• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

3 Cara Mudah Untuk Cerai Lampin Anak

2 April 2017 By azeni 11 Comments

Untuk mengajar anak cerai lampin memang perlukan kesabaran yang tinggi kan. Pula kalau ibubapa yang bekerja kan. Memang agak memeningkan memandangkan waktu siang anak bersama pengasuh. Waktu malam sahaja bersama di rumah.

Boleh jadi anak pening dengan arahan lain-lain. Mungkin kat rumah pengasuh lain. Balik rumah kita sendiri lain pula kan. Untuk keadaan ini boleh tengok artikel saya Tips Cerai Lampin.

3 Cara Mudah Untuk Cerai Lampin Anak

Alhamduillah anak kedua saya iaitu Aqil Dareef bercerai lampin pada usia 3 tahun 4 bulan iaitu lepas bercerai susu badan.

Bercerai susu badan lepas dapat adik baru (3 tahun 2 bulan) dan dia paling lama daripada abang dia. Tapi semuanya berjalan lancar.

Jom saya kongsikan 3 cara mudah untuk cerai lampin anak.

Kesannya memang nampak dalam masa seminggu memandangkan saya sendiri bekerja dari rumah. So sepenuhnya Dareef dalam pemerhatian saya.

1. Jangan ada stok lampin pakai buang (pampers)

Pendekatan cerai lampin untuk Thaqif (abang dia) lain dengan Dareef. Dareef lebih pada visualize. So memang dia tak boleh nampak ada pampers di rumah.

Memang dia takkan pakai seluar dalam dan berkeras sungguh-sungguh nak pakai lampin. Nak tak nak memang terpaksa bagi pakai pampers. Kalau tak nanti drama tak berkesudahan 60 episod pula.

Tunggu stok pampers dia habis, dan dia terpaksa pakai seluar dalam.

Antara cara yang menarik minat dia pakai seluar dalam bila ada gambar kartun comel. Ada yang gambar kartun ikut apa yang anak sukakan. Memang sangat membantu. Asyik duk belek je gambar kartun kat seluar dalam tue. Walaupun terpaksa tukar selang 1jam kan. Hehehe.

2. Ulang ke bilik air kerap

Biasakan setiap 1-2jam ke bilik air walaupun tak kencing. Macam Dareef nie, suka minum air sejuk banyak. So paksa dia masuk dalam bilik air dan kencing. Ataupun biar dia termenung.

Hahaha.

Dan boleh belikan tempat khas untuk kanak-kanak kencing dan berak (infant potty chair). Ikut selesaan anak dan size. Macam-macam boleh pilih.

Pilih warna dan bentuk ikut yang anak suka. Mesti lagi excited kan.

3 Cara Mudah Untuk Cerai Lampin Anak

 

3. Banyakkan bercakap dengan anak

Kena bercakap dan bagitahu kenapa dia kena bercerai lampin. Antara yang kami praktik kan:

“Dareef dah besar dan ada baby dah. Pampers kena bagi kat baby dah.”

“Spender Dareef cantik comel. Ada gambar kartun lagi. Kat pampers takda gambar kartun kan. Tak comel pampers tue dah”

“Dareef bila pakai pampers, nanti meleceh kan bila lari-lari. Sebab Dareef dah besar. Kalau pakai spender, tak meleceh dah kan”..

Dan abang dia (Thaqif) sangat membantu. Sebab Dareef nie banyak ikut cakap abang dia. Thaqif selalu akan bagi ala-ala motivasi kat adik dia. Pula tue ayat dia reka sendiri pula. Memang ke’abang’an betul la. Abang Long kan. Hihihi.

“Dareef nanti asyik pakai pampers kan, mama kena beli banyak pampers lagi. Pamper Dareef la Pampers Hadeef (baby baru) la. Kesian mama”..

“Dareef nanti pakai pampers lagi, abang takmau kawan dah”..

Kebiasaanya Dareef memang akan angguk faham dan ikut. Sebab dia nak kawan dengan main dengan abang dia. Thaqif nie ada kebolehan ‘saiko’ kuat. Hahaha.

Ohh anakku.

Alhamduillah sekarang Dareef dah boleh sesuaikan dah tanpa pampers. Walaupun kerap juga kencing atas tilam waktu malam kan. Cuma ambil masa sikit la.

cerai lampin anak

Yang penting ada progress.

**Elakkan anak ambil minuman berkafein (kopi, coklat, teh) meransang air kencing banyak. Kalau ada anak-anak suka dan nak buat potty training boleh kurangkan la.

Yang mana sesuai boleh ibu-ibu mencuba. Sebab lain anak, lain penerimaannya kan. Boleh kaedah cuba jaya ye.

Semoga membantu ibu-ibu di luar sana.

Post Mortem Diri Sendiri
Lexis Port Dickson: Destinasi Ideal untuk Percutian Hebat

Filed Under: Santai Tagged With: cara ajar anak cerai lampin, cara cerai lampin, Tips Cerai Lampin

Comments

  1. Ainul says

    7 April 2017 at 5:20 pm

    Lepas ni boleh lah cuba kat anak kami pulak

    Reply
    • azeni says

      24 May 2017 at 10:52 pm

      Hihihi.. Boleh sangat gunakan kalau bersesuaian dengan anak.

      Reply
  2. Noriza says

    12 April 2017 at 10:55 am

    Kalau malam masih pakai pampers lagi atau dah tak guna terus tu?

    Anak saya siang memang tak pakai tapi malam terpaksa juga sebab dia terkencing atas tilam..hehe
    Noriza menulis…Waspada! Perlu Sedar Bahaya Kencing TikusMy Profile

    Reply
    • azeni says

      24 May 2017 at 10:53 pm

      Mula-mula dalam 3-4hari hanya waktu siang sahaja tak pakai pampers.
      Bila dah seminggu, terus takpakai pampers bila stok pun takda kat rumah.

      Reply
  3. Zuriat says

    26 April 2017 at 6:50 pm

    Salah satu topik yang sangat penting dalam membesarkan anak. Ceraikan lampin juga menunjukkan anak dah bersedia untuk keluar dari dunia bayi ke dunia kanak-kanak. Terima kasih atas artikel ini.
    Zuriat menulis…5 Cara Mengawal Tekanan Darah Tinggi Semasa HamilMy Profile

    Reply
    • azeni says

      24 May 2017 at 10:54 pm

      Ya betul.
      Ini menunjukkan anak sudah bersedia untuk menginjak ke fasa baru dalam hidup.
      Dan kita sebagai pembimbing.

      Reply
  4. Nor hazmira says

    23 May 2017 at 1:53 pm

    Terima kasih tips ni.. Boleh gunakan utk anak anak…
    Nor hazmira menulis…Tips Ajak Anak BerpuasaMy Profile

    Reply
  5. Nor hazmira says

    24 May 2017 at 2:06 pm

    Alhamdulillah.. Terima kasih tips ni..boleh dipraktikkan di utk 2 org hero ni..
    Nor hazmira menulis…Tips Ajak Anak BerpuasaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      24 May 2017 at 10:54 pm

      Semoga boleh membantu puan dan anak.
      Terima kasih singgah disini.

      Reply
  6. Ira says

    2 July 2017 at 1:01 pm

    Perkongsian yang bermanfaat. Terima kasih ya. boleh dijadikan rujukan masa depan
    Ira menulis…Giler Best Gift Vivix!My Profile

    Reply
    • azeni says

      3 August 2017 at 12:13 am

      Semoga membantu.. 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Genesis Framework
Rekabentuk oleh Denaihati Network