• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Buku Panduan Nutrisi

2 February 2015 By azeni 24 Comments

Untuk menjadi pakar di dalam sesuatu bidang, memerlukan kita banyak menimba ilmu dan membaca buku. Tidak kisah sumber daripada mana asalkan ia adalah benar dan relevan.

Untuk lebih faham, bukan setakat mencari dan membaca di google (internet) sahaja, tetapi buku-buku (hardcopy) perlu ada sebagai panduan.

Paling mudahnya, kita selalu sebut nutrisi ataupun nutrient seharian yang perlu kita ambil dalam diet pemakanan kita. Tetapi apakah itu nutrient?

Koleksi buku nutrisi, New vitamin bible, prescription for nutritional healing, idiot guide vitamin and minerals, women's health encylopedia

Koleksi buku nutrisi

Ataupun,

Contohnya seperti penyakit buasir, memang ramai yang hadapi dan boleh tulis berdasarkan pengalaman orang sekeliling, tetapi lebih kuat disokong dengan fakta kesihatan dan juga nutrisi kan. So kita boleh tengok terkaitan antara satu sama lain secara biologinya dengan secara kimianya. Dan semua fakta itu boleh dapat melalui buku-buku seperti di atas.

Dan ini adalah buku-buku tentang nutrisi yang ada dalam simpanan sendiri untuk rujukan tidak kira samada untuk menulis di blog ataupun untuk consultation.

Buku-Buku Panduan Nutrisi

1. New Vitamin Bible

Buku ini ditulis oleh Earl Mindell yang berasal dari Kanada tetapi menetap di USA. Beliau seorang pakar nutrisi yang sangat suka cara hemeopati. Buku ini mempunyai 584 mukasurat.

Vitamin Bible, Kitab Vitamin, Buku nutrisi

Kitab Vitamin

Bahasa yang digunakan sangat ringkas dan mudah difahami. Juga penggunaan terma-terma kesihatan tidak terlalu kompleks.

Lebih menekankan kepada langkah pencegahan dan juga menerangkan lebih terperinci mengenai vitamin dan mineral.

2. Women’s Health Encyclopedia – A Balanced Approach to Looking After your Body

Ditulis sepenuhnya oleh Sandhya Pruthi iaitu seorang ketua editor perubatan. Bermuka surat hingga 320 di mana ia menerangkan bagaimana untuk wanita menjadi lebih sihat dengan pemikiran positif. Lebih terperinci bagaimana tubuh badan wanita berubah sebelum bersalin dan selepas bersalin.

Menarik juga mengenai buku ini kerana setiap penerangan ada sekali dengan gambar untuk difahami.

Women’s Health Encyclopedia, esklopedia tubuh badan wanita

Esklopedia seluruh badan wanita

3. The Complete Idiot’s Guide to Vitamin & Minerals

Penulisnya adalah Dr Alan H. Pressman iaitu pakar bertauliah dalam nutrisi dan pemakanan. Buku ini ditulis bersama Sheila Buff iaitu seorang penulis freelance untuk bahagian perubatan dan nutrisi.

Vitamins and Minerals

Buku untuk ‘pandai’ tentang vitamin

Bermuka surat 422 dimana menerangkan secara lengkap garis panduan untuk memahami semua jenis suplemen termasuk herba yang kerap digunakan.

Buku ini sangat-sangat ringkas dan mudah difahami untuk mereka yang ingin mengenali tentang dunia suplemen.

4. Prescription for Nutrional Healing

Berkapasiti 882 muka surat dan sememangnya ia menerangkan secara terperinci daripada A hingga Z untuk setiap penyakit yang wujud didunia ini hinggakan ada penyakit yang tidak pernah langsung didengar pun.

Prescription for Nutritional Healing,

Buku tentang penyakit A-Z

Penerangan yang sangat terperinci hinggakan ada terma yang digunakan sangat kompleks.

Pastikan ada kamus disebelah anda apabila ingin membaca buku ini. Hehe.

Dalam buku ini terdapat 3 bahagian iaitu

  • Section 1: Understanding the Elements of Health
  • Section 2: The Disorder (ada lebih 330 jenis penyakit diterangkan)
  • Section 3: Remedies and Therapies

Dalam kesemua buku nutrisi ini, antara yang paling recommended adalah New Vitamin Bible dan The Complete Idiot’s Guide to Vitamin & Minerals.

Memang mudah dan senang difahami.

Tapi bukannya semua buku kena baca sekaligus dan khatam macam nak ambil final exam pun. Cuma akan digunakan bila ada kes consultation (yang memerlukan fakta kesihatan), ataupun kes luar biasa (contoh seperti bagaimana untuk tangani EDEMA) ataupun untuk dapatkan idea menulis blog.

Berkongsi apa yang kita tahu dengan orang ramai. Sharing is caring kan. Hehe.

Anda boleh dapatkan di MPH ataupun secara online. Tetapi di MPH sangat-sangat terhad.

Dan untuk pengetahuan buku New Vitamin Bible adalah buku terakhir stok sempat dibeli di MPH dua tahun yang lepas. Rasanya stok terbaru di Malaysia memang belum ada lagi.

Okay, selamat menimba ilmu.

 

Sepetang di Taman
Tonsil Bengkak : 3 Cara Mudah Untuk Hilangkan Bengkak

Related

Filed Under: personal, Shaklee Tagged With: Buku panduan nutrisi, New Vitamin Bible, Prescription for Nutrional Healing, The Complete Idiot’s Guide to Vitamin & Minerals, Women’s Health Encyclopedia

Comments

  1. blogger lelaki says

    2 February 2015 at 9:25 pm

    mesti terbaik buku-buku ini sebab tue direkemen nie untuk dibaca
    blogger lelaki menulis…Malaysia Best Blog 2015My Profile

    Reply
    • azeni says

      2 February 2015 at 10:58 pm

      Recommended untuk mereka yang faham tentang nutrisi.
      Ataupun vitamin dan mineral.

      Reply
  2. akubiomed says

    2 February 2015 at 10:57 pm

    Banyak hendak dibaca dan dihadam.
    akubiomed menulis…weBoost mampu merangsang isyarat selular lemahMy Profile

    Reply
    • azeni says

      3 February 2015 at 12:09 am

      Hehe.
      Bukan baca sekaligus pun akubiomed.
      Baca bila ada kes dan masa tue baru menelaah.

      Reply
  3. Hero Borneo says

    3 February 2015 at 9:17 am

    bestnya kalau ada panduan begini..saya juga tengah mencari maklumat untuk menjadi pakar.
    Hero Borneo menulis…Kisah Cinta Seorang Isteri Kepada SuamiMy Profile

    Reply
    • azeni says

      3 February 2015 at 1:30 pm

      nak jadi pakar kena banyak membaca

      Reply
      • Hero Borneo says

        4 February 2015 at 6:53 am

        ya..memang begitu sepatutnya…
        Hero Borneo menulis…Bahaya Ilmu Pukau Kepada ManusiaMy Profile

        Reply
  4. Aretikz says

    3 February 2015 at 9:44 am

    Haa.. part ni memang kena banyak faham term2 kesihatan.. kalo x.. pandai blank juga ni.. hehe
    Aretikz menulis…Kalau Aku Jadi Food BloggerMy Profile

    Reply
    • azeni says

      3 February 2015 at 1:31 pm

      Hehehe.
      Melainkan kalau memang ambik jurusan nutrition.

      Reply
  5. Kucing Comel says

    3 February 2015 at 5:14 pm

    Jaga Kesihatan Dengan Pemakanan Nutrisi yg Betul
    Kucing Comel menulis…Patung Berhidung CarotMy Profile

    Reply
    • azeni says

      3 February 2015 at 5:42 pm

      Untuk tahu pemakanan nutrisi terbaik so kena ambil tahu la.

      Reply
  6. titan says

    3 February 2015 at 6:41 pm

    bak pinjam buku panduang tuhh..

    nak baca.
    titan menulis…Malaysia Best Blog 2015My Profile

    Reply
    • azeni says

      4 February 2015 at 7:59 am

      aik nak jadi pakar nutrisi ke?

      Reply
  7. Datin Tyka says

    4 February 2015 at 1:13 am

    DT seorang yang malas untuk membaca buku.. 5 minit sje baca.. kemudian sudah ke alam lain
    Datin Tyka menulis…Kejutan Buat Heliza HelmiMy Profile

    Reply
    • azeni says

      4 February 2015 at 8:00 am

      Uhhh bahaya tue.
      Alam kat mana tueee?

      Reply
      • Datin Tyka says

        4 February 2015 at 2:23 pm

        Alam mimpi. Hahaha.
        Datin Tyka menulis…Kejutan Buat Heliza HelmiMy Profile

        Reply
  8. Mak Jemah Jual Vitamin says

    4 February 2015 at 9:48 am

    eh eh eh MJ pun ada gak buku vitamin bible..memang best buku tu..
    Mak Jemah Jual Vitamin menulis…Jemputan Buat Duit Dari Rumah Hingga Anda Rasa Oh My God Bestnya!My Profile

    Reply
    • azeni says

      4 February 2015 at 12:41 pm

      Nama singkatan MJ mcm micheal jakson lak kan.
      Hihi.

      Best kan buku tue.

      Reply
  9. Nota Nutrisi says

    1 May 2017 at 11:36 pm

    Baru berjinak-jinak dengan dunia supplimen. Thanks kak for the sharing. Sangat membantu. Memang tengah mencaari buku-buku nutrisi 🙂

    Reply
    • azeni says

      24 May 2017 at 11:31 pm

      Semoga membantu.

      Reply

Trackbacks

  1. Endometriosis: Boleh Menyebabkan Wanita Mandul? | azeniahmad.com says:
    6 February 2015 at 11:08 am

    […] Sumber […]

    Reply
  2. 5 Tips Mudah Rawat Kesukaran Tidur Malam (Insomnia) | azeniahmad.com says:
    16 September 2015 at 9:04 am

    […] Sumber […]

    Reply
  3. Edema Ataupun Water Retention Mampu Dikurangkan Dengan | azeniahmad.com says:
    7 February 2016 at 9:28 am

    […] Sumber 1 […]

    Reply
  4. Pantang Larang Pesakit Gout Wajib Diamalkan | azeniahmad.com says:
    18 December 2017 at 8:28 am

    […] Sumber […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer