Kalau hari Isnin memang semua orang nak elakkan sebab permulaan untuk kerja yang sangat tak digemarikan… hehehe… Ada sesetengah panggil “Monday Blues”. Sebenarnya diri kita sendiri yang create keadaan tersebut. Semuanya bermula daripada fikiran kita kan.
Selalunya yang menghalang kita untuk rasa bermalasan adalah disebabkan keletihan ataupun kelesuan.
Jom saya kongsikan tips untuk melawan keletihan dan kelesuan.
1. Menjaga pemakanan
Penjagaan pemakanan yang seimbang amatlah penting bagi mengembalikan tenaga. Elakkan makanan yang menyebabkan keletihan dan ambil makanan yang baik untuk kesihatan kita seperti daging tanpa lemak, ikan, keju, bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran. Pastikan pengambilan sarapan yang penting untuk permulaan badan bekerja.
2. Minum Lebih Air
Minum air putih bagi mengimbangi sistem dalam badan kita. Penyahhidratan boleh menyumbang kepada keletihan. Jika perasaan anda letih, kopi boleh membantu tetapi kopi juga boleh menjadi punca yang menyebabkan dehidrasi.
3. Bersenam
Senaman sangat penting walaupun hanya senaman ringan dek kesibukan kita yang tidak menentu kan. Kita harus meluangkan masa untuk melakukan senaman di samping menikmati kesegaran udara yang bersih kerana ini dapat memulihkan tahap kesihatan kita.
4. Merangsang Lebih Adrenalin
Adrenalin adalah apa yang memberi kita yang rasa tergesa-gesa atau perjuangan. Walaupun kita tidak mahu sesuatu yang amat gembira, sedikit rangsangan kepada kelenjar adrenal boleh pergi jauh dalam melawan keletihan.
5. Tidur yang mencukupi
Tidak dinafikan ada di antara kita yang menghadapi masalah untuk tidur. Bagi orang dewasa tidur selama 6 jam sudah memadai dah untuk mengembalikan tenaga yang hilang seharian.
6. Berehat
Tekanan kerja juga boleh menyebabkan keletihan. Oleh kerana itu anda dinasihatkan agar berehat seketika tetapi waktu rehat itu tidak terlalu lama.
7. Mengembalikan semangat
Kekurangan zat besi merupakan sebab mengapa kita merasa letih. Oleh itu anda disarankan agar lebihkan mengambil makanan laut, limpa dan sayur-sayuran.
8. Memendekkan waktu kerja
Melengah-lengahkan kerja akan membuat anda merasa letih. Menyelesaikan kerja dengan segera akan membuat anda merasa gembira dan lapang fikiran.
9. Persekitaran
Anda akan merasa lebih tenang jika berada di tempat yang jauh dari bunyi bising. Di samping anda merehatkan badan, fikiran juga akan menjadi tenang.
10. Berfikiran Positif
Anda melihat masalah sebagai cabaran dan peluang untuk meningkatkan keupayaan diri. Yakin pada diri sendiri dan anda adalah yang terbaik.
Antara punca utama kita selalu letih adalah disebabkan badan yang kurang nutrisi yang sepatutnya iaitu kekurangan zat besi dan bcompleks. Jom saya sarankan pengambilan vitamin untuk keletihan dan kelesuan. Boleh rujuk secara detail di entri Vitamin untuk Keletihan danKelesuan.
Jom dapat vitamin untuk anda dan seisi keluarga. Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan harga ataupun konsultasi.
Shaklee Distributor : 890574 untuk kawasan Kota Damansara
Page: Azeni Vita-Shoppe
Sms/whatapps: 012-5771864 (for fast response)
COD (Cash On Delivery) : Kota Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Sungai Buloh dan di dalam radius Subang Airport.
COD boleh dipertimbangkan: Kawasan Petaling Jaya (Bandar Sunway, Taman Medan, Kelana Jaya, Taman Universiti (U-Garden), Sungai Way, Damansara Utama, Mutiara Damansara, Damansara Perdana, Subang, Sea Park, Tropicana, Glenmarie dan Ara Damansara)
COD boleh dipertimbangkan: Kawasan Petaling Jaya (Bandar Sunway, Taman Medan, Kelana Jaya, Taman Universiti (U-Garden), Sungai Way, Damansara Utama, Mutiara Damansara, Damansara Perdana, Subang, Sea Park, Tropicana, Glenmarie dan Ara Damansara)
Bagi yang kerja berdekatan Stesen LRT Putra Aliran Kelana Jaya ke Masjid Jamek, penghantaran boleh dilakukan selepas waktu office hour.
Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.
Leave a Reply