Kenapa kanak-kanak dulu (merujuk tahun 90an dan sebelumnya) dengan kanak-kanak sekarang tampak lain. Kadang-kadang nakal hingga di luar kawalan rasanya.
Selalu sangat kita dengar kan. Budak dulu mana sama dengan budak sekarang.
Paling mudah, kalau kita bertandang ke rumah orang lain, dan anak-anak kita tiba-tiba jadi hiperaktif duk melompat sana sini sampai menganggu orang lain. Ataupun menangis mengamuk tanpa henti. Ataupun susah hendak mengikut arahan yang kita bagi. Ketap gigi jadinya kita kan. Hihi.
Ini adalah antara contoh sahaja. Hehehe.
Tetapi jangan pula kita membandingkan dengan anak-anak orang lain kan. Boleh jadi makin stress lagi kan.
Mesti kita terfikir kan, tak penat ke kalau mereka (kanak-kanak) menangis tanpa henti? Ataupun mengamuk sampai berguling-guling badan?
Sudah pasti makanan yang dimakan menyalurkan tenaga yang ‘luar biasa’ kepada mereka hinggakan menjadi sampai hiperaktif.
Makanan yang bagaimana?
Jom saya huraikan lebih terperinci makanan yang boleh mempengaruhi kanak-kanak.
5 makanan yang menyebabkan anak suka mengamuk:
1. Produk Tenusu
Jangan fikir bila kanak-kanak, wajib minum susu ataupun apa-apa produk tenusu. Sesetengah ada yang alergik pada kandungan protein yang terkandung didalamnya.
Dimana keadaan ini berlaku disebabkan oleh kegagalan enzim dalam badan untuk menghadamkan susu ataupun mana-mana produk tenusu contohnya seperti yogurt.
Boleh baca secara terperinci di Alahan Pada Susu Atau Kekurangan Laktosa?
Jika ingin keluar berjalan-jalan, elakkan daripada mengambilnya andai anak anda memang alah pada produk tenusu. Ia akan menganggu mood ataupun anak akan bertukar menjadi lebih agresif dan sensitif.
Susah sikit kita nak mengawal kemudian kan.
2. Bahan Pewarna Tiruan
Iaitu bahan yang di tambah untuk memberikan warna pada makanan tersebut. Analisis yang dikeluarkan oleh Jaban Kimia Negara menyatakan bahan pewarna yang tidak dibenarkan seperti Sudan, Para Red, Rhodamine B, Orange II dan Orange RN.
Ini memang kena rajin periksa label ya.
Tahukah anda jika terlalu banyak pengambilan makanan yang tinggi pewarna tiruan boleh menyumbangkan kepada masalah hiperaktif ataupun ADHD (Attention Deficit Hyperactivity Disorder).
Paling ketara bila ada simptom ADHD apabila tidak mampu fokus untuk melakukan aktiviti yang melibatkan pembelajaran.
3. Bahan Pemanis Tanpa Zat
Di mana dimasukkan ke dalam makanan untuk memberikan rasa manis tetapi tiada zat. Pemanis tiruan termasuklah sakarin dan siklamat.
Siklamat iaitu pemanis non kalori dikatakan mempunyai hingga 30 kali manisnya lebih daripada gula biasa!
Betapa manisnya kan.
Ini akan menyebabkan kanak-kanak menjadi terlalu aktif dan untuk jangka masa panjang tidak bagus untuk kesihatan jantung mereka.
4. Bahan Pengawet
Tujuan bahan pengawet dimasukkan dalam makanan adalah untuk menyekat, merencat atau menahan proses penguraian, penapaian atau pengasidan makanan tersebut.
Terutamanya untuk makanan proses yang terdapat di dalam tin dan sejuk beku memang mengandungi tinggi bahan pengawet.
Sebab itu, sangat digalakkan ibu-ibu untuk memasak di rumah. Ataupun yang mempunyai kekangan masa boleh masak dalam kuantiti yang banyak dan bekukan untuk kegunaan seminggu ke kan.
Itu lebih selamat terutamanya untuk bayi yang baru mengenal solid food.
Makanan tinggi pengawet boleh mempengaruhi perubahan perasaan, terbantut perkembangan dan juga alami masalah tidur.
5. Bahan Perasa
Bahan perasa seperti MSG (monosodium glutamate) kebanyakannya di dalam snack kudapan kanak-kanak. Sudah la mempunyai pewarna yang tinggi ditambah dengan bahan perasa pula kan.
Bagi kanak-kanak, memang sedap dan menjadi kesukaaan. Tetapi perlu dielakkan kerana ia akan bagi kesan sakit kepala dan hiperaktif kepada kanak-kanak.
Mungkin kita sebagai ibubapa terutamanya yang bekerja, pasti tidak mampu mengawal sepenuhnya apa yang dimakan oleh anak. Tetapi sekurang-kurangnya bila kita tahu info seperti di atas, ia akan memudahkan bagi kita kenalpasti kelakuan anak kita.
Lebih mudah untuk kita mengawal emosi kita juga kan.
Pada masa yang sama, boleh jadikan vitamin sebagai rutin harian untuk mereka. Sekurang-kurangnya nutrien yang kurang daripada makanan boleh ditambah dengan pengambilan daripada vitamin.
Cadangan vitamin kanak-kanak adalah:
1. Vitalea Kids
2. Vitamin C Chewable
3. Omega Guard (Minyak Ikan).
Paling penting adalah untuk kuatkan imunisasi badan anak-anak. Dimana pertahanan badan mereka masih dalam keadaan rapuh lagi. Pengambilan vitamin mengikut dosage yang disarankan, boleh membantu untuk lebih sihat dan kuat.
Sekurang-kurangnya bil perubatan untuk anak dapat dikurangkan. Sekarang kena lebih berjimat dan bijak berbelanja kan.
Terlalu banyak lambakan makanan yang kurang berkhasiat tidak kira untuk kanak-kanak mahupun untuk orang dewasa.
Terutamanya makanan mentah proses di dalam tin ataupun yang disejuk beku. Memang untuk memudahkan ibu-ibu yang kekangan masa untuk masak. Tetapi untuk jangka masa panjang memang tidak digalakkan memandangkan ia melibatkan perkembangan anak-anak.
Malah untuk kesihatan kita ibubapa pun akan terganggu dan terancam juga. Lihat saja perkembangan penyakit bahaya sekarang seperti kanser, sakit jantung, sakit wanita (cyst, PCOS, fibroid), kencing manis dan sebagainya.
Terlalu banyak kan penyakit jika dibandingkan 30 tahun yang lepas. Sepertinya menjadi virus dalam diam.
Apa-apa pun semuanya adalah bermula dari rumah.
Semoga artikel ini membantu.
Sumber 1
Sumber 2
Untuk sebarang tempahan vitamin kanak-kanak boleh terus hubungi saya di
Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864
Page: Azeni Vita-Shoppe
COD area: Seluruh Perlis, Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.
Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.
Sekarang nie terlalu banyak makanan yang tak elok untuk kesihatan.. kena pandai memilihla
Media Sensasi menulis…Tonton Dan Download Cik Cinderella Dan Encik Tengku Full Episode
Terlalu banyak sampai sukar dikawal kan.
apa yang kita makan bakal memberi impak pada sikap 🙂
Ikhwan menulis…Ambilan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 2016
Badan kita akan ikut apa yang kita makan.
Kalau berkhasiat maka kita pun sihat kan.