses.

Kurikulum luar negara yang sedang popular untuk homeschooling adalah dari Universiti Cambridge. Boleh dimuat turun secara percuma melalui www.cie.org.uk.

Jawapan soalan 4:

Perbelanjaan untuk homeschooling lebih murah kerana lebih menggalakkan penggunaan alam sekitar mahupun alam sebagai bahan bacaan.

Bab perbelanjaan memang perlu dititikberatkan tetapi tanggungjawab yang perlu dipikul lebih daripada segala-galanya untuk perkembangan anak.

Nak tahu tak:

Albert Einstein boleh bercakap apabila usia 4 tahun di mana keputusannya di sekolah rendah sangat buruk dan bahkan tidak lulus ujian kemasukan pertamanya di Zurich Polytechnic.

Tetapi namanya menjadi sebutan dan meninggalkan kesan pada dunia.

Thomas Edison dianggap bodoh oleh gurunya untuk belajar di sekolah. Beliau hanya belajar selama 3 bulan sahaja di sekolah dan akhirnya diajar oleh ibunya sendiri di rumah. Kini namanya adalah seorang pencipta hebat kan.

Di dalam buku ini juga, menerangkan silibus belajar untuk negara-negara luarnegara yang sememangnya mengamalkan konsep homeschooling. Ada juga umur kanak-kanak di sekolah rendah tiada peperiksaan dilakukan.

Lebih berorientasikan kecenderungan dan minat masing-masing. Bila umur memasuki sekolah menengah rendah, baru diaplikasikan peperiksaan mengikut kecenderungan.

Namun perlu diingat bahawa paling penting untuk homeschooling adalah kurikulum. Tidak kira ia adalah pendidikan secara formal ataupun tidak.

Ibubapa perlu mempunyai pemahaman kurikulum yang mendalam dan dilengkapi dengan visi kurikulum yang dinamis, untuk memenuhi jangkaan dan progresif.

Secara keseluruhan, intipati buku ini sangat menyenangkan untuk dijadikan panduan untuk ber homeschooling. Panduan untuk ibubapa menyediakan anak-anak dalam lingkungan homeschooling.

Perlu diingat, homeschooling dilakukan bukan untuk menidak kan pendidikan sepatutnya yang perlu anak-anak dapat. Ia lebih kepada alternatif untuk anak-anak belajar dengan cara sendiri. Lebih kepada mengikut kecenderungan dan juga minat.

Ada ibubapa cuba kurangkan pembelajaran yang berorientasikan peperiksaan. Yang mana rata-rata memberikan impak kepada attitude dan juga personaliti kanak-kanak itu yang kurang memberansangkan.

Tepuk dada tanyalah selera.

Bagaimana untuk kita sebagai ibubapa ingin corakkan anak-anak kita.

Semoga penulisan ini sedikit membantu untuk ibubapa yang ingin melakukan homeschooling anak-anak. Dan saya sangat recommend untuk mendapatkan buku ini sebagai panduan.

Terima kasih sudi membaca.

Azam Baru Untuk Tahun 2017
5 Cara Untuk Paksa Diri Baca Buku

Filed Under: Santai Tagged With: buku homeschooling, homeschooling, Review buku

Comments

  1. BudakVanilla says

    20 December 2016 at 2:23 pm

    tabik dengan memana ibubapa yg mengamalkan home schooling nie. sebab bukan mudah. memana pilihan pun ada kebaikan tersendiri 🙂
    BudakVanilla menulis…my first EZBUY haul | good or bad experience?My Profile

    Reply
    • azeni says

      24 December 2016 at 9:15 pm

      Terpulang pada ibubapa itu sendiri kan..

      Reply
  2. ira says

    20 December 2016 at 3:30 pm

    thanks for sharing, nice info.
    ira menulis…L.A.T MAGIC SESSION – GRAND FINALE 2016My Profile

    Reply
    • azeni says

      24 December 2016 at 9:15 pm

      Semoga membantu..

      Reply
  3. titan says

    21 December 2016 at 4:43 pm

    itu alternatif.

    takde masalah dan takde paksaan.

    sapa sanggup, boleh buat.
    titan menulis…Grazie di TuttoMy Profile

    Reply
    • azeni says

      24 December 2016 at 9:16 pm

      Terima kasih nasihat cikgu ahmad faizal

      Reply
  4. MeqZa Abdul Rahman says

    28 December 2016 at 3:49 pm

    Memang tanggungjawab kita sebagai ibubapa juga kan. Homeschooling ni best kalau kita pandai olah silibus tu
    MeqZa Abdul Rahman menulis…Krim Malam untuk Wanita yang Ingin Kelihatan Lebih Muda Setiap PagiMy Profile

    Reply
    • azeni says

      1 January 2017 at 4:18 pm

      Ya betul tue kak.
      Homeschooling nie lebih pada kreativiti kita dan juga parenting anak-anak.

      Reply
  5. Nida says

    29 December 2016 at 4:14 pm

    Cabaran ibu bapa di Malaysia ialah berhomeschooling.

    Tapi sangat berminat
    Nida menulis…5 KELEBIHAN ANAK ANAK BERMAIN YANG IBU BAPA PERLU TAHUMy Profile

    Reply
    • azeni says

      1 January 2017 at 4:19 pm

      Memang menarik pun.
      Hehehe.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: naturavitamina@gmail.com

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Kembali Mencoret
  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2025 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Digital