• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma

22 December 2018 By azeni Leave a Comment

Trip Free ke Bangkok

Bangkok adalah kota yang sangat sibuk bagi saya. Jem sana sini mengalah KL tapi tetap ada tarikan tersendiri juga.

Trip ini adalah trip tajaan Shaklee dan ia adalah secara percuma.

Ya betul secara percuma dan ia adalah inisiatif yang ditawarkan untuk mereka yang layak sepanjang tahun 2017. Boleh la baca juga tentang inisiatif lain disini Apa Yang Boleh Dapat Dalam Business Shaklee.

Sekurang-kurang jimat duit travel kan.

Tapi apa yang lebih valueable dalam travel bersama Shaklee ini?

Jom saya kongsikan.

Percutian ini adalah selama 4 hari.

Kami menginap di Amari Watergate Hotel di tengah-tengah pusat bandar Bangkok. Walk distance untuk access ke semua shopping mall yang femes sebenarnya.

Memang 5 star hotel la.


Itinenari 4 hari di Bangkok:

Day 1:

Bertolak dari KL pagi menaiki Thai Airway.

Tengahari – Choa Praya Boat Ride

Lunch – Sophia Restaurant (Halal Restaurant)

Petang – check in hotel

Malam – Dinner di Sampran Riverside

Day 2:

Pagi – The Grand Palace Tour (Istana Raja yang sangat besar dan ukiran unik mengikut kepercayaan agama Buddha)

Petang – Chatuchak Market Shopping

Malam – Pratunam Night Market

Day 3:

Pagi – Shopping di Platinum Shopping Mall

Petang – Dinner di Sompong Restaurant

Day 4:

Pagi – Shopping (free and easy)

Petang – Bertolak balik ke KL


Pertama kali juga saya sendiri travel keseorangan tanpa suami dan anak-anak. Ini lebih kepada business travel.

Berjumpa dengan kawan-kawan business sealiran dalam keadaan santai (sebelum nie banyak berjumpa di event rasmi sahaja) so boleh saling bertukar idea dan pendapat la.

Lebih pada recharge time.

Antara yang paling best dalam trip Shaklee nie, memang rasa dilayan 5 star kot. Makan disediakan.

Hotel 5 star.

Duit belanja.

Duit shopping sedia sendiri la.

Ada tour guide iringi kami setiap masa. So tak serabut dan pening nak tahu pasal tempat dan juga dapat info sejarah tentang orang Siam dan asal usul juga.

Best kan.

  • Gantung di leher 4 hari 3 malam
  • Di airport sebelum bertolak

Tempat makan pun tak perlu nak pening cari yang halal ke tak. Memang siap disediakan semuanya dan pihak Shaklee sangat alert dalam menjaga kebajikan ahli-ahli dibawahnya.

Makanan yang disediakan memang sedap sesangat. Rasanya tak sama macam kita makan tomyam di KL ataupun makan pulut mangga tanak sendiri.

Seriously saya tak pernah rasa pulut mangga sesedap itu.

Kecut air liur bila teringat menu nie. Hahaha.

Tomyam aslinya memang sangat pekat, pedas dan berlemak. Petua bila makan tomyam nie, jangan tersedak tau.

Memang nahas dapat. Hahaha.

Paling penting makanan wajib makan adalah Mieng Kam. Sedap sangat makanan tradisi orang siam nie.

Mieng Kam

Makanan wajib cuba bila ke negara Gajah Putih ini. Makanan tradisi ala-ala pencuci mulut.

Ada kacang, kelapa diparut digoreng, halia, udang kering, bawang, cili, daun kaduk dan kuah pekat manis.

Luk Chub

Sejenis manisan di Bangkok yang sangat kreatif ukirannya. Rasa di dalamnya kacang hijau. Tak manis dan SEDAP!

Ini antara surprise gift yang Shaklee letakkan di bilik hotel.

Masa dinner di Sampran Riverside, kami di hidangkan dengan pertunjukkan tarian tradisi setempat dan juga sketsa sambil menjamu makanan tempatan.

  • Berpakaian tradisi orang Siam

Selain itu, kami juga dapat sepersalinan pakaian orang Siamese sebagai cenderahati dan kena pakai masa malam dinner di Sampran Riverside. Agak-agak kalau pergi sendiri, nak ke kita beli pakai kostum tradisional budaya asing?

Kalau saya travel sendiri, memang takkan la kan. Hahaha.

Membazir duit je baik buat shoping kan.

  • Di depan salah satu istana
  • Seni ukiran yang cantik
  • Terpantul keemasan 🙂
  • Sebahagian rombongan
  • Salah satu keunikan di Asiatique
  • Posing untuk seketul dua gambar :p

Memang salah satu tujuan utama mana-mana trip percuma Shaklee, akan ditekan tentang budaya masyarakat setempat. Bukan melancong tetapi mengembara.

Walaupun mengembara di tengah kotaraya, tetapi kami tetap dapat rasai tradisi budaya itu.

Kenangan indah.

Official video for Shaklee Bangkok Trip

Alhamduillah dapat saya merasai sendiri dengan Shaklee. Secara percuma pula. Berlenggang badan bawa luggage sahaja.

Kalau anda memang suka travel dan pada masa yang sama suka berbusiness, Shaklee should be your choice. Boleh hubungi saya jika ingin tahu detail tentang business Shaklee.

Dan pastinya bila balik dari Bangkok, akan rasa tak puas bershopping dan makanan nya yang super sedap!

See the next article for the next trip.

Pembedahan Buang Tonsil - Wajib Atau Pilihan?
Business Online Paling Laku dan Boleh Jual

Filed Under: Santai Tagged With: Business

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: naturavitamina@gmail.com

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Kembali Mencoret
  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2025 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Digital