• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

5 Tips Mudah Memilih Produk Komestik Untuk Daripada Elak Kulit Mengerutu

20 December 2014 By azeni 4 Comments

Lambakan produk kulit ataupun komestik kini di pasaran memang terlalu banyak. Hinggakan mengaburi pengguna yang mana disahkan oleh SIRIM, yang mana kandungan kimia tinggi, yang mana cara pemprosesan tidak halal serta banyak lagi.

Hingga ada sesetengah produk ditarik oleh Kementerian Kesihatan kerana boleh membahayakan pengguna sampai menyebabkan penyakit yang kritikal. Sebagai pengguna, anda perlu sentiasa berhati-hati dan sentiasa mengambil tahu jika ingin mencuba sesuatu produk komestik.

Kulit muka rosak disebabkan komestik, tip untuk memilih produk komestik,

Kulit muka rosak disebabkan penggunaan komestik

Jom saya kongsikan tip mudah memilih produk komestik untuk elak kulit jadi mengerutu.

1. Kenali jenis kulit anda
Ini adalah paling penting wajib untuk anda tahu jenis kulit anda. Samada jenis berminyak, kering ataupun sensitif pada mana-mana bahan kimia. Kerana ia akan berinteraksi dengan kulit untuk menentukan samada komestik tersebut sesuai ataupun tidak.

2. Elakkan sebarang kandungan ‘pewangi’
Pastikan periksa terlebih dahulu label kandungan pada mana-mana produk sebelum membeli. Elakkan jika terdapat ‘pewangi’ kerana ia mengandungi bahan kimia antaranya akan menganggu hormon badan kita iaitu phthalates dan synthetic musks.

3. Periksa samada organik ataupun natural.
Sebagai pengguna, kita perlu waspada terhadap kandungan yang dikatakan sebagai organik ataupun natural. Walaupun pada label menunjukkan 95% bahan menggunakan organik tetapi selebihnya masih menggunakan bahan sintitek yang berbahaya pada kulit kita.

4. Jangan beli produk tanpa membuat kajian
Kalau anda seorang kaki shopping, pasti produk komestik termasuk dalam senarai wajib dibeli. Tidak kira gincu ke, bedak compact ke, maskara ke. Walaupun anda sekadar ‘window shoping’ ataupun ada jualan murah tetapi pastikan anda mengkaji terlebih dahulu sesuatu produk sebelum membeli.

Belek pada label kandungan dan jika terdapat ramuan yang tidak pernah didengar pastikan anda mengkaji terlebih dahulu.

5. Ada kandungan anti pelindung sinaran cahaya matahari
Anti pelindung sinaran cahaya matahari ataupun SPF sangat penting dalam produk komestik kerana ia akan membantu melindungi kulit kita. Kulit yang terlalu kerap terdedah pada matahari, mempunyai potensi tinggi untuk mendapat kanser kulit.

Penggunaan sekurang-kurangnya SPF 30 dapat membantu mengekalkan keremajaan dan kelembapan kulit anda.

 

Ada pengguna sampai menderita disebabkan gara-gara tersalah memilih produk kecantikan kulit. Asalnya ada masalah kulit biasa tetapi menjadi teruk hinggakan menggerutu kulit dan tidak sanggup keluar rumah.

Kulit muka berjerawat, salah pakai komestik, menderita kulit rosak disebabkan penggunaan komestik

Kulit muka bermasalah disebabkan penggunaan komestik yang salah

Ini salah satu gambar pengguna menggunakan komestik yang mengandungi bahan kimia yang tinggi. Hingga memnyebabkan kulit semakin teruk. Jom kita tengok video ini.

Lepas 7 Tahun Geram Muka Berjerawat Teruk, Ini Yg Dia Buat from iReach HD on Vimeo.

Bayangkan sampai 7 tahun menderita kulit yang agak teruk dan menyebabkan beliau malu untuk berjumpa orang ramai.

Vitamin Shaklee membantu untuk menyelesaikan masalah kulit yang agak teruk iaitu dengan Vitamin C, Kolagen, Vitamin E, GLA dan set pencuci muka Nutriwhite.

Vitamin C – bertindak untuk mengecutkan jerawat yang aktif pada kulit dan membantu untuk hasilkan kolagen pada permukaan kulit.

GLA – membantu untuk mengurangkan imflamasi ataupun keradangan pada kulit kita disamping betulkan hormon dalam badan.

Vitamin E – membantu untuk menghilangkan parut jerawat dan bertindak sebagai SPF iaitu anti pelindung cahaya matahari disebabkan akndungan antioksida yang tinggi.

Kolagen – membantu untuk menegangkan kulit yang kendur dan menyokong tisu-tisu dalam badan.

Set Pencuci Nutriwhite membantu dari segi luaran untuk mempercepatkan proses pemulihan kulit.

Anda boleh berhubung dengan saya untuk menyelesaikan masalah kulit anda beserta cadangan vitamin yang sesuai dengan anda.

Sumber 1
Sumber 2

Boleh hubungi saya untuk sebarang tempahan ataupun pertanyaan..
Azeni Ahmad
Shaklee Distributor : 890574
COD area: Kota Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana dan Petaling Jaya

Penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan khidmat Pos Laju Malaysia.

Betul Ke Tekanan Darah Tinggi dan Kolestrol Boleh Membunuh Secara Diam?!
Suami Marahkan Isteri Disebabkan Sukree? Hebatnya Sukree!

Related

Filed Under: Shaklee Tagged With: Shaklee

Comments

  1. blogger lelaki says

    21 December 2014 at 4:10 pm

    pemilihan kosmetik juga penting ikut kesesuaian kulit kita

    Reply
    • azeni says

      24 December 2014 at 5:35 am

      Hehehe. Memang pun. Wajib tau jenis kulit mcmana.

      Reply
  2. Harlina Ramli says

    27 December 2014 at 5:57 am

    Sangat penting untuk kita kenali jenis kulit kitadan corak pemakanan kita.

    http://www.harlinahouse.com/blog

    Reply
    • azeni says

      28 December 2014 at 3:01 am

      Sangat penting. Bukan semua komestik sesuai dengan kulit kita.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer