• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Resipe Spagetti Goreng Basah

20 August 2015 By azeni 14 Comments

Rasa macam selalu masak mee kuning, kuehteow ataupun bihun sahaja kan. Kalau spegetti tue selalu memang menu omputih la kan.

Apa kata spaghetti dibuat dengan masakan goreng basah. Ala-ala mee goreng basah kan. Rasanya pun sedap juga sama macam mee goreng.

Resipi spagetti goreng basah

Saya selalu masakkan spaghetti goreng basah sebab spaghetti sentiasa ada di rumah. Kalau mee kuning ataupun kuehteow kena beli dulu kan. dan tak boleh disimpan lama. Nanti keras ataupun berbau.

So spaghetti pilihan paling mudah.

Resipi spagetti goreng basah

Jenis-jenis pasta dan spagetti

Bahan-bahannya adalah:

1. Spagetti.

Boleh guna jenis spaghetti ataupun angel hair ataupun fusilli (swirls).

2. Cili kering yang di blend

3. Kicap

4. Sos tiram

5. Bebola ikan

6. Udang dan ayam yang dipoting kecil

7. Carrot, sawi dan tomato (sayur yang digunakan bergantung apa sayur yang ada dirumah). Hehehe.

8. Garam secukup rasa

Cara membuatnya:

i. Spagetti direbus terlebih dahulu. Tetapi jangan terlalu lembut sangat.

ii. Tumis cili kering hingga garing.

iii. Masukkan ayam dan udang bersama.

iv. Masukkan sos tiram secukup rasa.

v. Kicap diletakkan mengikut banyak mana spaghetti ingin dimasukkan. Letak biar bersesuaian yea. Letak garam secukup rasa.

vi. Letak carrot dan spaggeti digaulkan.

vii. Last sekali diletakkan sawi dan tomato.

resipi spagetti goreng basah

Siap masak spaghetti goreng. Boleh ditabur dengan bawang goreng dan daun sup.

Jangan biar lama-lama sebab nanti spagetti mudah kembang dan tidak sedap dimakan.

Boleh buat menu sarapan pagi ataupun makan malam.

Pilihan Hantaran Perkahwinan Yang Ekslusif dan Berbaloi
Benarkah Mandi Bunga Sekadar Untuk Pengantin Baru Sahaja Ke?

Related

Filed Under: Santai Tagged With: resipi spagetti goreng basah

Comments

  1. serinian says

    22 August 2015 at 11:46 am

    kira masak mcm mee bisa la ni…tak terpikir plak
    good idea…
    serinian menulis…kenapa vitamin C dari roseship sangat popular berbanding orange atau anggur?My Profile

    Reply
    • azeni says

      23 August 2015 at 2:57 pm

      Ya masak macam biasa macam goreng kuehteow ataupun mee.
      Cuba la nian.

      Reply
  2. titan says

    22 August 2015 at 8:21 pm

    wahh..

    macam sedap aje nih.
    titan menulis…Kekal Sihat dan Langsing dengan Set Bersalin NR (Nona Roguy)My Profile

    Reply
    • azeni says

      23 August 2015 at 2:57 pm

      Memang sedap pun..
      Hahaha.

      Reply
  3. emalin mohd says

    22 August 2015 at 10:41 pm

    Hari tu ada makan spageti goreng tapi rasa macam tak berapa sedap. Tak tau pulak boleh buat spageti goreng basah.

    Angel hair tu memang sentiasa ada kat rumah. Boleh try juga ni
    emalin mohd menulis…Cara Mengurut Bayi Yang Betul Agar Bayi Tidak MeragamMy Profile

    Reply
    • azeni says

      23 August 2015 at 2:58 pm

      Try la emalin.
      Jangan biar lama-lama buat.
      Siap masak terus makan.

      Reply
  4. akubiomed says

    22 August 2015 at 11:39 pm

    Yang ini istimewa apabila spagetti di melayukan. 🙂
    akubiomed menulis…Garment steamer Salav membuatkan menggosok baju tidak lagi membosankanMy Profile

    Reply
    • azeni says

      23 August 2015 at 2:59 pm

      Hehehe.
      Boleh pelbagaikan menu goreng-goreng..

      Reply
  5. Dr Fattah says

    23 August 2015 at 1:35 am

    masa untuk menjamu selera dan menambah kalori.
    Dr Fattah menulis…Tips Jawab Ujian Psikometrik Separa PerubatanMy Profile

    Reply
    • azeni says

      23 August 2015 at 3:00 pm

      Sekali sekala Dr Fattah.

      Reply
  6. SaniYunus says

    23 August 2015 at 2:54 am

    Orang umah suka dengan spaggeti, mungkin nak suruh dia buat yang basah lah pulak lepas ni..:-)
    SaniYunus menulis…Kenapa Anda Perlu Ada Akaun Perbankan Internet / Online?My Profile

    Reply
    • azeni says

      23 August 2015 at 3:00 pm

      Hehehe..
      Try la Sani Yunus.
      Tukar selera pula.

      Reply
  7. mia says

    3 December 2015 at 4:58 pm

    Dh try masak,sdap jua

    Reply
    • azeni says

      5 December 2015 at 8:45 am

      Sedap kan.
      Hehe

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer