Perkongsian kisah saya sendiri dengan Opah yang menjangkaui umur 77 tahun. Dan opah ini adalah customer saya yang paling berumur. Orang lama la nie.
Opah sendiri yang hubungi saya untuk membeli suplemen Shaklee. Bila saya selidik latar belakang kesihatan, rupanya opah ini adalah pengguna Shaklee sejak daripada zaman 80an-90an lag
Boleh bayangkan tak betapa lamanya dan betapa setianya opah dengan Shaklee.
Malah kesihatan beliau yang sudah 77 tahun masih boleh berjalan seperti biasa tanpa perlu lenguh sakit lutut semua. Alhamduillah sangat kan.
Opah terpaksa berhenti makan vitamin Shaklee apabila terpaksa berpindah randah dan tidak dapat hubungi agen Shaklee yang berdekatan. Maklum la belum zaman-zaman online di hujung jari seperti sekarang kan.
Dulu opah bekerja sebagai guru dan mungkin juga disebabkan profesian nya membuatkan beliau lebih celik vitamin pada masa itu. Saya masa itu pun masih di bangku sekolah rendah. Hihihi.
Paling mengembirakan bukan setakat tiada masalah sakit lutut lenguh semua tapi buah pinggang juga disahkan sihat. Untuk pengetahuan semua, jika buah pinggang kita bermasalah dek disebabkan pengambilan suplemen, ia akan menyebabkan ketidakfungsian buah pinggang itu sendiri hingga boleh sampai tahap ke dialisis.
Boleh baca juga disini Apa Terjadi Jika Buah Pinggang Rosak?
Alhamduillah kesihatan opah memang tahap terbaik jika dibandingkan dengan umur beliau kan.
Kenapa ada pengguna Shaklee begitu setia amalkan Shaklee hingga bertahun lamanya? Bertahun itu hingga kan 20-30tahun malah lebih pula ada. Dan Shaklee sendiri berada di pasaran menjangkaui 100 tahun sudah. Apa yang membuatkan Shaklee bertahan lama?
Jom saya kongsikan disini rahsianya.
3 Rahsia Kenapa Pengguna Shaklee Sangat Setia.
1. Shaklee ditunjangi dengan barisan saintis terhebat iaitu:
Dr Forrest Shaklee
Namanya sahaja sudah kita tahu kan. Beliau adalah pengasas Shaklee. Melalui pemerhatian terhadap pesakit-pesakit beliau, makan makanan berlebihan tetapi kurang nutrisi yang tubuh perlukan.
Macamana tue?
Dan beliau percaya bila badan mulai kekurangan nutrisi, penyakit akan datang. Sehingga, pada tahun 1915, Dr Shaklee berjaya mencipta “vitalized minerals”; vitamin moden pertama di dunia. Malah, asal usul perkatan “vitamin” juga dikatakan daripada produk ini.
Dr Yasuhiko Kojima
Pemegang PhD dalam Medicine Science dari Universiti Tokyo yang berjaya menemui Interferon. Penemuan ini semasa kajian dilakukan untuk vaksin smallpox.
Boleh baca lebih lanjut tentang Apa Itu Interferon dan Mengapa Ia Penting dalam Badan Kita.
Dengan penemuan Interferon membuatkan Dr Yasuhiko membuat kajian selama 40 tahun mencari sumber semulajadi untuk menghasilkan Nutriferon Shaklee yang ada sekarang.
Nutriferon Shaklee membantu untuk menguatkan immuniti badan kita dan Nutriferon memang telah dipatentkan ekslusif untuk Shaklee sahaja.
Dr Elizebeth Blackburn
Pemenang Nobel Prizes in Medicine Science pada tahun 2009 di atas penemuan Telomeras; enzim yang memperbaharui Telomeres.
Penemuan ini sangat penting di bidang perubatan sebab Telomeres adalah biomarkers terpenting dalam menjangkakan jangka hayat (health span & life span) seseorang. Dan Dr Elizabeth Blackburn yang hebat ini juga berada dalam barisan saintis Shaklee sebagai Scientific Board Advisor.
Dr Gladys Block
Iaitu Professor Emerita di Berkeley University California. Dr Gladys ingin buat research tentang kesan makan vitamin terhadap tubuh badan kita untuk jangka masa panjang.
Banyak syarikat suplemen di USA di approach tetapi di tolak mentah-mentah. Sebabnya, hasil keputusan yang bakal dapat (masa buat research) samada ia menjurus pada keputusan positif ataupun negatif, tetap akan di publish kan.
Berani ke syarikat supelemen lain?
Shaklee sanggup bekerjasama dan menaja tanpa kepentingan hingga terhasil nya Landmark Study.
Yang mana membuktikan pengguna Shaklee yang ambil vitamin 15-20 tahun bebas daripada penyakit kronik dan buah pinggang sihat.
Boleh baca detail di sini tentang journal Landmark Study www.landmarkstudy.com.
Dr Bruce Daggy
Beliau pernah berkhidmat sebagai Vice President (VP) Research & Development (R&D) untuk GlaxoSmithKline; syarikat Pharmaceutical gergasi dunia. Beliau jadi kagum apabila membaca jurnal Landmark Study Dr Gladys Block dan keputusan hasil keberkesanan vitamin Shaklee.
Berasa teruja untuk menjadi sebahagian daripada revolusi yang Shaklee ingin ketengahkan, beliau bersetuju untuk berkhidmat sebagai Senior VP untuk R&D Chief Science Office di Shaklee, hingga sekarang.
Untuk mengenali lebih ramai team saintis Shaklee boleh lihat di Tim Saintis Shaklee.
2. Pembuatan Shaklee di buktikan dengan Sains
Untuk menghasilkan vitamin Shaklee hatta hingga ke skincare mahupun Laundry Set Home pun dilakukan kajian.
Semuanya berasaskan kajian sains yang bukan sewenang-wenangnya nak hasilkan vitamin. Malah barisan saintis di Shaklee (seperti di point no 1) sentiasa melakukan R&D setiap tahun untuk pastikan vitamin Shaklee yang kita telan selamat dan bagi kesan.
Hanya vitamin Shaklee ye. Bukan vitamin brand lain.
Hasil kajian Lanmark Study membuktikan,
- Pengguna Shaklee terbukti lebih sihat daripada yang tidak ambil mana-mana vitamin dengan yang makan vitamin jenama popular yang lain.
- Pengguna multi-vitamin jenama lain punya lebih tinggi risiko untuk kencing manis, serangan jantung, stroke & penyakit koronari lain, berbanding tak ambil apa-apa vitamin.
Sebab itu, kebanyakan doktor akan pukul rata menyatakan ambil suplemen akan membebankan buah pinggang dan terus boleh rosak.
Salah tanggapan itu dek sebabkan tidak mahu mendalami bagaimana vitamin Shaklee dihasilkan. Pasti jatuh cinta jadinya bila sudah tahu.
3. SHAKLEE diiktiraf oleh NGO dan atlit dunia
Badan-badan mana yang mengesahkan Shaklee terbaik?
NASA iaitu agensi angkasa US mengambil vitamin Shaklee untuk para angkasawan mereka.
Bukan itu saja, Scott Kelly yang merupakan manusia paling lama pernah menetap di ISS; setahun lamanya, juga konsisten menggunakan produk Shaklee sepanjang berada di sana.
Beliau turun ke bumi dan buat pemeriksaan sihat walafiat saja.
Altlet Olimpik USA
37 Peserta sukan Olimpik di Rio Brazil telah di “powered by” Shaklee telah memenangi 16 medal tau. Bukan calang-calang.
Paling kagum bila Shaklee diiktiraf sebagai syarikat pertama di dunia yang dapat pensijilan zero-carbon footprint. Maknanya, Shaklee sangat menitikberatkan soal sustainability sampai mereka tidak mahu alam semulajadi ada sebarang kesan hanya sebab kita ambil nutrient daripadanya untuk dijadikan produk.
Sebelum & selepas Shaklee, alam masih bersih seperti sebelumnya.
Komitmen Shaklee terhadap semulajadi tidak terhenti pada produk, tetapi kepada kesemuanya. Pensijilan Friends of Sea, iaitu Shaklee hanya ambil sumber ikan yang diluluskan, yang tidak memberi kesan kepada ekosistem hidupan laut.
Dianugerahkan EPA Climate Leaders sebab berjaya capai net-zero greenhouse emissions bertahun-tahun.
Fuh banyak sangat kalau nak detailkan tentang Shaklee.
Berdasarkan point-point penting di atas, jelas menunjukkan produk Shaklee bukan cikai-cikai sahaja. Dengan pelbagai ujian dan saringan dilakukan untuk memastikan pengguna Shaklee mendapat keberkesanannya. Malah dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan.
Alhamduillah kami sekeluarga memang pengguna tegar Shaklee dan banyak sangat membantu taraf kesihatan kami. Ketara anak-anak bukan lagi pengunjung klinik-klinik lagi.
Insyallah dengan pengetahuan yang saya ada dan digabungkan dengan produk terhebat Shaklee, digunakan untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia lebih sihat.
Lebih sihat dengan amalkan pemakanan yang berkhasiat.
Lebih sihat dengan lakukan senaman fizikal.
Lebih sihat dengan disokong oleh vitamin Shaklee.
Untuk dapatkan vitamin Shaklee, boleh terus hubungi saya ye.
Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864
Page: azeniahmad dot com
COD area: Sungai Petani, Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.
Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.
Jaja Zaleha says
Shaklee memang benar-benar awesome!
Jaja Zaleha menulis…Senarai Vitamin Shaklee Berserta Harga dan Fungsinya
azeni says
Semoga kita bantu orang yang memerlukan ini.