• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

5 Sebab Mengapa Penyusuan Badan Waktu Malam Sangat Penting

22 June 2015 By azeni 2 Comments

Banyak sangat kelebihan dan kepentingan penyusuan susu ibu. Kalau dilihat dari segi kajian dan penyelidikan, memang tidak dapat disangkal lagi kebaikan susu ibu.

Penyusuan susu ibu bukan sahaja bagus untuk bayi malah untuk ibu itu sendiri. Tahukah anda penyusuan secara terus antara bayi dan ibu di waktu malam sangat memberikan kebaikan.

Mungkin ramai lagi yang tidak mengetahuinya.

Jom kita lihat kepentingannya.

mengapa penyusuan waktu malam

Banyak kelebihan menyusu waktu malam

5 sebab mengapa penyusuan badan waktu malam sangat penting

1. Perut bayi kecil

Permulaan semasa lahir, perut bayi kecil dan hanya mampu untuk menampung 20ml cecair sahaja. Jika cecair yang diminumnya adalah susu ibu, proses penghadaman akan berlaku dalam masa sejam sahaja.

Maka proses penyusuan akan berlaku selang 1-2jam disebabkan proses penghadaman yang cepat. Bayi akan mudah lapar.

Yang penting apabila bayi kerap menyusu, maka pengeluaran susu akan semakin banyak.

2. Bayi akan mudah tidur apabila menyusu di waktu malam

Secara fitrahnya, kita sebagai orang dewasa pasti akan tidur apabila waktu malam kan. Tetapi tidak pada bayi sebenarnya. Perubahan siang malam pun masih tidak tahu kan.

Tetapi dengan menyusu ibu, bayi memang akan mudah tidur. Ini disebabkan oleh susu ibu mengandungi tryptophan iaitu sejenis asid amino yang mendorong untuk tidur. Ataupun bahasa pasarnya, sebagai ubat tidur.

Tryptophan terkait dengan hormon serotonin, merupakan hormon yang mengawal mood serta kitaran tidur. Bukan itu sahaja, ia meningkatkan perkembangan otak dan fungsinya.

Menyusu kerap waktu malam

Bayi mudah tidur waktu malam

3. Menyusu badan dapat elakkan SIDS

Apa itu SIDS?

SIDS adalah Sudden Infant Dead Syndrome. Bayi meninggal secara mengejut dalam waktu tidur. Kerap berlaku sebenarnya di luar negara berbanding di dalam negara kita sendiri.

Bayi yang menyusu badan memang mempunyai potensi yang rendah untuk dapat SIDS”

Sumber

Dengan menyusu badan, meransang bayi untuk kerap terjaga untuk menyusu. Secara tak langsung mengurangkan risiko untuk dapat SIDS.

4. Ibu menyusu akan mudah tidur

Perasan tak kalau ibu menyusu, memang akan kerap tertidur bersama-sama bayi. Itupun tak lama sebenarnya. Orang cakap macam terlelap sekejap gitu. Hehe.

Tapi waktu malam, ia meransang untuk ibu dapat tidur berkualiti sebenarnya. Walaupun anda akan kerap terbangun untuk menyusukan bayi.

Masa tidur yang berkualiti bukanlah sampai 3-4jam. Tetapi hanya 40-45minit sahaja.

Kalau ibu itu sentiasa ada bayi kecil (selang 2 tahun ada bayi kecil sahaja. Hehe), malam hanya tidur betul-betul kurang dari sejam sahaja.

Bayangkan la.

5. Kekerapan menyusu waktu malam boleh dijadikan sebagai perancang keluarga

Menurut LAM iaitu Lactitional Amenorea Method iaitu salah satu bentuk perancangan keluarga yang mempunyai 98 peratus untuk tidak mengandung. Tetapi selagi menggunakan dengan cara yang betul yea.

Kajian yang dilakukan menyatakan dengan kehadiran hormon proklatin dan kerap menyusu di waktu malam menyebabkan haid tidak datang dalam masa 6 bulan selepas kelahiran bayi.

Hanya untuk bayi yang menyusu sepenuhnya susu ibunya sahaja.”

Tetapi berjaga-jaga yea. Pastikan ada protection untuk mengelak sebarang kemungkinan. Hehe.

Sumber

Bila ibu menyusu, banyak sebenarnya nutrisi hilang daripada badan. Kerana badan terpaksa ‘tarik’ nutrisi ibu untuk berikan pada bayi melalui susu ibu.

Jangan disebabkan itu, kita sebagai ibu-ibu menjadi tidak bertenaga dan lemah.

Anda boleh dapatkan vitamin untuk tenaga dan pada masa yang sama membantu untuk penyusuan sekali.

Momen penyusuan sememangnya sangat indah. Ia bukan memenatkan tetapi adalah satu pengalaman yang bukan semua wanita dapat kecapi.

Bertuah dan beruntung sebenarnya kan.

Selamat menyusu secara ekslusif.

Rawat Senggugut Kronik Tanpa Menggunakan Painkiller atau Perlu Ambil MC
Set Pantang Bersalin Untuk Cepat Sembuh Luka

Related

Filed Under: Penyusuan, Shaklee Tagged With: kelebihan menyusu waktu malam, menyusu waktu malam, set penyusuan badan, set tenaga untuk penyusuan, SIDS

Comments

  1. apdm1 says

    24 June 2015 at 5:23 am

    ohh..

    penting jugak rupanya ye..
    apdm1 menulis…APDM – Aplikasi Pangkalan Data MuridMy Profile

    Reply
    • azeni says

      21 July 2015 at 10:11 pm

      Sangat penting untuk menyusu malam.
      Malah berat bayi akan mudah naik kalau menyusu waktu malam.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer