• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

Impian Bungee Jumping di New Zealand

7 February 2019 By azeni 6 Comments

Impian Bungee Jumping di New Zealand..

Ini antara salah satu impian saya rasanya sejak zaman sekolah iaitu bungee jumping.

Masa tu tahun 90an bila Sunway Lagoon di buka pertama kali. Kalau ikut Wikipedia dibuka pada tahun 1993. Masa tu memang asyik di iklan je di tv kan.

Dan bila makin lama dibuka ada pakej sekali kalau tak salah saya untuk bungee jumping di Sunway Lagoon.

Wow rasa takjub sangat.

Saya ni pun masih ada juga rasa gayat di tempat tinggi tapi jenis suka nak mencuba. Dulu zaman sekolah memang duduk aktif ber flying fox dengan rock climbing untuk aktiviti pasukan berseragam.

Sampai zaman universiti pun seronok buat aktiviti tue.

Rasa adrenaline rush gitu.

Cuma sampai sekarang belum cuba lagi bungee jumping ni. Mungkin akan cuba di Sunway Lagoon. Ataupun ada rezeki nak cuba di New Zealand. Lebih tinggi tahap ketinggian dengan pemandangan yang lebih cantik.

Kenapa di New Zealand?

Antara tarikan utama juga untuk bungee jumping di New Zealand sebab ia beroperasi secara komersial. Paling glamer di Kawarau River. Menjunam ke permukaan air kebiru-biruan kehijauan.

Cantik betul la tengok gambar Google kan. Hahaha.

Rasa meluap-luap je.

Ladang Lavender di New Zealand

Antara kos dianggarkan dalam NZ $150 ataupun dalam RM450 gitu. Mahal juga itu. Telan air liur tengok pakej. Salah satu yang saya lebih suka bungee jumping di New Zealand adalah nature yang sangat cantik membuatkan aktiviti bungee jumping itu sendiri mendapat permintaan tinggi.

Mungkin ada juga orang suka bungee jumping dari bangunan tinggi seperti Menara Macau yang antara tertinggi di dunia.

Pastinya bila boleh ber bungee jumping ni mesti wajib nak kena pusing North dan South New Zealand kan bersama satu keluarga. Terlalu banyak sangat tempat menarik di sana bagi pencinta alam. Katanya syurga dunia kan.

Alahai seronok betul tengok gambar. Belum lagi dengan mata sendiri kan.

Nama pun impian kan.

Saya coretkan disini untuk pembakar semangat saya bekerja lebih keras lagi untuk realisasikan impian saya untuk tahun 2019. Berpuluh tahun rasanya sejak zaman sekolah menengah. Sekarang sudah beranak 3 orang dah. Lama betul peram kan. Mujur belum jadi pekasam lagi. Haha.

Mungkin bukan tahun 2019, ataupun ke depan lagi. Insyallah kita berusaha kan. Rezeki semua datangnya daripada Dia.

Doakan saya dapat capai impian ber bungee jumping sambil ber motorhome pusing meneroka di New Zealand bersama keluarga.

Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan

Filed Under: Santai

Comments

  1. Wan syahida says

    20 February 2019 at 3:00 pm

    semoga impian tercapai….huhu..

    Reply
    • azeni says

      20 February 2019 at 3:01 pm

      Hihihi.. Terima kasih.. 🥰🥰

      Reply
  2. Wan syahida says

    20 February 2019 at 3:01 pm

    semoga impian tercapai….huhu.. dan semoga dimurahkan rezeki.
    Wan syahida menulis…Kursus Mobile Spa Termurah 2019My Profile

    Reply
    • azeni says

      20 February 2019 at 3:04 pm

      Amin.. Terima kasih tau.. Hehehe

      Reply
  3. sharmien says

    15 March 2019 at 12:21 am

    aminn. pasti tercapai impian tu selagi kita terus usaha.

    Reply
  4. titan says

    18 August 2019 at 6:10 am

    tak pernah buat.

    tapi mesti bini tak bagi buat.

    haha
    titan menulis…Once upon a timeMy Profile

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: naturavitamina@gmail.com

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Kembali Mencoret
  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2025 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Digital