• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

10 Tip Meransang Kehamilan Dan Makanan Yang Dicadangkan

13 July 2013 By Azeni Ahmad Leave a Comment


  1. Pengambilan Asid Folik

          Disarankan untuk mengambil asid folik sebelum merancang kehamilan 
          sekurang-kurangnya 0.4mg untuk mengurangkan 50 hingga 70 peratus 
          kecacatan tiub neural pada bayi. Disarankan pada 2 atau   
          3 bulan sebelumnya. 

  1. Hubungan Intim lebih menarik

          Hidupkan hubungan intim dengan suasana yang lebih menarik contohnya 
          menggunakan tempat lain selain daripada bilik tidur untuk bersama. 
          Ia dapat mengubah suasana sensual.

Hubungan Intim

  1. Berbaring selepas “bersama”

          Selepas melakukan hubungan seks, disarankan untuk baring selama 
          5 minit. Ia bertujuan untuk meningkatkan jumlah sperma berenang 
          ke arah ovum.

  1. Peratusan 25% hingga 30% untuk hamil

          Menghasilkan zuriat umpama bermain dengan nombor. Walaupun 
          pada luaran kelihatan sangat “sempurna” hakikatnya peratusan 
          hanya 25-30 peratus sahaja peluang untuk hamil untuk setiap 
          kitaran kesuburan.

  1. Berhenti mengambil kafein

          Tahukan anda pengambilan kafein lebih daripada 3 cawan boleh 
          menghalang perkembangan bayi dan menyumbang kepada 
          masalah kesuburan.

No Caffein

  1. Persekitaran kerja tidak sesuai

          Sekiranya anda dan pasangan bekerja di kawasan yang terdedah 
          kepada bahaya, mungkin anda dan pasangan perlu ambil insentif 
          untuk mencari kerja di tempat lain. Ada sesetangah bahan yang 
          mengancam dan memberi kesan negative kepada kualiti spema 
          dan ovum malahan kepada perkembangan embrio.

  1. Temujanji dengan doktor

          Berbincanglah secara terbuka berkenaan perancangan kehamilan 
         dan langkah-langkah yang perlu diambil dengan doktor.

Temujadi dengan Doktor

  1. Elakkan semburan pada kawasan vagina

          Seperti yang kita maklum bahawa kawasan vagina adalah 
          kawasan yang sensitif.. tapi pastikan kawasan tersebut 
          “mesra sperma”. Elakkan daripada menyembur faaj ataupun 
          tuala wanita yang berbau wangi kerana ini akan menggangu 
          keseimbangan pH pada vagina. Selain itu elakkan bahan    
          pencuci buatan ataupun minyak sayuran kerana ia akan membunuh 
          sperma anda!

  1. Mandi air sejuk

          Pujuk suami untuk mandi air sejuk sekurang-kurangnya selama 30 minit 
          sebelum malakukan hubungan intim. Ini kerana mengikut kajian, air sejuk 
          melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan pengerakan sperma.

  1. Bantuan graviti

          Selepas melakukan hubungan kelamin disarankan letak bantal di bawah 
          punggung dan tunggu selama 30 minit. Mengapa biarkan gravity 
          menghalang? Berikan sedikit ransangan kepada sperma untuk 
          mereka berenang kea rah telur ovum.

Sperma mencari Ovum

 

Filed Under: Tip Ransang Kehamilan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Genesis Framework
Rekabentuk oleh Denaihati Network