• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

Kembali Mencoret

21 September 2024 By azeni Leave a Comment

Lama betul saya tidak menulis di sini.

Kali terakhir saya menulis sekitar 2019 semasa masih anak 3 orang.

Sekarang 2024 sudah bertambah jadi 4 orang sudah. Hehehehe.

Dalam tempoh 5 tahun memang bermacam-macam terjadi baik dari segi bisnes mahupun keluarga dan personal life.

Antara punca juga apabila blog saya ini diuji “hilang seketika” tanpa saya sedar. Bila sedar rupanya dah hilang terus. Namun alhamduillah masih berjodoh kuat lagi dengan blog ini dan akhirnya dapat kembali dengan pelbagai usaha sana sini dibuat.

Memang satu dugaan dan juga pengajaran besar untuk diri saya sendiri.

Blog nie memang kesayangan betul sebab menjadi lubuk duit untuk bisnes Shaklee saya.

Selain itu, revolusi yang pantas dalam dunia marketing pun salah satu punca saya jadi kurang aktif disini. Marketing menggunakan video memang laju dan pantas sekarang nie kan. Daripada Instagram terus ke tiktok yang mana tanpa sempadan dan algoritma  yang lebih menarik betul. Sebab itu ramai yang boleh buat duit di Tiktok kan.

Sejujurnya saya memang rindu nak menulis disini. Jiwa menulis lebih tinggi berbanding dengan bercakap. Saya dapat rasakan jiwa saya lebih pada untuk menulis tapi pada masa yang sama tak boleh menafikan platform marketing yang lain yang mana jadi lebih trending.

Mudahan ke depan nie diberikan ilham dan kekuatan (kena betul-betul curi masa nie) untuk menulis disini.

Dulu saya menulis di blog adalah fokus utama untuk marketing bisnes saya sendiri. Tapi lama-kelamaan, ia adalah satu kepuasan saya sendiri. Terasa otak lebih berkembang bila banyak menulis kan. Ini saya la sendiri. Hehehe.

Adakah mungkin disebabkan saya adalah anak lahir 80an.

Ataupun sejenis introvert.

Apa-apa je la. Hahaha.

Terima kasih sudi singgah dan membaca.

Welcome Back Azeni!

Filed Under: Santai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: naturavitamina@gmail.com

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Kembali Mencoret
  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2025 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Digital