• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

7 Risiko Mengandung Selepas Umur 40 Tahun

20 December 2015 By azeni 6 Comments

Tidak dinafikan wanita sekarang kebanyakannya berkerjaya hinggakan ada menyandang jawatan professional daripada jurutera, arkitek hingga ke CEO syarikat kan.

Ada yang lebih fokus kepada kerjaya hingga lambat mendirikan rumahtangga. Dan pastinya, proses kehamilan akan berlaku pada usia yang agak lewat kan. Pada usia selepas umur 40 tahun.

Apa kaitan antara umur, tahap kesuburan dan mengandung?

Umur semakin meningkat maka tahap kesihatan bukan pada paras optimum. Wanita yang meningkat umur ke 35 tahun ke atas, tahap kesuburan akan semakin menyusut secara biologinya.

Potensi untuk melahirkan anak tetap ada. Cuma berisiko la.

Risiko ibu mengandung usia 40 tahun

Risiko mengandung pada usia 40 tahun ke atas

7 risiko mengandung selepas umur 40 tahun adalah:

1. Keguguran

Bila makin meningkat umur, otot-otot di sekitar rahim akan menjadi kurang kuat dan anjal bagi menampung janin dalam rahim.

Rahim yang tidak kuat antara faktor penting juga yang menyebabkan berlaku keguguran. Selain itu, sperma ataupun telur ovum yang tidak berkualiti juga antara penyumbangnya.

Bagaimana untuk kuatkan rahim?

Boleh baca disini Cara untuk kuatkan peranakan.

2. Masalah kencing manis (diabetes gestasi)

Jika anda adalah pengidap kencing manis dan mengandung dalam usia lewat 30an, doktor akan pantau secara dekat kehamilan anda.

Jika bacaan semakin tinggi, doktor akan mencadangkan kelahiran lebih awal.

Bagaimana untuk tahu anda adalah pengidap kencing manis?

Secara terperincinya, boleh baca di 5 Tanda Awal Simptom Diabetes Untuk Ibu Mengandung

3. Tekanan darah tinggi

Apabila bacaan tekanan darah melebihi 140/90. Keadaan ini berlaku apabila ada perubahan aliran darah menjadi kecil.

Tekanan darah tinggi semasa mengandung akan dikaitkan dengan pra ekslampsia.

Kurangkan pengambilan garam dalam diet pemakanan dan amalkan baring dengan posisi kaki lebih tinggi daripada jantung.

Risiko mengandung selepas umur 40 tahun

Apa itu plasenta previa?

4. Plasenta previa

Plasenta previa adalah keadaan di mana plasenta ataupun uri rendah. Ini terjadi apabila uri menutupi di bahagian pembukaan rahim menyebabkan bayi tidak dapat lahir secara normal.

Apabila masuk trimester kedua, bahagian bawah rahim akan mula meregang. Pada masa ini, uri ataupun plasenta akan terpisah dan boleh menyebabkan pendarahan yang teruk.

Mungkin terpaksa lakukan pembedahan untuk bersalin.

5. Masalah pra-ekslampsia

Keadaan ini terjadi apabila tekanan darah tinggi, bengkak secara tiba-tiba dan kandungan protein tinggi dalam air kencing.

Bila terjadi pra-ekslampsia, aliran darah ke plasenta akan berkurang. Ini akan menganggu oksigen dan nutrient yang sepatutnya sampai kepada bayi melalui plasenta.

Ada kajian dilakukan, pengambilan kalsium di awal kehamilan boleh mencegah pra-ekslampsia ini.

6. Masalah semasa bersalin

Potensi sangat tinggi untuk bersalin dengan alat bantuan seperti vaccum, fosep ataupun terpaksa caesearan.

Ini kerana tenaga badan yang diperlukan sangat banyak semasa proses kelahiran. Dimana ibu perlu ‘push’ kekuatan dalaman untuk melahirkan bayi. Umur semakin meningkat dan tenaga semakin berkurangan.

7. Kelahiran pra-matang

Bayi terpaksa dilahirkan lebih awal untuk elak sebarang komplikasi. Selalunya bayi yang lahir pra matang akan kurang berat badan dan terpaksa di tahan di hospital di bawah pantauan pakar.

Mengapa nak elak kelahiran pra matang?

Secara terperincinya saya kongsi di sini 6 Risiko Komplikasi Kelahiran Pra Matang.

risiko mengandung selepas umur 40 tahun

Berpontensi tinggi untuk kelahiran pra-matang

Mungkin bagi anda yang sememangnya menantikan kehadiran cahaya mata yang pertama, jangan terlalu gusar walaupun anda berusia lewat 30an ataupun awal 40an.

Sebab kehadiran cahayamata adalah penyeri dalam rumahtangga.

Boleh tengok disini video bagaimana  untuk naikkan berat badan bayi pra matang.

Testimonial Ibu Mengandung dengan Vitamin

Vitamin ibu mengandung

Yang paling penting, persediaan diri untuk proses mengandung. Memang sangat-sangat perlu untuk anda ambil supplement untuk menyokong kesihatan dan kandungan anda.

Sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan komplikasi-komplikasi seperti di atas dan bayi dalam keadaan sihat semasa lahir.

Vitamin untuk ibu mengandung pada usia 40 tahun ke atas

Set vitamin ibu mengandung

Suplement yang dicadangkan untuk ibu yang mengandung pada usia lewat 30an dan awal 40an adalah:

i. Vitalea

Multivitamin yang mengandungi zat besi untuk meningkatkan hB (hemoglobin) darah.

Vitalea juga untuk membekalkan tenaga yang diperlukan dan dapat mengurangkan masalah pra-ekslampsia.

Juga membantu mengawal paras gula dalam darah.

ii. Bcompleks

Vitamin B yang mengandungi asid folik. Sangat penting diambil semasa 3 bulan sebelum kehamilan untuk mencegah spina bifida ataupun kecacatan pada saraf tunjang bayi.

iii. Vitamin C

Diambil bersama dengan zat besi (vitalea) untuk penyerapan optimum dalam darah.

Vitamin C perlu diambil secukupnya untuk mengelak gusi berdarah dan pada masa yang sama untuk memberikan tenaga sepanjang kehamilan.

iv. Ostematrix

Mengandungi kalsium, magnesium dan Vitamin D. Untuk mengurangkan simpul biawak ataupun kekejangan kaki bila kandungan semakin besar.

Kalsium penting untuk tumbesaran tulang bayi dan pada masa yang sama untuk si ibu juga.

Kalsium yang mencukupi dapat mengelakkan pra-ekslampsia.

risiko mengandung selepas umur 40 tahun

Kepentingan minyak ikan kepada kandungan bayi

v. Omega Guard

Minyak ikan yang sangat bagus untuk peredaran darah untuk ke plasenta dan ke seluruh badan.

Minyak ikan yang tinggi dengan Omega 3, 6 dan DHA bagus untuk tumbesaran bayi dan dapat mengelakkan alergi pada bayi.

Minyak ikan juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi untuk ibu hamil.

vi. ESP

Protein soya untuk kekal bertenaga sepanjang kehamilan. Sangat penting untuk ibu yang kurang gemar minum susu. So protein boleh membantu.

ESP juga membantu mengurangkan morning sickness dan masalah pedih ulu hati.

Sumber 1
Sumber 2

Pengambilan supplement yang cukup semasa kehamilan sekurang-kurangnya dapat mengurangkan komplikasi untuk ibu dan bayi.

Biarlah pelaburan agak tinggi untuk membeli supplement, tetapi kesihatan ibu yang mengandung dan bayi dalam kandungan terjamin.

Untuk sebarang mengenai kehamilan boleh terus hubungi saya. Saya boleh berkongsi pengalaman mengandung 2 orang anak dengan vitamin Shaklee.

Semoga perkongsian ini boleh membantu.

Untuk sebarang tempahan vitamin untuk ibu hamil, boleh hubungi saya.

Cara Order Vitamin Shaklee, pengedar shaklee kota damansara dan petaling jaya

Azeni Ahmad

Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864

Page: Azeni Vita-Shoppe

COD area: Seluruh Perlis, Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.

Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

Kebaikan dan Faedah Apabila Menjadi Ahli Shaklee

 

Cara Hilangkan Parut Jerawat Bernanah Hingga Jadi Berkawah
Rawatan Stroke: Boleh Ke Disembuhkan Sepenuhnya?

Related

Filed Under: Shaklee Tagged With: hamil usia 35tahun ke atas, keguguran, kelahiran anak pra matang, kencing manis ibu hamil, Mengandung usia 40tahun, plasenta previa, pra ekslampsia, suplement ibu hamil, tekanan darah tinggi ibu hamil, vitamin ibu hamil

Comments

  1. Ikhwan says

    23 December 2015 at 12:04 am

    kena usahakan untuk mengandung sebelum usia 40an.
    Ikhwan menulis…DVD Rakaman Penuh eNTERWIP 2015My Profile

    Reply
    • azeni says

      23 December 2015 at 6:06 pm

      Kalau kahwin awal, insyallah boleh dielakkan.

      Reply
  2. Panduan Malaysia says

    24 December 2015 at 2:32 pm

    Kahwin lewat memang ada buruknya. Tapi kalu dah jodoh macam tu kena terimalah
    Panduan Malaysia menulis…Permohonan UPU Ke IPTA Sesi 2016/ 2017 OnlineMy Profile

    Reply
    • azeni says

      24 May 2017 at 11:12 pm

      Itu adalah rahsia Tuhan kan.
      Kita hanya mampu berikhtiar dan berdoa.

      Reply
  3. helmyrose says

    16 May 2017 at 7:22 pm

    salam. sy pesakit kronik.istri sy sudah 41 tahun.kami blm miliki cahaya mata selama 6 tahun.skrg istri sy dah positif mngandung.sy agak risau bila membaca kesan klahiran lewat usia.skrg apa yg sy perlu lakukan utk menjg kslmtn istro dan bkl anak sy.kami sgt2 berharap memiliki seorg pewaris utk kbhagiaan serta penyeri hidup kami berdua.sy 40 & istri skrg

    Reply
    • azeni says

      24 May 2017 at 11:14 pm

      Wsalam encik Helmyrose,

      Kebiasaannya prosedur untk ibu hamil dalam umur lewat akan dalam pantauan ketat oleh pihak hospital untuk pastikan ibu dan kandungan selamat.

      So pastikan temujanji pemeriksaan dengan pihak hospital ditepati.

      Selain itu, boleh ambil suplemen yang secukupnya untuk ibu dan juga kandungan untuk pastikan kedua duanya selamat.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer