• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Sikap Lelaki Dulu Lain Dengan Lelaki Sekarang?

26 March 2015 By azeni 24 Comments

Banyak beza kan sikap lelaki dulu dengan lelaki sekarang?

Dari segi sikap dan personaliti memang berlainan seiring dengan peredaran masa dan teknologi  sekeliling kita. Malah cara didikan pun memang banyak mempengaruhi juga. Misalnya:

1. Jika anak tunggal memang akan terlebih manja dan susah untuk berdikari. Nak-nak kalau kat rumah ada maid kan.

Memang jadi anak manja sampai ke tua la. Hahaha.

2. Bersekolah di asrama. Memang akan pandai menguruskan diri dan pandai lipat baju!

3. Kalau ada adik beradik yang ramai dan merupakan anak yang sulung. Ini memang bertanggungjawab dan jenis caring kan.

Jenis ini kalau kahwin memang suka tolong isteri kebanyakannya la..

4. Kalau anak lelaki seorang dikelilingi semua adik beradik perempuan.

Pun bagus juga sebab akan lebih memahami wanita sebab terpengaruhi dan faham dengan adik beradik sendiri kan.

Jangan ada yang berubah personaliti ke arah ‘lembut’ sudah la.

Dan banyak lagi jenis-jenis lelaki lagi yang ada di dunia.

Apa beza lelaki dulu dengan lelaki sekarang?

Lelaki dulu vs lelaki sekarang

Dengan faktor sekeliling seperti yang dinyatakan di atas, sebenarnya ia banyak mempengaruhi karakter dan personaliti lelaki itu sendiri. Malah kalau sudah berkahwin pun, kebanyakannya tetap akan bersikap yang sama juga.

Dulu lelaki dikatakan lebih egoistik dan tidak romantik berbanding sekarang. Dulu susah sangat nak tengok lelaki ataupun suami tolong isteri buat kerja-kerja rumah. Maklum la dulu-dulu kurang cerita romantik ataupun drama-drama Korea di televisyen kan (faktor yang agak minor sebenarnya kan). Hehehe.

Sekarang ini, kebanyakan suami isteri bekerja sama-sama dan masing-masing saling tolong yang mana sempat. Tambah pula melibatkan anak-anak kan. Memang tak menang tangan kalau urus seorang diri rasanya.

Mungkin juga lelaki sekarang lebih lembut hati bila tengok isteri buat kerja tanpa henti kan. Tetapi banyak juga lelaki buat endah tak endah juga.

Asal balik rumah, nak makanan tersedia. Tak sempat nak tolong isteri katanya sebab dah terlalu penat kerja. Erkkk..

Rasa-rasa kebanyakan kaum ibu jadi macam wanita dalam video nie tak?

Ataupun lelaki terasa tercabar dengan pengakuan berani wanita ini terhadap semua kaum suami?

Jangan bikin kontronversi ye…


Bukan semuanya macam tue kan. Ada juga suami yang sanggup nak tolong isteri walaupun sebenarnya dia tak pandai nak buat pun. Asal tolong je kan. Selalu tengok situasi macam nie tak?

Minta tolong tengok kan anak je tapi rumah bersepah.

Mintak tolong masak je tapi tak tolong basuh pinggan mangkuk pun.

Suruh mandi anak je tapi tak bagi pakai baju.

Hahaha..

Si ibu jadi makin pening kan.

Mungkin dalam tempoh di awal perkahwinan, semuanya akan ok semuanya ditelan sahaja. Tetapi lama-kelamaan mungkin itu menjadi satu bebanan walaupun secara tradisinya adalah kerja wanita. Bukan untuk merungut ataupun merasa tidak adil.

Tapi sekurang-kurangnya sama-sama merasai bebanan itu. Bantu yang mana boleh kan.

Pepatah Melayu pun menyatakan berat sama dipikul, ringan sama dijinjing kan.

So hargailah wanita disekeliling anda. Kerana wanita itu sungguh berharga ye.

 

5 Tips Persediaan Menjadi WAHM
Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora

Related

Filed Under: Santai Tagged With: Apa beza lelaki dulu dan lelaki sekarang, Lelaki dulu egoistik?, Lelaki sekarang maskulin, Lelaki tidak suka tolong isteri

Comments

  1. Hero Borneo says

    27 March 2015 at 8:57 am

    saya dalam kategori lelaki akan datang pulak..he..he..bukan dulu dan bukan sekarang
    Hero Borneo menulis…3 Teknik Blogwalking Yang TerbaikMy Profile

    Reply
    • azeni says

      27 March 2015 at 9:53 am

      Wahhh future man nie HB.
      Macamna tue personaliti?
      Jangan macam X-Men sudah la yea.
      Hihi

      Reply
  2. NURUL AZIYANA BINTI KAMARUDDIN says

    27 March 2015 at 10:51 am

    hahahaah lucu weh!
    NURUL AZIYANA BINTI KAMARUDDIN menulis…Tips Kawal Anak Main Gadjet Cara PraktikalMy Profile

    Reply
    • azeni says

      27 March 2015 at 1:54 pm

      Hahahaha.

      Reply
  3. titan says

    28 March 2015 at 12:04 pm

    gua memang manja dengan mak gua.

    haha..
    titan menulis…Cerita bini yang baik dan solehah.My Profile

    Reply
    • azeni says

      29 March 2015 at 9:04 pm

      Kalau jenis manja dengan mak mesti jenis caring kot.
      Huhuhu..

      Reply
      • titan says

        1 April 2015 at 11:51 pm

        tak la.

        bini gua kata gua tak romantik. haha…
        titan menulis…Cerita bini yang baik dan solehah.My Profile

        Reply
        • azeni says

          4 April 2015 at 12:30 am

          Yeke.
          Di mulut cakapnya lain.
          Hatinya cakap lain.
          Huhu

          Reply
  4. blogger lelaki says

    28 March 2015 at 10:18 pm

    saya ni kadang2 suka tolong..kadang2 tak..sebab tak tolong tu kita memang penat selepas balik kerja..kena ambil masa untuk rehat..main dengan anak..hu3
    blogger lelaki menulis…40 Faktor Penting SEO Ranking Tinggi di SERP (Part 1)My Profile

    Reply
    • azeni says

      29 March 2015 at 9:06 pm

      Huhuhu.
      Biasa la bro.
      Yang penting komunikasi sesama sendiri.

      Reply
  5. Dilla Jalil says

    29 March 2015 at 11:14 pm

    kan??zaman sekarang kita mmg perlukan suami yg boleh bantu kita sama2 dlm uruskan anak..penat woooo….hehehe

    Reply
    • azeni says

      31 March 2015 at 9:31 am

      Memang pun.
      Kena sama-sama la.
      Keje dari rumah lagi tak menang tangan.

      Reply
  6. Aretikz says

    30 March 2015 at 4:15 pm

    Saya separuh dulu, separuh sekarang.. mcm mna tu? hehe..

    Tapi yang numb 2.. walaupun sekolah asrama.. xdanya lipat, sumbat jak.. haha..
    Aretikz menulis…Apa Kriteria Untuk Menjadi Best Blog?My Profile

    Reply
    • azeni says

      31 March 2015 at 9:32 am

      Hahaha.
      Yeke.
      Tapi ada juga pandai buat kerja rumah kalau duk asrama.

      Reply
  7. Ikhwan Fahmi says

    30 March 2015 at 11:32 pm

    saya suami yang bekerja dari rumah, ada masanya saya bantu buat kerja-kerja rumah.
    Ikhwan Fahmi menulis…Peperiksaan Online Pembantu Tadbir N17My Profile

    Reply
    • azeni says

      31 March 2015 at 9:38 am

      Nie memang banyak masa kat rumah la kan.
      Hehehe.

      Reply
  8. muliani says

    5 April 2015 at 7:29 pm

    hahaha. macam macam lelaki sbnarnya

    Reply
    • azeni says

      9 April 2015 at 9:51 am

      Sangat macam-macam muliani.
      Sama dengan wanita yang macam ragam kan.
      Hihi

      Reply
  9. kerja sendiri says

    14 April 2015 at 7:36 pm

    lelaki dulu suka dengar lagu lama, lelaki sekarang suka dengar lagu baru…
    kerja sendiri menulis…Apakah pekerjaan yang paling baik?My Profile

    Reply
    • azeni says

      15 April 2015 at 12:25 pm

      Hehehe.
      Tak kesah dengar lagu lama ke baru.
      Janji rajin tolong.

      Reply
  10. muliani says

    14 April 2015 at 10:25 pm

    haha tulah pasal. nasib lah si suami ni ada kesedaran diri. hihi

    Reply
    • azeni says

      15 April 2015 at 12:26 pm

      Masing-masing ada kelebihan tersendiri kan.

      Reply
  11. ohcikgu says

    19 April 2015 at 7:07 am

    lebih kurang aje.

    miangnya tetap sama.

    hehe..
    ohcikgu menulis…Calonkan GURU kesayangan anda dalam 1BestariNet Teacher Awards 2015My Profile

    Reply
    • azeni says

      20 April 2015 at 4:36 pm

      Hahaha.
      Yeke.
      Lelaki tetap lelaki cikgu.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer