Pokok aloe vera ataupun biasanya kita panggil kulit lidah buaya memang sangat mudah ditanam. Banyak digunakan dalam komestik dan produk penjagaan rambut.
Tahukah anda sebenarnya kandungan utama aloe vera adalah air iaitu 98% dan mempunyai banyak nutrient di dalamnya. Lendirnya mengandungi kandungan antibiotik yang tinggi.
Jom tengok fakta menarik tentang aloe vera yang mungkin anda tidak tahu.
1. Mengandungi Vitamin A, C, E, kumpulan bcompleks, asid folik dan choline.
Ini sebabnya aloe vera banyak digunakan untuk merawat kulit yang terbakar
ataupun produk komestik untuk menghalangkan sunburn.
2. Mempunyai lebih 10 asid amino peelu (essential) yang sangat penting
untuk pertumbuhan sel-sel baru. Juga mengandung asid lemak (fatty acids)
yang boleh kurangkan kolestrol dan alergik kita.
3. Bertindak sebagai adaptogen untuk menghalang stress dan penyakit.
4. Memperbaiki proses penghadaman kita dan membantu mereka yang
mengalami masalah seperti buasir iaitu dengan menggalakkan pertumbuhan
bakteria baik dalam usus kita (bakteria bertujuan mudah untuk detoks)
5. Bersifat alkali yang tinggi.
Sebab itu digalakkan minum jus aloe vera bagi
mereka mengalami masalah ulser yang sangat teruk dan normalkan
tahap pH dalam badan kita
6. Bagus untuk kesihatan jantung iaitu mengawal kolestrol, melancarkan
aliran darah dan juga kepekatan darah. Selain itu, membantu
meningkatkan oksigen dalam darah.
7. Amalan meminum jus aloe vera bagus untuk sistem ketahanan badan kita
8. Masalah kulit seperti ruam, terbakar, ataupun luka boleh disapu dengan
aloe vera bertujuan untuk menyejukkan dan kurangkan sakit.
Malah mereka yang mempunyai ekzema, psrioris dan kulit berjerawat
boleh disapukan pada kulit. Konsisten pasti tampak hasilnya.
9. Aloe vera digunakan banyak dalam komestik kerana ia berfungsi sebagai
kolagen untuk membantu kulit lebih elastik kan.
Aloe vera menjadi salah satu remedy paling popular, mudah dan murah digunakan untuk membantu masalah kulit ataupun dalaman badan kita. Cara penyediaan pun sangat mudah kan cuma perlu tahan pahit je kalau dijadikan jus buatan sendiri kan. Hehehe..
Tapi yang pahit itulah penawar mujarab kan.
Selamat mencuba dan ber remedi yea.
Leave a Reply