Pengalaman tumpah darah saya ini adalah masa bersalin anak ke tiga saya. Pengalaman yang tak mampu saya lupakan dan boleh terasa serik sangat.
Serik ke nak mengandung?
Opsss. Hihihi.

Sejarah bersalin untuk anak-anak saya memang size berat bayi kategorikan besar. Semuanya bersalin secara normal.
Anak pertama = 3. 65kg
Anak kedua = 3.55 kg
Anak ketiga = 4 kg
Anak 1 dan 2 saya memang saya terpaksa induce sebab doktor risau baby semakin membesar. Memang saya bersalin dalam 40 minggu dan lebih kebiasaannya. Dan untuk anak ke 3, saya bincang dengan doktor untuk natural contraction. Tak mahu induce.
Boleh juga baca pengalaman saya mengandung anak ketiga disini – Pengalaman Hamil Dengan Berat Badan Tak Mendadak Naik.
Dan doktor cakap boleh tunggu sampai natural contraction memandangkan fizikal saya pun tinggi dan doktor anggarkan masih boleh bersalin normal. Tapi masa kandungan 40 minggu, berat baby cepat naik sampai 3.8kg.
Pada hari yang sepatutnya saya kena serah diri untuk induce, rupanya pagi tu memang sudah ada natural contaction dah. Cuma saya sendiri tak tahu.
Bagi yang pernah kena induce tahu betapa sakit sangat contraction nak-nak bila drip masuk air pula. Tapi bila natural contraction nya, boleh rileks je.
Dan masa saya warded tengahari, bukaan sudah 5cm. Doktor bagi masa sampai petang untuk bukaan 8-9cm gitu. Tak lama lepas tu, ada darah keluar. Saya masih lagi rileks.
Tapi tiba-tiba sakit mengeras sangat perut terus suami panggil kan doktor dan nurse. Disebabkan lunch hour, doktor tengah makan. Hahaha.
So nurse yang sediakan saya di labour room. Masa tu memang sakit dah rasa nak meneran dah. Doktor sampai, dan cakap kepala bayi sudah nampak. Boleh start meneran.
2 kali sahaja saya teran, terus baby keluar dengan sempurna nya. Mudah sangat rasa bersalin kali 3 nie. Berat baby masa keluar 4kg tau. Terkejut sangat saya.

Lepas itu bermulanya trauma saya bila darah non stop keluar macam air paip. Masa tu, doktor tengah check keadaan baby semua dan saya masih dalam keadaan berehat sebelum doktor ada nak buat jahitan. Ada luka sikit di bahagian vagina.
Saya ada amalkan cara untuk lembutkan sekitar vagina bagi bantu percepatkan bukaan semasa nak bersalin. Boleh baca di sini Cara Elakkan Koyakan Semasa Bersalin.
Lepas doktor jahit dan cucuk suntikan di paha untuk kecutkan rahim. Lupa saya nama suntikan tu.
Darah masih keluar banyak walaupun uri dah dikeluarkan dan doktor mula risau. Masa tu saya tak boleh lagi menyusu anak first time walaupun hampir 2 jam bersalin dah.
Sebab banyak prosedur nurse terpaksa buat untuk baby masa tu.
Saya bersalin dalam pukul 1.25 petang sampai pukul 5 petang masih bleeding. Doktor bagitau yang rahim saya macam belon. Kecut sekejap kembang semula. Bila rasa macam rahim kembang, masa tu saya akan pitam dan pengsan sekejap walaupun tengah baring.
Doktor cakap kemungkinan rahim saya injured sebab rahim strect tahap maksimum untuk tampung baby terlalu besar. So jadi rahim tak boleh kecut naturally. Doktor terpaksa decided untuk rujuk saya ke hospital Sungai Buloh.
Oh ya saya bersalin di Hospital Pusrawi Kota Damansara.
Sebab utamanya, bekalan darah tak cukup di hospital Pusrawi. Terus dalam pukul 9 lebih seingat saya di bawa naik ambulans dalam keadaan pengsan. Seumur hidup saya tak pernah naik ambulan. Melambung lambung dalam ambulan dek laju nya bawa. Hahaha.
Cemas bercampur lawak.
Di hospital, saya di periksa lagi hingga ada doktor berulang kali periksa pangkal rahim. Darah masih keluar lagi hingga doktor senior decided kena operation. Pucat lesi saya rasa bila dengar macam tu.

Ada kemungkinan hingga worst case untuk buang rahim kalau bleeding masih tak berhenti. Sebab doktor anggarkan saya kehilangan darah 1.5 liter. Bahaya!
Prosedur untuk masuk OT room memang ambil masa kan. Saya berdoa banyak-banyak dipermudahkan untuk saya dan anak-anak. Terbayang keadaan baby saya tinggalkan tak sampai 24 jam bersalin. Sayu dan sedih.

Lepas saya kena bius, bila sedar pukul 2 pagi. Tengok suami masih meneman di luar OT room sebelum kena hantar ke ward biasa. Alhamduilah suami bagitau tak jadi operate sebab darah stop sendirinya.
Allahuakbar. Rasa keajaiban betul.
Bersyukur saya dalam hati dipermudahkan semuanya.
Keesokkan awal pagi suami ambilkan baby di hospital Pusrawi dan hantarkan pada saya terus bonding untuk menyusu. Alhamduilah boleh menyusu seperti biasa lepas dipujuk-pujuk.
Masalah utama masa tu adalah saya kena naikkan hb darah saya untuk keluar cepat-cepat daripada hospital. Mestilah kita nak rehat di rumah sendiri kan.
Masa ni saya memang ambil secara konsisten set vitamin untuk tambah darah merangkumi set pantang bersalin iaitu Vitalea (multivitamin), Vitamin C, Bcomplek, protein ESP, kalsium (ostematrix) dan Alfalfa.
Memang saya ambil dose lebih untuk percepatkan hb naik dan pada masa yang sama bagi tenaga pada badan. Bila darah hilang banyak, badan memang lemah lesu kan. Pula menyusu anak setiap masa.
Memang sangat memenatkan.
Alhamduillah lepas 3 hari, hb saya naik ke paras normal dan boleh keluar balik berpantang di rumah. Lega..
Dan ini pengalaman berharga dalam hidup keluarga kecil kami.
Bagi anda yang brminat untuk dapatkan set vitamin tambah darah merangkumi set pantang bersalin ni, boleh hubungi saya ya.
Saya sedia berkongsi pengalaman dan detail cara makan vitamin nanti saya akan guide untuk bantu percepatkan proses recovery.
Terima kasih sudi baca pengalaman saya ini. Semoga dapat bagi info yang bermanfaat bersama-sama.

Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864
Page FB : azeniahmad.com
COD area: Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.
Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.
Pengalaman berharga.. Lain-lain anak lain pengalaman..
Itulah kan.
Pengalaman menyerik.
Ehh…
:p
Alhamdulillah mujur berhenti sendiri.. ngeri baca.. bahaya sungguh tumpah darah Ni kan
tumpah darah, tak pernah.
selalu berdarah tangan dan kaki ni ya.
dok kena cakaq dengan anak.
titan menulis…Once upon a time
pengalaman berbeza .tahniah berkongsi..ramai dapat menafaat
patut la nurse suka sngat marah2 bila anak besar sangat la, anak kecik sgt la…rupanya tumpah darah pun boleh terjadi juga kan. baru sedar diri ni. x patut bengang dgn nurse la lepas ni kan….tq perkongsian
Tumpang tanya, nama dr di Pusrawi KD apa ya?
Doktor Zulkhairi