Musim cuti sekolah adalah saat-saat yang dinantikan. Bukan setakat anak-anak yang bersekolah sahaja suka sangat tapi mak ayah pun dua kali ganda lagi suka kan. Apa tidaknya, nak buat kenduri kahwin la, nak balik kampong la, nak cuti-cuti Malaysia la, nak pergi obersea la. Semuanya dalam waktu cuti sekolah kan.
Dan disebabkan itu, kebelakangan ini boleh dikatakan kesesakan jalan raya terlalu teruk. Hinggakan perjalanan hanya ambil masa 4 jam boleh jadi sampai 10 jam!
Memang meletihkan dan memenatkan badan.
Walaupun banyak info-info trafik disediakan contohnya seperti tweeterPLUS, tapi memang tak boleh dielakkan dah.
Melainkan hanya duduk di rumah sahaja kan!.. Hehehe
Ada orang suka balik kampung waktu siang ada juga yang suka waktu malam. Banyak kelebihan dan kekurangan masing-masing. Pendek kata bergantung pada pemandu itu sendiri la yang mana lebih selesa.
Memang kami sekeluarga memang suka balik kampung waktu tengah malam.
Sebab apa?
1. Sebab waktu malam sejuk. Tak panas. Lebih selesa untuk tidur. So memang naik kereta terus tidur la anak-anak termasuk mama dia sekali. Hehehe.
2. Sangat jarang singgah di RnR untuk makan tengah-tengah pagi dalam pukul 3-4pagi. Biasanya kami sambung tidur melainkan incik suami sahaja turun pergi ke tandas ataupun ambil angin sekejap untuk betulkan pinggang yang lenguh.
So lebih jimat la duit poket kan.
3. Incik suami lebih selesa memandu waktu malam sebab kurang silau berbanding di waktu siang hari. Bila mata dah silau dan pedih, memang senang sangat nak mengantuk nak-nak dalam kesesakan jalanraya kan.
4. Paling penting anak-anak memang tak meragam la sebab mereka tidur. Senang mamanya nak tidur sekali kan. Hehe.
5. Paling ketara bila balik waktu malam iaitu bila mula bergerak dalam pukul 11 malam ke atas atau sebelum pukul 1 pagi, memang jarang sesak teruk. Ini teori incik suami yea. Perjalanan menghala ke utara la. Sebab dia dah pandai ramal kawasan mana yang akan sesak teruk pada waktu sekian sekian.
Dan ramalan itu memang betul.
Mungkin juga tak terlalu ramai orang yang memulakan perjalanan dalam lingkungan waktu tersebut.
6. Bila balik waktu malam, memang kena sentiasa alert tentang keadaan kereta. Kena pastikan semua dalam keadaan terbaik. Walaupun balik waktu siang ataupun malam memang wajib pastikan kereta dalam keadaan yang baik kan. Perkara wajib dilakukan.
Ada juga pernah kami sekeluarga balik di waktu siang hari. Memulakan perjalanan waktu pagi memang mengundang tahap ke’stress’an yang tinggi. Hahaha. Memang tak suka balik waktu siang.
Sebab apa?
1. Bila terpaksa mengadap kesesakan jalan raya yang sangat-sangat teruk. Nak-nak musim cuti sekolah serentak dengan waktu perayaan. Memang daripada 6 jam jadi 10-12jam dalam kereta.
2. Bila dah dalam kereta lama-lama, anak-anak mula la meragam dan buat perangai. Memang menguji tahap kesabaran betul. Termasuk lah nak kerap berhenti kat RnR. Sekejap-kejap nak kencing, sekejap-sekejap sakit perut, sekejap-sekejap nak makan.
Memang muka mama bertukar warna hijau la. Jadi Hulk. Hahaha.
3. Paling kesian pada incik suami la yang terpaksa memandu. Memang mudah letih dan mengantuk. Co-pilot pun kena banyak bercakap dan bersembang la. Hihihi.
Dan kami memang tak amalkan pun bergilir-gilir memandu. Memang incik suami sahaja memandu kalau kami sekeluarga ke mana-mana. Biasanya lelaki kan. Huhuhu.
Lagipun dah jadi mak-mak kena jaga anak-anak la.
Salah satu cara untuk elakkan rasa mengantuk dan untuk kekal fokus pada pemanduan, adalah dengan mencuba seperti dalam video ini.
Kopi vs Teh?
Dalam video di atas, wanita cantik molek ini memang sangat-sangat mudah penat dan mengantuk. Kalau dah mengantuk memang tak fokus la kan.
Dek kerana penangan teh yang digunakan memang boleh hilang ketagih pada kopi.
Biasa orang kalau nak memandu jauh, memang kena ambil kafein kan untuk elak mengantuk. Tapi kesan untuk masa yang jangka masa yang panjang, memang tidak bagus untuk badan kita.
Sekurang-kurangnya ia boleh membantu semasa kita memandu.
Pokok pangkal tak kisah la nak memandu waktu siang atupun malam, Ikut keselesaan masing-masing. Paling penting selamat untuk sampai ke destinasi yang ditujui.
Anda semua macamna pula?
Mana yang selesa?
Untuk sebarang pertanyaan ataupun berminat boleh hubungi saya:
Page: Azeni Vita-Shoppe
Call/SMS/Whatapps : 012-5571864
COD area: Kota Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.
COD boleh dipertimbangkan: Kawasan Petaling Jaya (Bandar Sunway, Taman Medan, Kelana Jaya, Taman Universiti (U-Garden), Sungai Way, Damansara Utama, Mutiara Damansara, Damansara Perdana, Subang, Sea Park, Tropicana, Glenmarie dan Ara Damansara)
Penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan POS Laju Malaysia.