• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

7 Khasiat utama Kurma

18 July 2013 By Azeni Ahmad Leave a Comment


Semua orang tahu kurma sangat banyak khasiat nye. Kalau tidak masakan di dalam Al-Quran disebut disebut sampai 21 ayat kan..
Betapa tinggi nye khasiatnye nak-nak di bulan puasa kan menjadi juadah wajib waktu berbuka atau bersahur.
Daripada sudut sains menyatakan:
Protein = 2.5 %
Serat = 8.0 %
Kandungan gula yang tinggi (glukosa) = 63%
Lemak = 0.4%
Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.

7 khasiat utama Kurma:

1. Makan yang paling cepat diproses, diserap dan sekaligus memberi 

    tenaga tenaga segera. 

    Kandungan gula ringkasnya (monosaccharide) yang 
    sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan 
    “tenaga segera” yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan 
    kebanyakan buah-buahan lain yang mengadungi sukrosa (disaccharide).
    Disaccharide seperti sukrosa harus dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum 
    bertukar menjadi monosaccharide lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

    Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, 

    kita perlukan tenaga segera, dan bukannya tenaga yang “lambat untuk dicerna” 
    seperti yang terkandung dalam kebanyakkan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.

2. Kaya dengan serat dan potassium

    Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah 
    terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, 
    serat larut mahupun tak larut.
    Selain itu kurma kaya dengan Potassium dan beberapa zat galian yang lain. 
    Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kembali kandungan air 
    dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutama sepanjang tempoh berpuasa.

    Potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu 

    memelihara sistem saraf.

3. Penguat memori

    Juga sangat bagus sebagai penguat memori terutamanya kepada 
    kanak-kanak yang membesar. Bagus untuk wanita mengandungi atau bersalin
    Buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita 
    untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa proses kelahiran. 
    Malah anak yang dilahirkan kelak dipercayai akan mempunyai sifat-sifat yang baik, 
    penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya (Sabda Rasulullah).

4. Penawar racun

    Diriwayat oleh Aishah r.a., “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan 
    dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

5. Merawat penyakit

    Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. 
    Ianya direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

6. Mengubati gangguan usus dan sembelit

    Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan 

    secara sempurna. Kurma mencegah ini dari berlaku.


Jom sama-sama amalkan kurma untuk dapat khasiat semulajadi…

Related

Filed Under: Khasiat Kurma

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer