Kurap adalah penyakit kulit yang boleh berjangkit. Ia terjadi disebabkan jangkitan kulat (fungi) yang dipanggil dermatophyte.
Kurap terjadi disebabkan oleh kulit yang sentiasa lembap disebabkan oleh jenis fabrik kain yang tidak menyerap peluh. Ia juga boleh berjangkit melalui sentuhan yang mempunyai kurap samada melalui haiwan ataupun manusia.
Kulit berkurap dan berpanau seakan sama simptomnya iaitu jangkitan daripada kulat.
Tanda-tanda dan gejala kulit berkurap
Secara mata kasarnya, kulit berkurap akan kelihatan seperti plak kemerahan-merahan yang bersisik. Kadang-kadang seperti bintik merah-merah ataupun bisul-bisul halus di kawasan berkurap.
Jika dibiarkan lama-kelamaan akan membentuk seperti gelang yang mempunyai sempadan.
Berbentuk seperti gegelang yang juga dikenali sebagai ringworm. Walaupun sebenarnya ia tiada kaitan dengan jangkitan cacing. Hehehe.
Paling mudah terjadi kurap adalah di kawasan lipatan badan dan tempat mudah berpeluh seperti di peha, punggung dan perut.
Bila berpeluh, memang cepat terasa gatal-gatal sangat. Terasa kenikmatan bila mengaru-garu kan walhal sudah tahu kemudian kulit akan berbekas sampai jadi hitam kan. Sudahnya kulit jadi hitam sampai kering dan bersisik.
Alahai.
Jom saya kongsikan cara-cara untuk rawat kulit berkurap. Mudah dan bahan pun senang untuk didapati.
4 cara untuk rawat kulit berkurap
1. Bawang Putih
Banyak sangat kegunaan bawang putih dalam kehidupan seharian kita kan. Daripada bab memasak sampai ke berpenyakit. Sangat banyak membantu.
Bawang putih bertindak sebagai antikulat untuk menghalang jangkitan kulat.
Ambil bawang putih seulas. Jadikan hirisan nipis dan letak pada kawasan berkurap.
Kemudian balut dengan kain ataupun bandage. Biarkan semalam.
Untuk kawasan kurap yang besar, boleh buat pes bawang putih dan balut kan.
2. Kunyit
Mempunyai sifat antibiotik yang tinggi dan bagus untuk halang kulat merebak.
Jadikan jus kunyit dan sapu pada kawasan berkurap dengan bebola kapas. Lakukan dalam 3 kali sehari hingga kering dan sembuh.
3. Aloe Vera
Kulit lidah buaya antara tumbuhan kerap digunakan dalam kecantikan rambut dan kulit kan.
Bertindak untuk halang jangkitan kulat.
Kupas kulit lidah buaya dan sapu gelnya terus pada kawasan berkurap. Rasa lebih sejuk kan.
Lakukan dengan kerap.
4. Vitamin rawat kulit berkurap
Paling mudah adalah dengan ambil vitamin untuk kulit berkurap. Iaitu Alfalfa, Garlic, Vitamin C dan juga Herbal Cream Blend.
Alfalfa, Garlic dan Vitamin C untuk dimakan.
Manakala Herbal Cream Blend untuk disapu pada kulit luaran.
i. Garlic
Dijadikan dalam bentuk tablet bagi memudahkan untuk dimakan. Tetapi bau bawang putih masih kuat tau disebabkan cara pemprosesan yang masih mengekalkan bahan kimia Allicin.
Bertindak untuk menghalang jangkitan berjangkit kulat dan bakteria.
Pengambilan 2 tablet garlic Shaklee bersamaan 2 ulas bawang putih mentah.
ii. Alfalfa
Bertindak melawan alahan dan memperbaiki keadaan kulit berkurap. Ia juga bersifat anti kulat untuk melawan jangkitan kulat.
iii. Vitamin C
Untuk membantu kulit yang kering disebabkan jangkitan kurap. Selalunya memang akan kerap menggaru hingga kulit sampai berbekas hitam kan.
Vitamin C bantu untuk membaiki sel-sel kulit yang rosak disebabkan kurap.
iv. Herbal Blend Cream
Untuk sapuan dibahagian kulit luar. Sangat-sangat disarankan krim ini untuk mempercepatkan kulit untuk sihat.
Herbal Blend Cream adalah bebas daripada steroid yang mana boleh menyebabkan kurap lebih teruk.
Sangat membantu.
Testimonial kulit berkurap dan sembuh
Penyakit berkurap ini memang boleh berjangkit antara satu sama lain disebabkan oleh kulat ataupun bakteria yang aktif.
Andai salah seorang ahli keluarga ataupun orang terdekat mahupun kucing belaan ada masalah kulit berkurap, cepat-cepat la merawatnya.
Nanti lebih lama dibiarkan boleh sampai berjangkit dengan lebih ramai orang kan.
Alahai sampai tergaru-garu hingga jadi hitam.
Jom hubungi saya untuk sebarang konsultasi dan tempahan vitamin untuk kulit berkurap. Konsultasi akan diberikan hingga sembuh sepenuhnya.
Mudah-mudahan.
Jom hubungi saya.
Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864
Page: Azeni Vita-Shoppe
COD area: Seluruh Perlis, Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.
Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.
ada orang umpamakan cinta seperti kurap, lagi garu lagi sedap!
Ikhwan menulis…3 Tips Bisnes Informasi RM100 Ribu Setahun
Baru pertama kali dengar perumpamaan tue.
Hihihi
memang tak seronok habis kalau kena kurap.
memang tak best.
titan menulis…Reng De Tu Mohe Gerua, Raanjhe Ki Dil Se Hari Dua.
Duk asyik tergaru-garu je kan..
Bila masa berpeluh..
betol kke sis bole smbuh?sye ade jgk pnykit fungal ni..tp tk sembuh2
Boleh membantu jika ambil vitamin secara konsisten.
Boleh terus hubungi saya untuk lebih detail iaitu di Azeni 012-5771864
saya pun ada mslh fungal nie :'( smpai buat stress dan sedeh .. x tauu nk buat mcm mna dh
Boleh ambil set vitamin ini untuk bantu hilangkan fungus nie.
Boleh la hubungi saya di 012 5771864 (Azeni)