Sejak zaman milenium nie kan, semakin kita maju semakin banyak penyakit kan datang kan. Kadang-kadang tah apa-apa nama penyakit yang tak penah dengar pun ada atau tiba-tiba jadi kat sedara atau family terdekat kita.
Nak-nak wanita kan tak pun perempuan banyak sangat penyakit. Dan jangan terkejut budak perempuan di sekolah menengah pun leh kena PCOS kan. Semua nya bermula daripada sistem dalam badan kita iaitu sistem peranakan kita ataupun bahasa saintifik nya sistem reproduksi kita iaitu bahagian dalam rahim kita.
Antara penyakit yang kerap atau selalu dengar ataupun penyakit yang kritikal adalah fibroid, endometrosis, PCOS, anexoria nervosa dan menopaus.
1. Fibroid
Fibroid bukanlah kanser tapi ketumbuhan yang berlaku pada lapisan otot dalam dinding rahim. Kadang-kadang wanita sendiri pun tidak sedar yang terdapat fibroid dalam rahim mereka. Dalam uterus ataupun rahim wanita terdapat tiga lapisan iaitu perimetrium, myometrium dan endametrium. Fibroid terjadi di lapisan otot ataupun di myometrium. Terdapat banyak statistik ataupun kajian dilakukan untuk mencari sebab musabab mengapa fibroid terjadi namun tiada sebab yang khusus.
2. Endometrorisis
Endometrorisis adalah selaput ataupun lapisan yang luar biasa yang terjadi di luar rahim ataupun pada dinding endometrium. Ia boleh membawa kepada kesakitan, pendarahan yang tidak teratur dan masalah kehamilan (kemandulan).
Dalam keadaan biasa, selaput ataupun lapisan ini akan gugur bersama-sama dengan darah kotor ataupun haid setiap bulan. Simptom utama penytakit ini adalah sengugut ataupun kesakitan di bahagian pelvik.
3. PCOS (Polycystic Ovarian Syndrome)
PCOS terjadi disebabkan gangguan hormon yang tidak stabil ataupun tidak seimbang. Gangguan ini menyebabkan kitaran haid dan proses ovulasi yang tidak normal. Menurut kajian yang dilakukan terdapat 90 peratus wanita mengalami kitar haid tidak teratur dan 30 peratus wanita yang mengalami haid langsung didapati mengidap PCOS.
4. Anoxeria Nervosa
Anoxeria adalah gangguan yang dihadapi untuk makan. Mereka yang mengalami masalah ini kebiasaannya disebabkan aturan diet yang tidak betul atau tidak seimbang untuk mendapatkan bentuk badan yang sempurna. Mereka yang mengalami anoxeria umpama fobia terhadap makanan kerana takut takut setiap makanan yang diambil akan menyebaban kegemukan pada badan. Lama kelamaan tubuih badan akan kehilangan nutrisi ataupun zat gizi yang diperlukan oleh semua organ badan kita.
5. Menopaus
Ini terjadi disebabkan wanita yang telah putus haid iaitu apabila kilang telur (ovary) berhenti menghasilkan telur. Sesetengah wanita mengalami menopaus secara megejut ataupun terjadi secara perlahan-lahan. Antara simptom-simptom yang terjadi seperti sering kepanasan, kulit kemerah-kemrahan, cepat marah dan sebagainya. Normalnya terjadi pada wanita yang berumur 45-55 tahun. Menopaus ini perlu diketahui bagaimana untuk menangani nya oleh suami dan isteri bagi memudahkan untuk menghadapi bila tiba masanya.
Untuk next entri akan dikupas secara terperinci untuk setiap pemasalahan di atas.
Tunggu yea…
[…] 5 penyakit selalu kita dengar kebiasaanya boleh menyerang wanita tidak kira belum berkahwin ataupun selepas […]