Ramai orang bertanyakan pada saya adakah buat Shaklee nie memang mengikut syariah ataupun tak? Adakah mengikut lunas-lunas yang Islam tetapkan?
So ini jawapannya.
Antara syarat yang perlu dipatuhi sebelum MLM tersebut menepati hukum syariah ialah:
1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).
–> Semua orang tahu yang produk Shaklee dibangunkan berdasarkan ujian secara klinikal dan pelbagai eksperimen dilakukan bagi memastikan mutu dan kualiti produk. Ramai orang yang terasa perbezaan dan perubahan positif.
2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.
–> Ternyata produk Shaklee memang tiada emas dan perak kan. Hanya vitamin yea…
3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
–> Dalam Shaklee, upline perlu untuk membantu downline yang berdaftar dengannya untuk memberi hak iaitu ilmu yang sepatutnya. Tiada masalah kalau downline ataupun upline jauh kerana zaman intrnet sekarang semuanya di hujung jari.
4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).
–> Setiap komisen Shaklee bergantung pada nilai point yang dikumpulkan hasil pembelian produk. Bukan berapa ramai orang yang ditaja. Kalau ramai yang ditaja pun tapi semua tiada belian, maka tiada komisen diberikan.
5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya, ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju’alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua’alah mestilah dipastikan sempurna.
–> Tiada paksaan untuk membeli dalam Shaklee. Anda beli anda dapat point dan bonus. Tak beli tak dapat apa-apa pun..
6. Setiap ‘upline’ atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah’. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.
–> Dalam Shaklee, kami mempunyai banyak medium untuk berhubung untuk memberi motivasi ataupun taklimat. Samada secara message ataupun bervideo message. Semua di hujung jari. Ataupun sesi coaching secara offline. Semuanya boleh dilakukan.
7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
–> Dalam Shaklee tiada istilah siapa daftar dulu akan dapat banyak dan daftar kemudian akan dapat sedikit. Buktinya downline boleh naik pangkat tinggi daripada upline asalkan ada kesungguhan.
8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
–> Sistem pemberian bonus yang ringkas dan mudah difahami semua orang.
9. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.
–> Modal keahlian untuk semua adalah sama dan tiada beza yang masuk lambat ataupun terdahulu. Modal pula adalah terus ke pihak Shaklee. Tiada istilah perlu beri modal ke upline ke ataupun simpan stok.
Sumber:
http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html
Leave a Reply