• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Petua Untuk Sakit Gigi: Hilang Sakit Tanpa Perlu Marah-Marah

10 February 2015 By azeni 29 Comments

Dulu masa kecil-kecil selalu sakit gigi. Memang ada gigi berlubang dan sakit gigi selalu datang tak kira masa. Bila dah di tampal gigi yang berlubang tue, jarang dah sakit gigi.

Masa zaman kecil dulu, teringat mak cakap kalau sakit gigi ambil daun sabun letak dalam poket baju. Tak kisah la letak mana-mana asalkan dekat dengan badan kita. Tujuannya untuk redakan sakit gigi.

Daun sabun itu daripada pokok sabun yang ditanam tepi-tepi jalan tue, biasanya ditanam oleh pihak majlis daerah. Daun sabun kalau di gosok ataupun diramas memang akan keluarkan buih macam sabun pun. Ataupun namanya pokok gelam tapi tak pasti pula nama saintifiknya.

Tak tahu nak hubungkaitkan antara daun sabun dengan sakit gigi itu. Tapi bila dibuat memang menjadi pun. Mungkin kebetulan kot kan. Rasa macam jumud pula bila terkenang kembali. Hehehe.

Petua sakit gigi

Sakit gigi memang boleh jadi marah je kan!

Tapi bila sakit gigi memang sungguh tak tahan la sakitnya. Rasa bila nampak orang macam nak penampar je semua walhal orang tue takda buat salah apa pun. Dek kerana penangan sakit gigi tue. Memang berbisa. Tak tahan.

Antara petua yang senang dibuat bila sakit gigi adalah:

1. Garam dan lada hitam

Lada hitam ditumbuk ataupun ada yang boleh dibeli dalam bentuk serbuk. Boleh dicampurkan dengan garam halus.

Kemudian letak pada berus gigi dan gosok di bahagian yang sakit.

Boleh berkumur dengan menggunakan air garam juga

Ia boleh mengurangkan rasa sakit.

2. Bawang putih

Ditumbuk bagi hancur. Letak atas berus gigi dan gosok pada bahagian yang sakit.

Boleh juga campur bawang putih, lada hitam dan garam bersama kemudian gosok kan.

Petua rawat sakit gigi

Bawang putih tinggi antibiotik bagus untuk sakit gigi

3. Cengkih

Ditumbuk menjadi serbuk. Jangan terlalu lumat.

Kemudian letak minyak zaitun ataupun apa-apa minyak. Sapu pada bahagian yang sakit. Lebih senang letak serbuk cengkih dan minyak pada kapas dan kemudian kapas diletakkan dalam mulut.

4. Ais kiub

Balut ais kiub dengan kain kapas ataupun kain yang nipis.

Tuam pada pipi bahagian yang sakit gigi.

5. Garlic dan Ostematrix Shaklee

Jika anda malas melakukan semua petua-petua di atas, boleh ambik vitamin Shaklee untuk bantu kurangkan sakit gigi.

Sakit gigi boleh dirawat dengan Garlic dan Ostematrix Shaklee

Garlic iaitu bawang putih bertindak sebagai antibiotik untuk menghalang bakteria daripada gigi yang rosak. Boleh digunakan untuk masa panjang.
Ostematrix yang mengandungi kalsium dan magnesium memang sangat diperlukan oleh gigi.

Sekurang-kurangnya dalam sehari perlu ambil 1,500 mg untuk kalsium dan 750 mg untuk magnesium untuk kurangkan sakit ataupun bengkak di gusi. (Sumber)

Sakit gigi boleh dirawat dengan Garlic dan Ostematrix Shaklee

Ostematrix dan Garlic melegakan sakit gigi

Ostematrix dan Garlic memang wajib standby di rumah. Sebab sakit gigi bila-bila masa saja boleh menyerang kan.

Cara Order Vitamin Shaklee, pengedar shaklee kota damansara dan petaling jaya

Pastikan selepas makan ataupun sebelum masuk tidur gosok gigi. Kerapkan berjumpa dengan doktor gigi untuk pantau kesihatan gigi.

 

Sumber

Azeni Ahmad

Page: Azeni Vita-Shoppe

Call/SMS/Whatapps : 012-5571864

COD area: Kota Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.

COD boleh dipertimbangkan: Kawasan Petaling Jaya (Bandar Sunway, Taman Medan, Kelana Jaya, Taman Universiti (U-Garden), Sungai Way, Damansara Utama, Mutiara Damansara, Damansara Perdana, Subang, Sea Park, Tropicana, Glenmarie dan Ara Damansara)

Penghantaran ke seluruh Malaysia dengan menggunakan POS Laju Malaysia.

Rambut Beruban Pada Usia Muda: Trend ataupun Bermasalah?
Endometriosis: Boleh Menyebabkan Wanita Mandul?

Related

Filed Under: Shaklee Tagged With: bawnang putih hilang sakit gigi, cara hilang sakit gigi, cengkih kurang sakit gigi, garam hilang sakit gigi, ostematrix dan garlic untuk sakit gigi, petua sakit gigi, sakit gigi, vitamin shaklee untuk sakit gigi

Comments

  1. titan says

    10 February 2015 at 4:22 pm

    kalau sakit, gi jumpa doktor gigi.

    ramai dah doktor gigi yang comel-comel sekarang nih.

    hehe..
    titan menulis…Pernah tak buat bisnes Tender Kerajaan?My Profile

    Reply
    • azeni says

      11 February 2015 at 5:03 am

      Ramai doktor gigi perempuan je sekarang nie.
      Takda yang lelaki nye.
      Makin bertambah sakit la.
      Hahaha

      Reply
  2. Rassain says

    10 February 2015 at 8:00 pm

    Happy Blogwalking. Hope can visit mine and followback 🙂

    http://www.rassain.blogspot.com

    Reply
  3. blogger lelaki says

    10 February 2015 at 10:36 pm

    aku ni jarang sakit gigi..kalau sekali sakit gigi memang nak buat kerja pun tak boleh
    blogger lelaki menulis…Malaysia Best Blog 2015My Profile

    Reply
    • azeni says

      11 February 2015 at 5:04 am

      Memang BL. Smapi berguling-guling pun pernah.

      Reply
  4. Kucing Comel says

    11 February 2015 at 12:11 am

    Dalam banyak2 tu..bawang putih la yang paling banyak diguna dalam masakan
    Kucing Comel menulis…Cermin Mata Penuh LubangMy Profile

    Reply
    • azeni says

      11 February 2015 at 5:06 am

      Bawang putih memang banyak khasiat dia sebab dia boleh jadi antibiotik natural.

      Reply
  5. Hero Borneo says

    11 February 2015 at 6:52 am

    nasib baik ada produk shaklee..senang sedikit daripada cari barang yang dinyatakan ..cuma perlu cari duit untuk membelinya!
    Hero Borneo menulis…Kehidupan Steve Job Masa RemajaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      11 February 2015 at 5:05 pm

      Murah je pun HB.
      Buat standby kat rumah je.

      Reply
      • Hero Borneo says

        12 February 2015 at 6:34 am

        yalah kan..harga yang berbaloi dan banyak manfaatnya
        Hero Borneo menulis…Beza e-buku.info Dengan e-sentral.comMy Profile

        Reply
        • azeni says

          12 February 2015 at 9:56 am

          Betul tue.

          Reply
  6. Sylarius Yusof says

    11 February 2015 at 1:19 pm

    Info yang bagus. Kita bila sakit gigi macam biasalah, mula nak mengamuk tak tentu pasal. Selagi tak hilang, selagi tu asyik nak meradang je.
    Sylarius Yusof menulis…Bila Juruteknik Komputer Stress dengan Kerja ITMy Profile

    Reply
    • azeni says

      11 February 2015 at 5:05 pm

      Memang la.
      Mengamuk sentiasa pantang nampak salah.
      Bahana sakit gigi.

      Reply
  7. suri says

    11 February 2015 at 5:15 pm

    tahun sudah ada rasa sakit tak boleh dah simpan gigi bongsu tu kena buang gak rasa lega bahagia jadinya heee…
    suri menulis…5 Panduan Elak Letih Ketika HamilMy Profile

    Reply
    • azeni says

      12 February 2015 at 6:23 am

      memang menyakitkan sungguh gigi bongsu.
      kejap-kejap datang sakit tue
      dah besar-besar baru nak tumbuh gigi. hehe

      Reply
  8. Kak Kep says

    12 February 2015 at 1:20 pm

    sakit yang paling sakit adalah sakit gigi.. memang rase nak lempang orang jek kalau org tuh buat lawak tak cerdik.. hahahaha
    Kak Kep menulis…Masalah Senggugut Teruk Punca Mood Swing Tak Tentu PasalMy Profile

    Reply
    • azeni says

      13 February 2015 at 6:34 am

      Hahaha.
      Memang pun.
      Pendek kata kalau sakit gigi lebih baik menyendiri.
      Hihi

      Reply
  9. Ikhwan Fahmi says

    12 February 2015 at 9:45 pm

    dulu kalau sakit memang cabut terus.
    Ikhwan Fahmi menulis…Lepas Kahwin Semuanya Salah SuamiMy Profile

    Reply
    • azeni says

      13 February 2015 at 6:36 am

      Kalau tengah sakit-sakit memang tak cabut.
      Kena tunggu reda dulu.
      Kalau tak bleeeding kan.
      Tapi bila dah tak sakut terus lupa nak jumpa doc kan.

      Reply
  10. Arkaan Ghifari says

    12 February 2015 at 11:35 pm

    salam kenal dari Orang Indonesia, happy blogging
    Arkaan Ghifari menulis…Download Game Android Panda Run Lucu SekaliMy Profile

    Reply
    • azeni says

      13 February 2015 at 6:36 am

      Salam perkenalan kembali Arkaan Ghifari.:)

      Reply
  11. akubiomed says

    14 February 2015 at 10:08 am

    Apabila sakit gigi mudah sahaja naik angin. 🙂
    akubiomed menulis…Projek restore basikal BMX anakMy Profile

    Reply
  12. ahmad says

    14 February 2015 at 12:34 pm

    perkongsian yang hebat. senang je nak bagi hilang sakit gigi rupanya…
    ahmad menulis…Malaysia Best Blog 2015My Profile

    Reply
    • azeni says

      15 February 2015 at 4:20 am

      Senang je petuanya.
      Semua ada di dapur je bahannya.

      Reply
  13. Noriza Rahman says

    16 February 2015 at 9:46 pm

    Pokok sabun tu nama saintifiknya pokok acasia kalau tak silap..memang bagus pokok tu..selalu gak dengar orang tua cakap gitu
    Noriza Rahman menulis…Punca Penyebab Jerawat yang perlu diketahui!My Profile

    Reply
    • azeni says

      17 February 2015 at 6:47 am

      Ehhh penah dengar juga ke puan noriza?
      saya ingat saya je yang buat benda tue tue.
      Hehehe.

      Reply
  14. Hafizul says

    17 February 2015 at 1:31 pm

    Boleh diamalkan..sebelum ni biasanya memang akan marah..tension sangat bila kena kesakitan macam ni…
    Hafizul menulis…Nikmat Sebelum Hidup BermaduMy Profile

    Reply
    • azeni says

      18 February 2015 at 6:51 am

      Bahana sakit gigi memang pun.
      Rase serba tak kena.

      Reply
  15. Henson says

    21 October 2015 at 1:30 pm

    Very nice post. I think it is useful article for the people who have toothache.
    Henson menulis…How to Get Rid of Toothache Yourself – The Best Home RemediesMy Profile

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer