Terima kasih kerana sudi singgah blog ini.
Di ruangan ini, saya ingin berkongsi serba ringkas tentang biodata saya. Nama penuh adalah Azeni binti Ahmad. Berasal dari Kedah. Saya adalah anak tunggal perempuan dan anak ketiga daripada empat adik beradik.
Melanjutkan pelajaran dalam bidang teknikal di Sekolah Menengah Teknik Alor Setar dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal. Asalnya tidak tahu menahu mengenai bidang kejuruteraan mekanikal. Tetapi setelah belajar selama 2 tahun, minat bercambah.
Hinggakan membawa saya untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan mekanikal di salah satu universiti awam tempatan di selatan tanah air. Selepas graduate, saya diterima bekerja sebagai Jurutera Mekanikal di salah satu firma consultancy dalam construction field.
Bidang yang mencabar dan menarik.
Sudah berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata lelaki yang sangat cerdik dan sihat. Yang sulung bernama Aqil Thaqif berumur 5 tahun dan adiknya Aqil Dareef berumur hampir 2 tahun.
Saya mula berblog atas dasar untuk berbisnes. Apabila mula serius dengan bisnes Shaklee, saya jadikan blog sebagai medium untuk sampaikan kebaikan produk disamping info-info kesihatan. Lama-kelamaan semakin minat berblog ditambah lagi sokongan daripada rakan blogger yang lain.
Disebabkan saya serius untuk berblog, saya sanggup membuat pelaburan untuk belajar dengan Tuan Eizil (Pakar SEO di Malaysia). Selain itu, kumpulan sokongan dalam Shaklee juga banyak membantu dan memberi pelbagai ilmu tentang blog.
Sangat passionate dengan vitamin Shaklee. Kerana Shaklee memang membantu kami sekeluarga kekal sihat malah dapat mencegah daripada penyakit bahaya. Disebabkan itu, saya ingin kongsikan kebaikan Shaklee dengan semua orang yang ingin sihat.
Terima kasih pada semua yang selama ini membantu saya untuk jadikan blog ini sebagai sumber perkongsian informasi dan juga untuk menjana pendapatan.