Zaman dulu memang tak sama dengan zaman sekarang.
Dulu semua rambut hitam sahaja. Kalau rambut putih maksudnya sudah capai usia emas dah.
Tapi kini ada rambut putih, rambut merah, rambut hijau, ada juga rambut berwarna pelangi. Pening tengoknya. Mengikut fesyen katanya.
Tapi sesetengah mereka yang berambut putih (ataupun beruban) memiliki tahap karisma dan daya penarik yang tinggi. Contohnya seperti George Clooney kan. Hehe. Sesuai dengan faktor umur dia kan. Sungguh bergaya!
Tapi kini boleh dikatakan ramai wanita mahupun lelaki berambut uban pada usia di bawah 45 tahun ke bawah. Bukan keseluruhan rambut tetapi dalam 10-20 peratus rambut adalah beruban dan ia sangat ketara dan boleh dilihat pada mata kasar.
Dan kebanyakan mereka yang beruban rambut adalah yang memiliki kerjaya professional.
Bagaimana rambut boleh mendapat warna secara semulajadi?
Rambut kita mendapat warna daripada pigmen yang dipanggil melanin yang dihasilkan oleh sel-sel melanocyte di folikel rambut.
Rambut kita ada fasa-fasa pertumbuhan seiring dengan usia kita.
Apabila umur semakin meningkat, pigmen yang menghasilkan melanin semakin menurun dan warna putih akan terjadi secara semulajadi. Disebabkan itu, rambut uban dikaitkan dengan faktor umur yang semakin tua.
Mengapa rambut beruban sebelum waktunya?
Perkara ini sangat berkait rapat dengan gaya hidup kita. Bagi golongan professional, cara kerja yang terlalu tertekan tanpa disedari menganggu sistem badan kita. Bukan sahaja bagi kesan pada kulit bahkan rambut juga. Ada yang sampai berkelemur, rambut tidak sihat dan sampaikan beruban walaupun baru menginjak usia pertengahan 30-an.
Apabila hidup sentiasa tertekan, ia akan mempengaruhi cara pemakanan dan diet kita. Malah ada yang lebih cenderung untuk ambil makanan segera dan kurang makan makanan yang berkhasiat. Sangat mudah amalkan makanan segera tetapi kesannya untuk jangka masa yang panjang.
Merokok juga menjadi salah satu faktor utama menyebabkan pigmen melanin terbantut. Akibat tertekan, merokok menjadi satu tabiat yang dikatakan boleh memenangkan jiwa yang serabut dan semakin lama semakin sukar dikikis.
Ini bukan sahaja kesan pada rambut malah boleh membawa pada penyakit yang lebih kronik iaitu sakit jantung dan strok.
Rambut beruban boleh dicegah dengan:
1. Ubah cara hidup
Cara hidup kita akan mempengaruhi kesihatan badan daripada hujung kaki hingga hujung rambut. Seimbangkan cara hidup dengan kurangkan tekanan seharian kita.
Contohnya jangan rosakkan semangat yang positif di waktu pagi dengan kesesakan jalan raya yang teruk. Cuba alihkan perhatian pada perkara yang lain. Practice makes perfect.
Cara hidup yang positif diiringi dengan cara pemakanan yang sihat. Jangan jadikan alasan tiada masa untuk makan makanan yang sihat. Banyakkan makan buah-buahan dan sayuran hijau.
2. Inai untuk rambut cantik
Inai sangat sinonim dengan budaya India kan. Sebab itulah, rambut mereka hitam berkilat dan sihat. Banyak pokok inai ditanam dan boleh juga boleh didapati di kawasan kampung-kampung kan.
Bukan setakat untuk berinai di tangan dan kaki tetapi boleh untuk cantikkan rambut sekali. Sekarang agak banyak juga inai yang telah dikomersialkan untuk memudahkan digunakan dalam pek-pek kecil.
Boleh diamalkan.
3. Vitamin bantu rambut cantik
Selain pemakanan, vitamin dan mineral memainkan peranan penting untuk menyokong pengeluaran pigmen melanin untuk rambut. Paling penting adalah vitamin B12.
Dalam Shaklee, anda boleh dapatkan vitamin Bcompleks dan Zink untuk bantu pemasalahan rambut beruban malah untuk rambut yang selalu gugur pun sangat digalakkan ambil.
Untuk lebih optimum menangani masalah rambut, boleh ambil Vivix Shaklee iaitu kandungan antioksida yang tinggi untuk bantu keseluruhan masalah dalaman badan.
Untuk yang lebih gemar menggunakan shampoo, boleh mencuba Set Shampoo Prosante.
Jangan biarkan rambut sampai beruban walhal anda belum berkahwin. Rambut adalah antara aset utama untuk lelaki dan wanita. Peliharalah ia.
Boleh hubungi untuk lebih lanjut:
Call/SMS/Whatapps: 012-5771864
Page: Azeni Vita-Shoppe
COD area: Kota Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.
Penghantaran dilakukan ke seluruh Malaysia dengan menggunakan POS LAJU




Belum Ada uban lagi …:)
emalinmohd menulis…Kenapa Susah Kurus Jika Tidak Menjaga Pemakanan?
Hihi.
Bagus tue.
kebanyakkan orang muda sekarang cepat beruban atas faktor kerja apabila banyak sangat berfikir, stress dan lain-lain. Jika tiada masa, memang disyorkan untuk mengambil vitamin.
ECi menulis…How To Balance The pH In Your Body?
Memang pun.
Kadang-kadang sebab kesesakan jalan pun leh stress.
Kalau dah hari-hari memang kuar uban la..
tu la. bini asyik marah aje sebab kena cabut uban.
ohh..
ohcikgu menulis…Jenis Cuti Guru Sekolah LAYAK memohon dan tidak jejaskan PENCEN.
Memang dah petanda tue.
Makin dicabut makin banyak yang kuar nanti tue.
tak apalah.
ada bini nak tolong cabutkan.
so..biarlah depa tumbuh dengan penuh kasih sayang.
ohcikgu menulis…Jenis Cuti Guru Sekolah LAYAK memohon dan tidak jejaskan PENCEN.
Wahh menarik cara berkasih sayang tue.
Bertambah kemesraan.
Hehehe.
tu rahsia pengikat kasih sayang rumah tangga.
ramai bini-bini tak tahu tu.
ohcikgu menulis…Aliya RINDU ayah ye?
masih bernasib baik kerana belum kena uban lagi..
mrhanafi menulis…Nak Buat Duit Dari Fiverr
Hehehe.
Bagus tue.
akan datang tak tahulah pulak..
Hero Borneo menulis…Petanda Isteri Curang Kepada Suami
Kena jaga kesihatan la HB.
Mesti kekal hitam rambut dan lebih awet muda la.:)
uban peringatan kepada kita agar selalu ingat akhirat
islam di dadaku menulis…Nasehat Menghadapi Asam Manis Kehidupan Pernikahan sesuai Sunnah Rasulullah
Peringatan bersama.
Masalah rambut beruban diusia muda memang masalah besar boleh menyebabkan rendah diri dan malu hendak berhadapan dengan orang ramai.
akubiomed menulis…Bawa anak bermain air di pantai Puteri
Memang pun.
Tapi ramai anggap remeh je.
Lama-kelamaan makin teruk.
Tapi beruntung yang beruban ni.. bukan penyakit sebenarnya.. malah nabi pun melarang kita mencabut uban.. sebab cahaya kita di akhirat kelak.. kalau tahu dulu.. tak cabut uban2 ni.. huhu..
Aretikz menulis…Tips Mencari Dan Menjadikan Lelaki Pendengar Yang Baik
Lupa nak tambah.. ada kajian mengatakan… beruban ni.. tandanya sihat.. hehe.. dan tiada kaitan dengan penuaan.. wallahualam..
Aretikz menulis…Malaysia Best Blog 2015
Saya tak pernah lagi dengar tentang rambut beruban adalah sihat.
Cuma yang saya baca dan kaji ia kaitan dengan kesihatan dalam kita.
Kaitan dengan nutrien dalam badan.
pernah tumbuh uban dalam 2-3 urat..uban sesat kot..bukan sebab dah tua
blogger lelaki menulis…Malaysia Top 10 Best Blog 2015
Hihihi.
Ada juga selalu dengar mcm tue BL.
Lepas tue memang takda uban dah selepas dicabut kan.
Samelah dengan saya, sesekali mintak orang rumah tolong cabutkan uban, walaupun umo baru 3 series
Orang rumah stress kot tue smpai naik uban?
haah I dah banyak.. sejak zaman sekolah! :((
Yeen menulis…Sukakah 5 hari dipukau, dari bodoh ke pandai ?!
Ishhh yeke.
Makin banyak nanti tue.