• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Buah Delima: Seribu Satu Khasiatnya

18 September 2013 By Azeni Ahmad Leave a Comment

Buah delima adalah buah yang mengandungi seribu satu khasiat yang boleh dimakan oleh segenap lapisan
umur tak kira kanak-kanak, lelaki, perempuan ataupun orang tua. Hinggakan buah delima dikomersialkan menjadi jus di dalam botol.


Khasiat Buah Delima

Khasiat perubatan sudah dijumpai sejak 8000 tahun yang lalu oleh masyarakat Parsi Purba kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, Magnesium dan Calcium.
Dalam bahasa Arab, delima juga dikenali sebagai Ar-Rumman. Manakala menurut Hadith Riwayat Abu Nu’aim dan Al-Jauzi menyatakan “Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.”

Jom kita kenali mengenali delima yang kebanyakan orang tak tahu:

Khasiat Buah Delima
Khasiat Buah Delima
Mari kita lihat antara seribu satu khasiat buah delima mengikut daripada buku perubatan Parsi iaitu:
1. Membantu membaikpulih fungsi hati dan limpa

2. membantu mencuci buah pinggang dan salur kencing

3. Membantu sistem penghadaman

4. Membuang lemak-lemak berlebihan apabila diambil secara konsisten

5. Bertindak untuk membekalkan tenaga

6. Mambantu dan mengelakkan alahan bagi wanita mengandung

7. Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause

8. Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah

9. Merawat dan membaikpulih pesakit kencing manis

10. Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin

11. Boleh mencantikan kulit jika diambil secara berterusan dan konsisten. 

      (Kalau ambil sekali sekala so result nya sekali sekala juga)

Manakala daripada kajian perubatan moden delima mempunyai khasiat-khasiat yang lain iaitu:

1. Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah,
    Mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi 

    punca penyakit jantung

2. Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah 

    tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu

3. Menghalang pembentukan sel barah payu dara Di Jepun terdapat laporan 

    yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit 
    jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan 
    banyak lagi khasiat lain.
Di Malaysia, buah delima mudah didapati. Kadangkala buah delima China la, buah delima India la bergantung kepada kemanisan buah tersebut. Harga nya juga mahal namun berbaloi dengan khasiat yang diperolehi.

Related

Filed Under: Buah Delima

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer