• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

5 Punca Terjadinya Sakit Lutut

9 January 2018 By azeni 2 Comments

Sakit lutut memang sinonim dengan faktor umur. Bila semakin berusia, sendi pada lutut jadi mudah haus dan bergesel menyebabkan sakit.

Tetapi ramai juga pada usia muda pun ada sakit lutut. Lebih menyakitkan bagi Muslim bila nak sembahyang kan. Alahai sampai menangis menahan sakit.

Jom saya kongsikan antara punca terjadinya sakit lutut.

punca sakit lutut

5 Punca Terjadinya Sakit Lutut

1.Faktor umur

Bila umur meningkat menyebabkan ligamen ataupun tisu yang menghubungkan sendi di lutut jadi haus.

Haus bermaksud menipis dan terjadi pengeseran dan itu yang menyebabkan lama kelamaan sakit. Selain itu, kolagen semakin menipis di bahagian sendi menyebabkan mudah haus.

2. Berat badan terlalu obes

Bila berat badan terlalu tinggi ataupun BMI (body mass index) tidak normal akan memberikan tekanan pada sendi lutut kita untuk menampung.

Sebab itu kalau perasan, kita akan mudah lenguh dan sakit lutut bila berat badan naik kan.

Punca sakit lutut

Salah satu punca sakit lutut daripada kegemukan

3. Terlalu ektreme bersukan ataupun beraktiviti luar

Ini bagi mereka yang memang suka bersukan seperti mendaki gunung, ataupun aktiviti outdoor.

Perlukan mineral untuk tulang lebih tinggi daripada mereka yang lakukan aktiviti normal.

4. Ada masalah kesihatan

Jika anda ada masalah gout ataupun arthritis memang akan menyerang sendi. Penyakit gout itu sendiri memang disebabkan oleh pengumpulan asid urik di bahagian sendi.

Ada bahagian sendi di kaki, tangan ataupun di lutut.

Boleh baca secara terperinci di Tanda Awal Sakit Gout.

5. Diet Pemakanan Tidak Sihat

Pemakanan seharian kita memang mempengaruhi kesihatan dalaman. Ambil secara berlebihan gula putih, fast food dan frozen food menyebabkan lama-kelamaan toksin tinggi dalam badan.

Peredaran darah kita pun jadi tidak lancar dan akan pengaruhi kekuatan sendi. Pengambilan gula mahupun makanan tidak sihat akan bagi kesan dalam masa yang panjang. Ramai terleka bab ini dan tidak menjaga pemakanan.

Lebih sedih bila sakit lutut nie pada mereka yang berumur kan. Nak bersolat pun terganggu inikan pula nak berjalan-jalan kan.

Saya kongsikan disini cara untuk bantu hilangkan sakit lutut tidak kira peringkat umur.

Ubat Sakit Lutut yang Bebas Steroid

Periksa dahulu ubat yang dijual samada ada kelulusan KKM ataupun tidak. Tidak kira ubat herba tradisional ataupun moden. Sebab kebanyakannya ubat sakit lutut mengandungi steroid.

Steroid jika diambil memang akan bagi kesan melegakan dengan cepat. Tapi kesan sampingan pada badan lebih bahaya.

Pengambilan ubat yang mengandungi steroid boleh menyebabkan:

  • Kestabilan hormone badan terganggu
  • Berat badan mendadak naik dan selera makan tinggi
  • Tekanan darah jadi tinggi dan boleh ganggu masa tidur (masalah insomnia)
  • Jadi water retention ataupun edema
  • Tulang mudah rapuh (osteoporosis)

Boleh baca secara detail tentang disini Info Tentang Steroid.

Yang saya sarankan disini adalah pengambilan vitamin/suplemen untuk bantu legakan sakit lutut iaitu:

i. Vivix

Adalah cecair antioksida tinggi yang mengandungi ramuan tumbuhan dan buah-buahan iaitu:

  • Anggur Muscadine
  • Elderbery
  • Polyganum Cuspadatum
  • Japanese Knotweed

Vivix ini membantu untuk perbaiki sel sel di bahagian sendi yang telah rosak dan renew dengan sel yang baru. Ekstrak daripada anggur muscadine membantu mengurangkan inflamasi di bahagian sendi.

Selain itu, vivix dalam benuk cecair memudahkan untuk mereka yang berumur minum.

Vitamin sakit lutut

ubat sakit lutut

ii. Kolagen

Sebenarnya kolagen sangat penting dalam badan kita bukan setakat untuk kulit sahaja. Malah kolagen lebih penting pada kesihatan sendi kita.

Kolagen bantu anjalkan semula tisu-tisu penyambungan sendi.

Dalam Kolagen Shaklee ada glukasomina yang mana penting untuk sintesis cecair synovial yang bekalkan pelincir pada sendi-sendi.

Ubat rawat sakit lutut

iii. Omega Guard

Ada kandungan asid lemak Omega 3 untuk elakkan keradangan (pembengkakan) dan juga bagus untuk peredaran darah kita.

Asid lemak Omega 3 bersifat untuk larut dalam tisu rawan kita dan ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan.

Asid lemak ini memang badan kita tidak boleh hasilkan sendiri maka perlu diambil daripada sumber luar badan.

Ubat sakit lutut

iv. Ostematrix

Mengandungi kalsium, magnesim, Vitamin D dan boron. Membantu untuk memperkuatkan ketahanan dan kepadatan tulang kita. Tulang akan cepat rapuh disebabkan kekurangan mineral seperti di atas.

Ubat sakit sendi lutut

Boleh baca dan periksa details tentang kelulusan KKM untuk 4 jenis produk di atas. Boleh rujuk di Kelulusan KKM untuk Shaklee dan juga website NPRA.

Jom saya kongsikan disini video ringkas tentang punca sakit lutut.

Kesihatan lutut jarang di titikberatkan melainkan bila sakit kan. Dan bila sakit, kita akan mencari ubat ataupun herba mana-mana yang bagi kesan cepat.

Itu yang terjebak dengan ubat mengandungi steroid. Sebetulnya, periksa dulu ye label dan juga kandungan yang digunakan sebelum menggunakannya.

Ia akan bagi kesan jangka panjang untuk tubuh badan kita. Sudah nya bertimpa-timpa sakit datang asbab pengambilan steroid yang kita tidak sedar kan.

Pilih yang betul.

Pilih Shaklee.

Boleh juga baca berkaitan:

Pengalaman Slipped Disk Pulih Sepenuhnya

Cara Sembuhkan Tulang Tanpa Pembedahan

Punca Tulang Jadi Rapuh dan Patah

Saya akan guide sepenuhnya cara pengambilan vitamin dan boleh terus hubungi saya untuk pesanan vitamin.

Cara Order Vitamin Shaklee, pengedar shaklee kota damansara dan petaling jaya

Azeni Ahmad

Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864

Page: azeniahmad dot com

COD area: Sungai Petani, Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.

Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

Buat Duit Dengan Menulis Boleh Jana Income 4 Angka

Pengedar Shaklee Bukit Mertajam, Bagan Serai, Parit Buntar
Mengapa Susu Badan Kurang?

Related

Filed Under: Shaklee Tagged With: Bahaya Ubat Steroid, Punca Sakit Lutut, sakit lutut

Comments

  1. nida says

    13 January 2018 at 10:01 pm

    saya pernah alami sakit lutut…Alhamdulillah, amalkan supplement trus ok..tq atas perkongsian puan

    Reply
    • azeni says

      16 January 2018 at 1:31 pm

      Wahh alhamduillah..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer