• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

4 Petua Mudah Hilangkan Kelemumur dan Rambut Berminyak

18 November 2015 By azeni 21 Comments

Kelemumur dan rambut berminyak antara masalah yang kerap menghantui dan merimaskan baik lelaki mahupun wanita. Mana tak rimasnya kalau asyik tergaru-garu kulit kepala kan.

Bagi yang bertudung, tergaru-garu gatal sampaikan senget tudung jadinya.

Kan. Hehehe.

Asal selak rambut je nampak kelemumur. Itu belum lagi sampaikan berkuping-kupingan jatuh atas bahu.

Alahai.

Jadinya seperti dalam iklan TV sampaikan tak mahu pakai baju warna hitam kan. Nanti kelemumur gugur bak hujan gerimis yang turun.

Dahsyat kan. Hihi

Petua hilangkan kelemumur dan rambut berminyak

Kelemumur hinggakan berkuping

Sebenarnya kelemumur nie ada pelbagai jenis. So kita perlu tahu dulu masalah sebenar sebelum merawat kan.

Jenis-jenis kelemumur:

1. Kelemumur disebabkan kulit kepala kering

Kulit kepala menjadi kering hinggakan berkuping putih. Salah satu sebabnya adalah tindakbalas kulit kepala dengan bahan ramuan syampu yang digunakan.

Juga terlalu kerap mencuci rambut hingga menyebabkankan kulit kepala jadi kering.

2. Kelemumur disebabkan berminyak

Pengeluaran minyak sebum berlebihan dirembes pada kulit kepala. Ini berkait dengan cara mencuci rambut tidak betul.

Di mana sel-sel kulit kepala yang mati kemudian bercampur dengan minyak sebum berlebihan menyebabkan kulit kepala menjadi gatal dan berkuping.

3. Kelemumur disebabkan kulat (yis)

Sejenis kulat iaitu Malassazia secara semulajadi memang hidup di kulit kepala. Namun pertumbuhanya adalah terhad.

Tetapi kulat ini akan jadi berkembang membiak apabila ada minyak yang berlebihan di kulit kepala menjadi sebagai sumber makanannya.

4. Kelemumur disebabkan berpenyakit

Berpenyakit serius seperti psoriasis juga menyumbang kepada kelemumur. Ini menyebabkan kulit menjadi sangat kering hingga bersisik. Kulit kepala yang tidak sihat menyebabkan minyak dirembes berlebihan dan menyebabkan kelemumur.

Selain itu, ekzema juga boleh menyebabkan kegatalan dan terjadinya kelemumur di kulit kepala.

Sebelum merawat ataupun mencuba mana-mana petua, kenalpasti dahulu jenis masalah kelemumur anda. Inilah kebanyakannya orang sering gagal dalam merawat masalah kelemumur hingga menjadi lebih teruk kan.

Petua-Petua Merawat Kelemumur dan Rambut Berminyak:

petua hilangkan kelemumur

Yogurt dicampurkan dengan lada hitam untuk kulit kepala

1. Yogurt dan Lada

Yogurt bertindak untuk melembapkan kulit kepala yang bersisik. Manakala lada bertindak sebagai antikulat.

i. Gunakan 2 sudu lada hitam yang dikisar halus

ii. Gaulkan bersama 1 sudu yogurt

iii. Sapu kan di kulit kepala bukannya di rambut. Biarkan selama 1jam.

iv. Basuh dan cuci semula dengan syampu.

2. Cuka Epal

Cuka bersifat asid membantu untuk menghalang pembiakan fungus dan kulat pada permukaan kulit.

Ia membantu merawat kulit kepala yang kering dan mengurangkan kegatalan.

Caranya lebih mudah dan senang.

i. Urut kulit kepala secara lembut dengan cuka. Pastikan betul-betul di kulit kepala ya.

ii. Ataupun semasa mandi, campurkan 1 sudu cuka dalam gayung air dan cuci dan bilas kulit kepala serti biasa.

3. Baking Soda

Membantutkan pembiakan kulat yang aktif.

Baking soda dijadikan sebagai skrub dan diramas pada kulit kepala untuk mengawal pengeluaran minyak sebum.

Baking soda bertindak untuk menyingkirkan sel-sel kulit kepala yang mati dan akan mengeluarkan minyak secara normal kembali.

** Campurkan 1 sudu teh baking soda dalam syampu dan cuci seperti biasa.

petua dan cara hilangkan kelemumur dan rambut berminyak

Petua untuk hilangkan kelemumur dan rambut berminyak

4. Aloe Vera (Kulit Lidah Buaya)

Bersifat anti-kulat dan anti-bakteria semulajadi. Aloe vera sangat bagus bertindak untuk membuang sel-sel kulit kepala yang sudah mati sebelum menjadi kupingan kelemumur.

i. Boleh letakkan terus dan gosokkan kulit lidah buaya pada kulit kepala. Terasa sejuk kulit kepala bila lendir-lendir aloe vera menyerap masuk.

ii. Biarkan dalam 15 minit dan kemudian basuh.

Aloe vera bukan sahaja membersihkan kulit kepala tetapi boleh menyembuhkan dan melembapkan. Antara petua yang paling mudah dibuat kan.

Semua petua-petua di atas perlu dilakukan secara konsisten untuk mendapatkan kesan yang cepat.

Sumber

Kekurangan nutrien dalam badan kita juga penyumbang terbesar terjadinya kelemumur. Sihat di dalam badan pasti luar juga turut sihat kan.

Maka cadangan untuk masalah kelemumur dan rambut berminyak adalah Zink dan Lecithin dan Syampu Rambut Prosante.

Zink

Sel-sel kulit kepala adalah daripada protein. Dimana metabolisma protein bergantung kepada zink.

Lecithin

Bertindak untuk menguatkan melindungi dan menguatkan kulit kepala dan juga membran sel kulit kepala.

petua hilangkan kelemumur dan rambut berminyak

Syampu Rambut Prosante

Prosante Purifying

Membantu mencuci kulit kepala lebih dalam dan melembapkan. Sangat ideal untuk mengawal pengeluaran minyak sebum tanpa menyebabkan kulit kepala mengelupas.

Replenishing Conditioner

Untuk menambah baik kulit kepala yang telah rosak dengan melembapkan. Kandungan protein membantu menguatkan rambut daripada akarnya.

Kelebihan Syampu Rambut Prosante berbanding yang lain di pasaran adalah BEBAS PARABEN. Ramuan utama syampu ini adalah bahan semulajadi iaitu minyak kelapa dan kelapa sawit.

Bagi pengambilan vitamin pula, digalakkan ambil secara konsisten dalam masa 90 hari untuk nampak hasilnya. Kerana sel badan kita akan hidup dalam 90-120 hari. So di antara masa ini, sel-sel akan di perbaiki dan dibaharui. Baru nampak perbezaannya kan.

Cara makan vitamin untuk masalah kelemumur dan berminyak adalah megadose. Kerana untuk membaiki kulit kepala daripada dalaman.

Saya akan guide anda secara ekslusif untuk cara makan vitamin untuk pastikan tiada lagi kelemumur dan kulit berminyak.

Baru rambut akan sihat dan cantik kan.

Boleh hubungi saya untuk lebih lanjut dan sebarang pembelian produk.
Cara Order Vitamin Shaklee, pengedar shaklee kota damansara dan petaling jaya

Azeni Ahmad

Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864

Page: Azeni Vita-Shoppe

COD area: Seluruh Perlis, Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.

Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

Kebaikan dan Faedah Apabila Menjadi Ahli Shaklee

Pesakit Penapis Buah Pinggang Bocor Sembuh Tanpa Biopsi
Tempoh Pantang Bersalin Lama : Kepercayaan atau Kesihatan?

Related

Filed Under: Petua, Shaklee Tagged With: cara rawat kelemumur, jenis kelemumur, kelemumur, kulat Malassazia, kulit kepala gatal, petua hilangkan kelemumur, petua rawat rambut berminyak, rambut berminyak, shampoo kelemumur, shampoo rambut berminyak, syampu kelemumur, vitamin kelemumur

Comments

  1. Ikhwan says

    18 November 2015 at 5:08 pm

    alhamdulillah, rambut saya jarang ada kelemumur 🙂
    Ikhwan menulis…Kerja 3 Kali Sehari Pakai RM500 SebulanMy Profile

    Reply
    • azeni says

      20 November 2015 at 10:05 pm

      Dalaman sihat pasti luaran pun sihat kan.

      Reply
  2. puan pink says

    19 November 2015 at 8:33 am

    Thanks 4 sharing 🙂
    puan pink menulis…Izz Iman Rania Turns 1My Profile

    Reply
    • azeni says

      20 November 2015 at 10:05 pm

      Semoga membantu

      Reply
  3. sabree hussin says

    20 November 2015 at 11:15 am

    Seram pulak tengok gambar tu.. bila masalah kelemumur terlalu teruk
    sabree hussin menulis…3 Sebab kenapa anda perlu menceburi bisnes aiskrimMy Profile

    Reply
    • azeni says

      20 November 2015 at 10:06 pm

      Hihihi kan..
      Sampai berkuping kan..

      Reply
  4. suri says

    20 November 2015 at 3:16 pm

    rambut ada masalah sukar nak tidur lena rasa makin tertekan adalah
    suri menulis…Gaya Fesyen Lelaki Terbaik 2015My Profile

    Reply
    • azeni says

      20 November 2015 at 10:06 pm

      Memang la suri..
      Jadi tergaru garu kan

      Reply
  5. Panduan Malaysia says

    24 December 2015 at 11:37 pm

    Makin canggih dunia, masalah kelemumur masih wujud lagi
    Panduan Malaysia menulis…Semakan SAPS Ibu Bapa (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah)My Profile

    Reply
    • azeni says

      6 May 2016 at 8:37 am

      Canggih tak canggih memang kelemumur masalah sejagat.
      Baik lelaki dan wanita.
      Sebab corak pemakanan dan lifesytle kita kan..

      Reply
  6. Ain says

    29 April 2016 at 4:23 am

    Sy bertudung bila masalah kelemumur t’jd pd sy rasa stress sgt…saya jd kerap membasuh rambut..skrg dah jadi teruk dan rambut mulai gugur..,tq pakar saya akan cuba amalkan tips ni.

    Reply
    • azeni says

      6 May 2016 at 8:38 am

      Boleh cuba petua-petua di atas Ain.
      Dan konsisten ya untuk kesan yang lebih baik.

      Reply
  7. aiman says

    20 September 2016 at 3:33 pm

    Baru je lepas gunting rambut . Balik rumah je abang dengan mak tekejut tengok kepala yg takda rambut ni penuh kelemumur 🙁 . Kulit kepala pun tak nampak langsung dah . Nak keluar rumah pun malu dah ni

    Reply
    • azeni says

      20 September 2016 at 4:45 pm

      Gunting rambut sebab kelelumur banyak ye..

      Reply
  8. Mandy says

    25 October 2016 at 9:47 am

    Thanks your share Azeni. I have learnt a lot from your article. Actually, I write a more uppdated article about how to get rid of dandruff. You can check it out here if you want. http://ikeephealthy.com/home-remedies-for-dandruff/

    Anyway, keep it up.

    Reply
  9. Ehh alif lah says

    31 December 2016 at 1:19 pm

    Terima kasih azeni kerana telah kongsi info tuu…sekarang rambut saya makin segar dan kelimumur sudah hilang

    Reply
    • azeni says

      1 January 2017 at 4:09 pm

      Wahhh..
      Mesti konsisten buat nie.
      Terbaik la…

      Reply
    • Yanz Samsudin says

      15 January 2017 at 4:58 pm

      Tuan cuba petua mna 1? Boleh share?

      Reply
  10. unknown says

    14 February 2017 at 4:50 pm

    Petua yg mne satu lbih berkesan¿

    Reply
  11. Putra says

    14 February 2017 at 8:00 pm

    Mcam mne plak klu yg jenis ade ibu kelemumur.. Sye ade msaalah niy dh 5tahun dah… Sye prnah gune shampoo CLEAR mmg brkesan,tpi kat belakang telinga masih x hilang… Mcam2 sye cube. Tpi ttap ade… Dan bile sye perah limau tempat tu, keesokkan hari nye. Tros melarat satu kepale… Bnde tu ibarat mcam marah bile sakit kan dye…skrg nk gunting rambut pon segan..

    Reply
  12. Fiq says

    23 March 2017 at 7:52 pm

    Tolong sy , dh msok 2 tahun setengah mslh kelemumur nih tk hilang ii , sy stress dgt ii , nk gi sch malu , nk keje malu , member ajk keluar kekadang je gi , emm tk tahu nk buat camne dh , plss tolong , sy just nk hidup bahagia mcm org lain , hm

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer