• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

6 Cara Untuk Mengetahui Jantina Kandungan Samada Lelaki ataupun Perempuan

2 August 2015 By azeni 8 Comments

Antara perkara yang paling menyeronokkan dan melucukan apabila mengandung adalah meneka jantina anak.

Kelakar dan melucukan sebenarnya walaupun sudah mengandung 3-4 kali kan.

Memang cara paling mudah untuk tahu jantina adalah buat X-Ray kan. Tapi sesetengah orang nak biarkan ia menjadi rahsia hingga ke saat kelahiran kan.

Baru la mencabar katanya.

Kalau dulu-dulu, bidan kampung yang akan selalu pegang perut yang memboyot dan kemudian boleh tahu jantina lelaki atau wanita.

Sekarang lebih kepada kajian saintifik yang dilakukan. Kerana segala pengerakan dan fizikal bayi dalam kandungan akan membentuk perut ibu yang mengandung kan.

Jom kita lihat bagaimana jantina lelaki dan perempuan ditentukan:

 

Bagaimana untuk tahu jantina anak

Perbezaan denyutan jantung untuk anak lelai dan perempuan

 

 

1. Kadar denyutan jantung

Denyutan jantung untuk anak lelaki adalah bawah daripada 140 beats per minute.

Kalau anak perempuan lebih laju denyutan jantungnya iaitu tinggi daripada 140 beats per minute.

2. Bentuk perut ibu

Bentuk perut ibu antara bahagian paling meyeronokkan untuk diteka. Memang biasanya akan berbentuk bulat ataupun memanjang kan.

Perut berbentuk bulat seperti basketball —> anak lelaki

Biasanya kalau bentuk bulat, pinggang ibu masih lagi mempunyai shape. Kalau dilihat daripada pandangan belakang, seolah tidak mengandung kan.

Ini pengalaman diri sendiri apabila mengandungkan 2 orang anak lelaki.

Perut berbentuk bulat seperti buah tembikai —> anak perempuan.

Ini biasanya perut nampak memanjang dan kelihatan ‘penuh’ di bahagian kiri kanan pinggang.

Kalau dari pandangan belakang, memang tiada shape dan punggung kelihatan melebar.

Bagaimana untuk tahu jantina anak

Bentuk bola menunjukkan anak lelaki, bentuk tembikai anak perempuan

3. Warna puting payudara (nipple)

Kalau anak lelaki, kawasan aerola payudara akan semakin besar dan berwarna gelap.

Kalau anak perempuan, aerola payudara akan berwarna cerah.

4. Penampilan ibu yang mengandung

Ini salah satunya disebabkan perubahan hormone. Bukan sebab ibu yang suka-suka nak tukar penampilan kan.

So suami sila bagi perhatian ya. Hehehe.

Pembawakan anak lelaki menyebabkan ibu akan lebih suka berhias-hias dan nak penampilan cantik sahaja.

Pembawakan anak perempuan akan sebaliknya. Akan lebih suka simple dan kadang-kadang tidak terurus pun.

Bahana mengandung kan. Sampai boleh kusut masai. Hehehe.

5. Warna air kencing

Ini juga boleh mempengaruhi warna air kencing walaupun anda mengambil vitamin B yang mengandungi Riboflavin. Ia akan disingkirkan melalui air kencing apabila tidak diserap badan.

So warna asal air kencing adalah kuning pucat kan menunjukkan pembawakan anak perempuan.

Kalau selepas minum air yang secukupnya dan air kencing masih berwarna kuning terang, itu menunjukkan pembawakan anak lelaki.

6. Paling suka mengidam

Wanita kalau mengandung memang wajib hadapi keadaan ini. Tetapi kalau tak mengandung pun sama juga kan. Asyik mengidam sahaja kan. Hehehe.

Kalau badan kita mengidam tidak kira waktu mengandung ataupun waktu normal, itu menunjukkan badan kita kekurangan nutrisi.

Jika mengandung anak lelaki akan lebih suka makanan yang bermasin dan masam.

Kalau anak perempuan akan lebih suka makanan manis dan berjus.

So anda dalam kategori yang mana?

Agak-agak tengah mengandung anak apa? Mesti rasa excited kan..

Nak-nak kalau anak pertama kan.

Sebenarnya tak kesah pun bagaimana bentuk fizikal semasa mengandung. Janji bayi dan ibu selamat hingga ke bersalin.

Tahukah anda cara pemakanan kita boleh mempengaruhi jantina anak. Tetapi perlu diamalkan semasa proses ingin hamil la. Bukannya sudah hamil kan.

Bagaimana untuk tahu jantina anak

Makanan yang membantu untuk mendapatkan anak perempuan

Bagaimana untuk tahu jantina anak

Makanan yang membantu untuk mendapatkan anak lelaki

Bagi ibu yang terlalu kerap sangat mengidam, itu adalah satu satu petanda badan kekurangan nutrisi. Bayi akan membesar dan memerlukan nutrisi daripada ibunya untuk menampung.

So ibu jangan culas untuk ambil suplemen ataupun vitamin semasa mengandung.

Suplemen untuk ibu mengandung

Vitamin asas untuk ibu hamil adalah:

Vitalea (multivitamin) mengandungi zat besi untuk penghasilan hemoglobin darah untuk bayi dan ibu.

Vitamin C perlu diambil bersama zat besi untuk penyerapan yang tinggi dalam darah. Vitamin C membantu untuk kuatkan imunisasi ibu semasa dalam kehamilan dan dapat mengelak daripada gusi berdarah.

Bcompleks iaitu kumpulan vitamin B untuk pastikan bekalan oksigen untuk peredaran darah ke seluruh badan. Asid folik di dalam bcomplek untuk mengelakkan berlaku kecacatan spina bifida.

Ostematrix iaitu kalsium sangat penting untuk pertumbuhan tulang bayi dan juga untuk hilangkan kekejangan untuk ibu.

Untuk sebarang pertanyaan ataupun tempahan boleh hubungi saya terus ya.

Cara Order Vitamin Shaklee, pengedar shaklee kota damansara dan petaling jaya

Azeni Ahmad

Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864

Page: Azeni Vita-Shoppe

COD area: Seluruh Perlis, Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.

Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

Kebaikan dan Faedah Apabila Menjadi Ahli Shaklee

5 Makanan Harian untuk Rawat Asma Secara Alami
Banyak Masalah Kesihatan Badan Tapi Boleh Hilang Dengan Sebotol Vivix

Related

Filed Under: Petua, Shaklee Tagged With: anak lelaki denyutan jantung lebih rendah, cara orang lama tentukan jantina, cara untuk tahu jantina anak, jantina kandungan anak, perut ibu bentuk buah tembikai, perut ibu bentuk bulat, suplemen ibu mengandung

Comments

  1. ikhwan says

    5 August 2015 at 5:05 pm

    kalau dah tahu jantina anak, boleh sediakan nama nama yang sesuai dengan jantinanya 🙂

    Reply
    • azeni says

      6 August 2015 at 5:42 pm

      Standby je dua nama..
      Lelaki dan perempuan..
      Hehe.

      Reply
  2. akubiomed says

    16 August 2015 at 9:41 am

    Orang tua-tua dahulu tengok bentuk sudah boleh agak jantina. 🙂
    akubiomed menulis…Projek hujung minggu DIY meja kayu palletMy Profile

    Reply
    • azeni says

      20 August 2015 at 11:38 am

      Memang pun.
      Sekali imbas mata memandang pun dah tau.

      Reply
  3. Sofea says

    3 November 2017 at 1:54 am

    Betul je semua, hihi sama macam masa preggy anak 1st . Naluri pun kuat kata boy sekali scan hah pistol mari hihi

    Reply
    • azeni says

      5 December 2017 at 12:39 am

      Yeke puan.
      Naluri ibu tue memang kuat sama kan.
      Hihihi

      Reply
  4. Maz Jamal says

    3 January 2018 at 12:29 am

    Anak pertama & kedua mmg betul kena dengan naluri..bila anak ke 3 ni tersalah teka pulak..doc scan lain..tunggu bln 3 nanti dia keluar…hihii
    Maz Jamal menulis…Kenapa Wajib Pilih Vitamin C Shaklee Berbanding Jenama Lain Di PasaranMy Profile

    Reply
    • azeni says

      16 January 2018 at 1:31 pm

      Hahaha..
      Naluri jadi confius kot.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer