• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Bahaya Air Banjir Boleh Membawa Penyakit Maut

29 December 2014 By azeni 4 Comments

Air adalah nadi kehidupan kita. Tetapi air juga boleh mendatangkan musibah dan boleh menyebabkan kematian jika berlaku air banjir. Banyak penyakit akan merebak melalui air banjir. Ini kerana air akan bercampur dengan sisa-sisa pereputan yang menyebabkan banyak bakteria.

Penyakit berjangkit semasa musim air banjir seperti taun, cirit birit, kencing tikus dan lemas

Antara penyakit yang disebabkan oleh air banjir adalah:

1. Taun (kolera)

Taun akan mudah menular melalui air yang kotor dan tercemar. Pesakit akan selalu cirit birit dan muntah menyebabkan badan akan terhidrasi.

Lebihkan minum air garam dan pengambilan antibiotik untuk memastikan badan kembali sihat.

2. Sakit Cirit Birit

Ini berlaku disebabkan oleh kekurangan air bersih samada diminum secara mentah ataupun dimasak. Air banjir mengandungi banyak bakteria daripada sisa-sisa lupus dalam tanah yang menyebabkan tercemar.

Perut yang memulas, mual-mual dan najis tidak keras adalah simptom-simptom cirit birit. Banyakkan minum air garam untuk mengantikan air yang terhidrasi melalui najis.

3. Demam Kepialu (Tifoid)

Terjadi disebabkan pembawaan daripada makanan ataupun air yang tercemar iaitu terdapat bakteria Salmonella typhi (S. typhi). Ia adalah penyakit berjangkit dan merebak dalam usus dan darah.

Ia berpunca daripada sayuran mentah seperti ulam-ulaman (salad ataupun ulam kampong), susu mentah, dan makanan yang tidak dibersihkan dengan sempurna.

Mangsa akan mengalami demam panas yang berpanjangan, ruam dan bintik merah pada kulit, batuk-batuk berkahak, bengkak pada hati dan limpa, sakit perut dan sembelit serta cirit birit.

Demam kepialu boleh membawa kematian jka dibiarkan tanpa rawatan. Pada peringkat awal, ia dirawat dengan antibiotik untuk memastikan sistem pertahanan badan kuat untuk melawan.

Sumber

4. Leptrospirosis (Kencing Tikus)

Ini adalah penyakit berjangkit yang dibawa oleh bakteria genus Leptospira yang berasal daripada air kencing tikus. Antara simptom-simptomnya adalah demam pada suhu yang tinggi, muntah-muntah, cirit-birit, pening kepala dan sakit-sakit saraf dan otot.

Penyakit ini berbahaya kerana pada peringkat awal, pesakit tidak sedar yang beliau mengidap Leptrospirosis. Apabila semakin kritikal, baru dapat dikenalpasti.

Biasanya pesakit ini perlu ditahan untuk dimasukkan antibiotik dalam bentuk cecair untuk mencegah bakteria yang merebak dalam darah dan sistem pertahanan badan menjadi lemah.

5. Lemas

Lemas bukan satu penyakit tetapi lebih kepada keselamatan mangsa-mangsa banjir terutamanya pada kanak-kanak yang suka bermain air. Kerana air yang datangnya daripada sungai ataupun laut ataupun empangan adalah biasanya deras. Ini bagi mengelakkan berlaku sebarang kematian.

Disebabkan air merupakan medium utama menularnya penyakit berjangkit, keperluan air yang bersih sangat penting. Mesti kita memerlukan penapis air yang mudah digunakan, boleh diangkat ke mana-mana dan tidak memerlukan penggunaan elektrik.

Anda boleh menggunakan penapis air iaitu Get Clean Water Pitcher Shaklee. Air yang dituras lebih bersih dan selamat diminum.

Semoga informasi di atas dapat membantu untuk menghadapi musim banjir dan mengelakkan daripada terkena penyakit berjangkit.

Related

Filed Under: Penyakit berjangkit Tagged With: Cirit Birit, Deman Kepialu, Leptrospirosis, Mati Lemas, Penapis Air Shaklee, Taun (Tifoid)

Comments

  1. blogger lelaki says

    29 December 2014 at 1:29 pm

    selain daripada berhati2 dengan arus air yang meningkat..soal penyakit bawaan banjir ini juga perlu di ambil berat..semoga semua mangsa banjir berjaga-jaga selalu
    blogger lelaki menulis…Jom Aktifkan MykadMy Profile

    Reply
    • azeni says

      29 December 2014 at 1:40 pm

      Tue la. Diharapkan dengan kemusnahan hartabenda dan tidak dibebani dengan penyakit pulak.
      Semoga dapat dielakkan.

      Reply
  2. Ikhwan Fahmi says

    29 December 2014 at 10:31 pm

    air banjir dah bercampur dengan kotoran, lumpur, sisa kumbahan dan macam-macam bakteria lagi.
    Ikhwan Fahmi menulis…Tajuk Yang Berkaitan Dengan Peperiksaan Separa PerubatanMy Profile

    Reply
    • azeni says

      30 December 2014 at 12:01 am

      Itu la bercampur dengan macam-macam sampah dan kotoran.
      Sangat banyak bakteria dan virus bercampur aduk.
      Moga-moga dapat dielakkan penyakit berjangkit kan..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer