• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Mengandung Kali ke3 Tanpa Berat Badan Naik Mendadak. Ini Cara Saya.

6 October 2016 By azeni 7 Comments

Alhamduillah.

Usia kandungan kehamilan saya memasuki 6 bulan lebih ataupun 25 minggu sudah. Kalau ikutkan pemeriksaan dengan doktor, bayi ahead 1 day. Hehe.

Tetapi semuanya dalam keadaan normal dan selamat.

Cara elak berat badan naik mendadak semasa mengandung

Doktor menyatakan bahawa keadaan baby sudah berpusing di bahagian bawah. Dan terdapat sikit lagi plasenta di bukaan servik. Iaitu saluran untuk bayi keluar secara normal. Tetapi majoritinya plasenta ataupun uri yang tebal sudah berada di bahagian atas.

Info yang menarik saya baru dapat daripada doktor yang periksa saya. Plasenta ataupun uri memang tebal meliputi keseluruhan kandungan kita. Tetapi ia akan bergerak ke bahagian atas apabila usia kandungan semakin meningkat.

Plasenta penting untuk membekalkan oksigen dan makanan kepada bayi dan juga sebagai pengeluar hormone.

Keadaan yang normal apabila plasenta tidak akan menutupi di bahagian bukaan servik apabila usia kandungan semakin matang. Sebab itu, ada sesetengah ibu hamil masih alami pendarahan seperti titik-titik darah haid disebabkan plasenta ini.

Dan doktor sendiri menyatakan jika saya masih mengalami pendarahan di hujung trimester kedua, itu adalah normal. Cumanya pendarahan yang tak terlalu banyak la.

Biasanya ramai masih alami pendarahan di peringkat awal trimester kandungan. Ini disebabkan oleh perubahan hormone wanita itu sendiri sebelum badan mengadaptasikan kepada hormone mengandung.

Boleh baca info disini iaitu Mengapa Pendarahan Berlaku di Usia Awal Kandungan.

Apa itu plasenta?

Mengikut pemeriksaan doktor, berat bayi saya dalam keadaan normal iaitu 800gram dengan keadaan air ketuban yang cukup. Air ketuban tidak boleh terlebih ataupun terkurang ya.

Itu boleh menjadi petunjuk dan penanda aras yang proses perkumuhan bayi dalam kandungan tidak normal.

Boleh baca disini detail tentang Bahaya Tentang Air Ketuban Samada Terlebih ataupun Terkurang.

Secara fizikalnya bentuk perut memboyot saya tidak terlalu besar dan itu yang menghairankan doktor. Hehe.

Macam magik pula kan. Ini disebabkan oleh konsistennya saya ambil Set Vitamin Kehamilan Shaklee. Perubahan berat badan tidak mendadak naik berbanding kehamilan anak pertama.

Seumpamanya ‘anak gajah’ naik berat badan dan mengembang lagi. Haha.

Disebabkan saya seorang yang aktif walaupun hanya bekerja di rumah sahaja (WAHM), tetapi boleh dikatakan setiap hari wajib keluar. Memang sangat memenatkan pula dengan anak 2 orang lagi kan.

Sangat-sangat membantu dengan Set Vitamin Kehamilan Shaklee untuk pastikan saya mendapatkan nutrisi yang cukup, tidak kepenatan dan badan tidak terhidrat. Malah masih lagi aktif bersukan renang walaupun nampak seolah badan dugong pula kan.

Hahaha.

Dan tahukah anda sukan berenang sangat sesuai dan digalakkan untuk ibu hamil memandangkan ia sukan paling tiada risiko untuk kecederaan. Secara tidak langsung boleh membantu melatih proses penafasan untuk bersalin nanti.

Baca baca disini Riadah Renang kami sekeluarga.

Jangan ingat kehamilan kali ketiga, semuanya akan ingat dan mudah memandangkan ada pengalaman sebelum ini. Tidak ya puan-puan.

Sebab faktor umur akan mempengaruhi kekuatan dan tenaga kita semasa mengandung hingga ke proses bersalin. Sebab itu sangat penting suplemen vitamin yang cukup dan senaman yang bersesuaian.

Vitamin ibu mengandung untuk hb tinggi

Suplemen vitamin mengandung yang saya amalkan adalah:

1. Vitalea

Iaitu multivitamin yang mengandungi zat besi. Untuk bantu stabilkan dan naikkan hemoglobin (hB) darah. Darah yang cukup akan membantu peredaran oksigen yang sempurna ke seluruh badan dan kepada bayi.

Dikhuatiri hB rendah akan memberi kesan semasa proses bersalin kelak.

2. Vitamin C

Diambil bersama dengan zat besi untuk penyerapan dalam darah kita. Juga bertindak untuk kuatkan antibodi badan ibu daripada terkena demam dan selesema ataupun apa-apa virus.

Vitamin C diambil konsisten dapat kurangkan regangan ataupun stretch mark di bahagian perut dan paha bila usia kandungan meningkat. So kulit tidak terlalu teruk nampak garisan putih kan. Hehe.

3. Bcompleks

Iaitu vitamin B yang mengandungi asid folik. Sangat penting ambil sebelum dan di awal kehamilan ibu untuk elak masalah kecacatan pada saraf tunjang bayi.

Juga dikenali vitamin untuk sel yang mana bantu sel sel baru berkembang seiring dengan usianya.

4. ESP

Protein yang sangat penting untuk bantu pertumbuhan organ dalaman dan juga sel badan bayi.

Juga bantu berikan tenaga kepada ibu dan pada masa yang sama kurangkan regangan pada kulit. Ambil ESP secara konsisten akan bagi impak kepada kulit bayi iaitu lebih mulus dan licin dan pastinya putih.

5. Omega Guard

Minyak ikan yang wajib untuk saya untuk elakkan ‘mengidam’ yang bukan-bukan. Sangat membantu untuk kawal selera makan ibu mengandung kadang-kadang macam terlalu melampau rasa nak makan semua kan.

Pastinya minyak ikan ini ada kandungan Omega 3 dan Omega 6 bagus untuk perkembangan otak anak. Harga nya lebih mampu milik dan mudah ditelan berbanding makan ikan salmon mahupun sardine setiap hari kan. Hehe.

6. Ostematrix

Kalsium dan magnesium yang wajib ambil waktu malam untuk bantu elak water retention ataupun kaki bengkak (kaki gajah).

Paling bagus tiada masalah kaki kejang waktu malam ataupun cramp ketika tidur disebabkan oleh pertambahan berat badan yang membebankan pada kaki.

Cara hilangkan keputihan semasa mengandung

7. Garlic

Membantu untuk kurangkan keputihan semasa hamil iaitu sebagai antibiotik. Juga elak jangkitan kuman yang boleh bagi kesan semasa proses bersalin nanti.

Dan untuk menyokong dan menguatkan antibodi badan daripada terkena demam ataupun batuk berpanjangan. Perit tau kalau batuk semasa hamil. Sampai terkencing sahaja.

Boleh baca pencerahan disini tentang Bahak Berkahak Semasa Hamil.

8. Peppermint Ginger Plus

Untuk bantu buang angin dalam badan. Terlambat makan pasti akan jadi mual dan pening-pening kan.

Halia sangat melegakan dan membantu ya.

cara hilang alahan semasa mengandung

9. Performance Drink

Minuman wajib dibancuh bersama dengan ESP untuk pastikan badan kekal bertenaga dan tidak terhidrat. Bagus diambil untuk ibu yang alami morning sickness sampai terbaring lemah lesu jadinya.

Performance Drink bantu kekalkan cecair elekrolit dalam badan yang hilang disebabkan oleh cuaca dan faktor pencemaran sekeliling. Nak-nak untuk ibu hamil yang bekerja. Sangat recommended.

Cara leak morning sickness semasa mengandung

Wowww banyaknya vitamin nak telan. Hehe.

Tetapi memikirkan demi kebaikan bayi dan juga kesihatan badan, ia bukan menjadi masalah besar untuk menelan kan.

Alhamduillah ikut perkembangan bayi dan kesihatan saya sendiri memang normal semua. Juga tiada masalah kencing manis gestasi (mengandung) mahupun tekanan darah tinggi.

Untuk elak masalah kencing manis semasa mengandung (GDM), perlu dicegah semasa peringkat awal kandungan lagi. Boleh baca disini untuk membantu pencerahan info lagi – Cara Elak Kencing Manis Semasa Mengandung. 

Kencing manis semasa mengandung

Untuk ibu-ibu hamil tidak kira kehamilan pertama ataupun beberapa kali kehamilan pun, jangan culas ambil suplemen vitamin tau. Ia sangat penting terutamanya 20 minggu pertama. Kerana ia adalah masa kritikal untuk pertumbuhan organ dalaman bayi tau.

Doakan semoga dipermudahkan proses bersalin untuk saya ya.

Boleh hubungi saya terus untuk konsultasi tentang suplemen vitamin kehamilan. Insyallah saya akan bantu dan sesuaikan mengikut perkembangan kandungan dan bayi.

Semoga ibu-ibu dapat jadikan momen kehamilan adalah terindah dalam hidup.

Cara Order Vitamin Shaklee, pengedar shaklee kota damansara dan petaling jaya

Azeni Ahmad

Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864

Page: azeniahmad.com

COD area: Sungai Petani, Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.

Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

Cara Buat Business Tanpa Modal Tapi Untung Banyak

3 Tips Pilih Pencuci Muka Untuk Kulit Sensitif
COD Shaklee di Kota Damansara,Sungai Buloh dan Petaling Jaya

Related

Filed Under: Shaklee, Testimonial Tagged With: angin loya semasa hamil, Antibodi kuat semasa hamil, bahaya air ketuban kurang atau lebih, batuk berkahak semasa hamil, berat badan mendadak semasa hamil, elak bengkak air semasa hamil, kaki kejang semasa hamil, Kencing manis semasa mengandung, keputihan semasa hamil, naik hemoglobin darah, senaman ibu hamil, strecth mark, sukan ibu hamil, suplemen ibu hamil, vitamin ibu hamil

Comments

  1. nurul aziyana says

    7 October 2016 at 10:01 am

    set vitamin ibu hamil shaklee memang best! sepanajng ambil tak pernah kene cramp walaupun tak minum susu. kulit baby yg keluar pun gebu cerah
    nurul aziyana menulis…Apa Beza Antara DHA dan EPA : Kepentingannya Untuk Semua Golongan UsiaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      9 October 2016 at 7:59 pm

      Bab kejang memang sangat betul.
      Tenang je tidur waktu malam..

      Reply
  2. Aisya Yusra says

    9 October 2016 at 3:19 pm

    Shaklee sangat membantu! Mujur ada shaklee 🙂
    Aisya Yusra menulis…12 Manfaat Omega GuardMy Profile

    Reply
    • azeni says

      9 October 2016 at 8:05 pm

      Alhamduillah boleh membantu ibu ibu yang lain.

      Reply
  3. Sarah says

    16 October 2016 at 2:27 pm

    Memang nampak kat shaklee semlm azeni bertenaga je..walaupun handle anak 2 org ?

    Reply
    • azeni says

      18 October 2016 at 10:38 am

      Penangan makan set vitamin nie la.
      Hihihi

      Reply
  4. ira says

    6 December 2016 at 4:21 pm

    memang terbaik gituu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer