• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

Bagaimana Susu Badan Terhasil?

9 January 2014 By Azeni Ahmad 2 Comments

Apabila bakal ibu-ibu disahkan hamil pasti terdapat perubahan pada badan untuk disesuaikan dengan kehadiran bayi seperti bentuk badan yang semakin besar bagi menampung berat kandungan, perubahan warna pada sekitar aerola yang menunjukkan penghasilan susu badan dan sebagainya.

Tetapi bagaimana susu badan terhasil?
Perlukah kita minum susu untuk hasilkan susu badan?
Bagaimana Susu Badan Terhasil?

Jom saya kongsikan bagaimana terjadinya susu badan…

Antara yang paling ketara susu mula terhasil di dalam payudara apabila di sekitar aerola iaitu lingkaran gelap di sekitar puting semakin membesar. Ini kerana disebabkan kalenjar Montgomery atau Montgomery tubercles. 

Sebelum mengandung, payudara kita terdiri daripada tisu sokongan, kalenjar susu dan lemak pelindung. Jumlah tisu lemak berbeza setiap wanita dan disebabkan itu, saiz payudara berbeza cup nya. Hehhehe..

Semasa mengandung, plasenta merangsang pelepasan hormon estrogen dan progesteron, yang mana seterusnya merangsang kepada sistem kompleks biologi dalam badan untuk membuat pengeluaran susu. 

Untuk pengeluaran susu, terdapat dua hormon yang penting iaitu proklatin dan oksitin yang mana kedua-dua hormon ini dikeluarkan oleh kalenjar pituari. Hormon prolaktin digunakan untuk menghasilkan susu. Hormon oksitin digunakan untuk mengeluarkan susu dan hormon ini akan teransang apabila berlaku ransangan pada puting. 

Bagaimana Susu Badan Terhasil?

Hormon kehamilan akan menyebabkan saluran (duct) dalam payudara membesar mengikut size dan bilangannya. Setiap saluran akan dipecahkan menjadi saluran yang lebih kecil dipanggil ductule. Pada penghujung setiap ductule ada satu kelompok kecil, seperti gugusan buah anggur yang dipanggil alveoli.
 
Diransang dengan hormon prolaktin, alveoli mengambil protein, gula dan lemak dari bekalan darah dan menghasilkan susu ibu. Satu rangkaian sel-sel sekitar alveoli memerah kelenjar dan menolak susu keluar ke dalam ductule, yang membawa kepada saluran yang lebih besar. (Anda boleh memikirkan 15 hingga 20 saluran susu sebagai straw minuman, ada yang bergabung, supaya kira-kira lapan atau sembilan saluran di hujung puting anda untuk menyampaikan susu kepada bayi anda.)
Apabila tali pusat dipotong, hormon estrogen dan progesteron terus jatuh dan pada masa yang sama hormon prolaktin meningkat. Untuk mereka yang pertama kali melahirkan anak memerlukan 48 hingga 96 jam utuk menghasilkan susu namun mereka yang sudah kali kedua dan seterusnya lebih awal susu dihasilkan.
Demikian bagaimana penghasilan susu dan bagaimana susu dapat disalurkan kepada bayi anda. Itulah hebat kejadian Allah kan. Daripada darah, kita mampu memberi sumber makanan yang sangat berzat tinggi kepada bayi kita. Bayi kita lebih sihat dengan dengan hanya meminum susu ibu semata-mata selama 6 bulan. 
Tiada ubat ataupun mana-mana supplemen boleh buatkan lebih banyak susu. Cuma ia akan membantu menyokong penyusuan anda kerana ibu-ibu yang menyusukan memang mudah letih dan lesu.
Sekian.

Filed Under: Bagaimana Susu Badan Terhasil

Comments

  1. Mashittah says

    21 August 2018 at 9:42 am

    Hi.. Sy nak bertanya.. Bagaimana pada ibu yg pernah mengambil ubat berhenti kan susu pada 5tahun lepas untuk ank pertama.. Dn jika dia hamil lagi.. Adakah susu akn terhasil atau tidak.. Boleh bantu… Tqsm

    Reply
    • azeni says

      27 August 2018 at 5:55 am

      Hai puan.

      Ya susu boleh terhasil apabila wanita mula hamil.
      Sebab itu adalah biologi badan wanita.
      Perlukan hasilkan susu badan untuk keperluan bayi selepas lahir.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Genesis Framework
Rekabentuk oleh Denaihati Network