• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Ada Apa Dalam Handbag Saya : Cabaran Blog

10 October 2014 By Azeni Ahmad 7 Comments

Handbag dengan wanita memang tak boleh dipisahkan. Sebab itu, handbag melambangkan gaya keunggulan wanita itu sendiri (macam iklan dunhill pulak noooo). Kira dengan handbag terserlah gaya samada yang sesuai atau tak. Nak-nak kalau untuk ibu yang mempunyai anak kecil.

Kadang-kadang nampak handbag pun macam beg pampers kan. Hahaha. Saya memang daripada dulu suka handbag luas dan besar walaupun masa tue pun belum berkahwin beranak pinak.

Sebab saya pernah terbaca dalam majalah tentang handbag perlu disesuaikan dengan ketinggian dan bentuk badan. So kalau pakai handbag kecik je menampak kan kurang sesuai gaya itu. Sebab orang kurus tinggi (feeling cutting model konon nie.. Uwekkkk) kena pakai handbag lebar atau besar so terserlah gaya tue sikit. Wahhh explaination tentang gaya handbag melebih-lebih lak kan… Hahaha.

So back to point.

Jom kali ini nak tengok apa benda dalam handbag saya. (Malu pun ado sebenarnya nie…huhuhuhu). Paling banyak adalah dompet-dompet saya. Jom tengok.

1. Purse

Paling penting la kan.. Ada duit, IC, lesen kereta dan name card yang penting.

2. Dompet Kad

Semua kad-kad saya diletakkan dalam satu dompet kad.. So purse saya tak tebal sangat kan. Dalam dompet kad semua ada. Bank card, crdit card, medical card, IC anak-anak, SOGO card, JUSCO Card.

3. Beg Sedang

Sebab saya panggil beg sedang sebab ia beg yang kedua kecil sebab handbag saya. Hehehehe.. Dalam beg sedang nie ada kabel-kabel ataupun wayar charge untuk IPad dan henpon saya. Termasuk la power bank pun saya letak dalam beg sedang nie. Selalu buat stok untuk tuala wanita. Ada jugak letak pen-pen untuk senang nak tulis ke apa. So memang letak dalam nie jugak la. Dan dalam beg nie jugak ada pillbox untuk vitamin seharian saya bila masuk kerja. So memang sumbat dalam beg sedang nie la.

So boleh bayangkan tak besar tak beg sedang saya. hehehe

4. Henpon 

Wajib la kan.

5. iPad 

Memang mengangkut ke mana sahaja. Kakak kepada henpon la. Hehehehe.. Sebab apa2 nak update pasal Shaklee ke urusan apa ke semua buat di iPad. Saya jarang gunakan henpon. Just untuk call dan message sahaja.

6. Dompet untuk duit dapur 

Saya memang asing kan siap2 duit dapur untuk sebulan. So apa2 keperluan dapur pakai duit tue sahaja. Memang tak kacau duit personal dalam purse saya. Senang nak buat bajet kan.

7. Dompet untuk bisnes. 

Memang diasingkan siap2. Sebab kadang2 orang nak COD kan memang bayar CASH. Kadang2 memang tak sempat nak bank in pun dalam bank. So simpan dalam dompet bisnes nie. Memang tak boleh kacau langsung. Jatuh hukum HARAM tau. Hahahahah

8. Beg mekap kecik

Dalam nie ada bedak compact, lipgloss dan eyeliner sahaja. Biasanya saya bawa masa waktu Office je. Bila dah tengahari cuci muka so nak tempek bedak kan. Hehehehe

9. Buku magic

Kena angkut selalu. Nak tulis apa yang terlintas dalam kepala dan jugak apa segala nota2 tentang Shaklee. Hehehehe

10. Kotak berisi cermin mata

Hehehehe. Saya sebenarnya adalah rabun. Tetapi malas nak pakai cermin mata. Kategori tak teruk la rabun nie sangat. Tapi kalau nak driving dan mencari jalan memang kena pakai la. Hehehehe…

Jom terjah macamana rupa semua benda-benda penting dalam henbag saya. hehehe

Cabaran Blog Entry ke 3: Ada Apa Dalam Handbag Saya

So yang terkurang dalam gambar adalah henpon dan ipad saya la.

Keperluan anak-anak memang saya asingkan dalam beg anak-anak. So kalau keluar memang ada 2 beg. Handbag dan beg pampers anak-anak. Tapi selalu jugak sesat masuk dalam henbeg saya. Kain napkin la, mainan la, vicks la.

Hehehehe…

Done.

See the next entri pulak yeaaaa.

Hobi Mengurut Badan Mendatangkan Banyak Kebaikannya

Related

Filed Under: personal Tagged With: Ada apa dalam handbag, Terjah handbag

Comments

  1. Nurru Adila says

    16 October 2014 at 5:39 pm

    azeni, banyaknya beg di dalam beg?? hehehe.. 🙂

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      20 October 2014 at 5:49 am

      banyak kan.. sebab tue la handbag besar.. hehhehehe…

      Reply
  2. MuzZz says

    18 October 2014 at 5:34 pm

    banyaknye dompet dia..hehe..
    tp well organized gak ni..mesti kemas dlm handbag 🙂

    Reply
    • AZENI AHMAD says

      20 October 2014 at 5:51 am

      hehehe.. senang kalau nak cari barang.. diasingkan mengikut barang..

      Reply
  3. Ila Halilah says

    9 May 2015 at 6:02 pm

    Banyaknya beg kecik hehe. But sgt bagus sebab senang nak capai bila diperlukan, takde lah sampai kene kuarkan segala isi bag bila tak jumpa cari barang
    Ila Halilah menulis…Kenapa Ibu Terkena Bentan Ketika Pantang?My Profile

    Reply
    • azeni says

      12 May 2015 at 12:17 pm

      Hehehe..
      Tahu takpe Ila.
      Senang dan mudah diuruskan.
      Tak bercampur duit sana sini.

      Reply

Trackbacks

  1. Review: Handbag Campanion II Oleh Sometime | azeniahmad.com says:
    20 December 2014 at 11:05 pm

    […] menyenangkan. Kalau hendak tahu apa yang banyak sangat saya sumbat dalam handbag boleh jenguk di Ada Apa Dalam Handbag Saya. Bagi saya, design untuk Campanion II ini lebih ringkas dan menarik. Senang nak bawa ke mana-mana […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer