• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Cara Elak Koyakan Semasa Bersalin Dengan Elastikan Perineum

6 September 2015 By azeni 14 Comments

Koyakan semasa bersalin?

Antara perkara yang paling membimbangkan untuk ibu yang bakal bersalin. Terutamanya untuk ibu yang mengandungkan anak yang pertama.

Mesti akan fikir :

i. Susah ke nak meneran ataupun boleh terlupa ke cara meneran yang betul

ii. Agak-agak sakit kontraksi lama sangat ke

iii. Koyakan semasa meneran samada kecil ke atau besar eh

Macam-macam fikir kan.

Tetapi yang paling menghantui adalah koyakan semasa meneran samada kecil ataupun besar. Ini dipanggil koyakan perineum.

cara elak koyakan semasa bersalin dengan elastikan perineum

Koyakan perineum berlaku di antara faraj dan dubur. Dimana doktor terpaksa potong atau gunting sedikit apabila kepala bayi sedang keluar. Ia bertujuan untuk mengelakkan kulit di sekitar faraj dan dubur terkoyak sendiri dengan teruk. Umpamanya kulit akan merekah terbuka saat kepala bayi keluar.

Koyakan perineum boleh jadi lebih teruk kerana ia bukan setakat jahitan di bahagian kulit luar tetapi jahitan di bahagian dalaman ‘isi’.

Mengapa kita nak elakkan koyakan perineum?

** Mesti kita hendak kulit yang cantik tanpa bekas jahitan kan. Walaupun di tempat tertutup. Hehehe.

** Nak elak jahitan dan kemungkinan tertetas semasa dalam pantang. Kemudian terpaksa jahit semula. Ohhh tidak!

** Sakit dan nyilu bekas jahitan ketika membuang najis. Bayangkan la kalau kena sembelit pula. Sakitnya.

Bagi yang alami koyakan yang teruk hingga ke dubur, ia akan boleh bagi kesan jangka panjang untuk sukar membuang najis.

** Koyakan yang sangat teruk juga bagi kesan pada keintiman suami isteri (tiada deria rasa!).

Takut rasa kan.

Tetapi boleh dielak koyakan perineum ini kalau tahu cara dan teknik yang betul walaupun baru pertama kali bersalin.

Cara Elak Koyakan Semasa Bersalin adalah:

1. Meneran dengan cara betul

Meneran dengan cara betul adalah meneran ke arah graviti. Graviti ke arah bawah dan dengan posisi atas katil, kita meneran dengan menekan punggung ke tilam kan.

Ibu yang terlalu sakit untuk meneran hinggakan terlupa dan terangkat punggung. Bila angkat punggung menyebabkan koyakan perineum lebih banyak hinggga sampai ke dubur.

Alahai memang panjang jahitan jadinya kan. Teknik meneran yang betul akan berkait dengan cara penafasan yang betul.

Anda boleh lihat video cara meneran dan bernafas dengan betul ketika di dalam labour room.

2. Petua gunakan minyak kelapa untuk lembutkan perineum

Ini memang petua orang-orang lama. Minyak kelapa diminum dan disapu di kawasan perineum bila sudah masuk trimester ke 3.

Minyak kelapa dijadikan selusuh untuk mudahkan proses bayi keluar. Suami boleh tolong sapu dan urutkan di sekitar perineum dengan menggunakan minyak kelapa.

Kalau isteri memang tak mampu buat sendiri kan. Dah tak nampak dah. Hehehe.

Tetapi kena rajin dan kerap buat.

Biasanya minyak kelapa yang digunakan adalah VCO (virgin coconut oil).

3. Amalkan suplemen untuk elastikkan perineum

Bukaan faraj akan menjadi 8cm hingga ke 10cm apabila bayi betul-betul bersedia untuk diteran keluar.

Untuk ibu yang akan bersalin normal, bukaan memang menjadi hingga ke 10cm tetapi bergantung cepat atau lambat sahaja bukaan tersebut.

Kalau lambat bukaan faraj maka akan menyebabkan proses bersalin yang lama. Hingga ada sampai 2 hari sakit tetapi belum bersedia untuk bersalin.

Bayangkan duk menahan kesakitan. Kan.

Salah satu caranya adalah dengan elastikkan perineum. Bagaimana untuk elastikkan perineum?

Elastikkan perineum dengan mengambil suplemen semasa di awal kehamilan iaitu:

** Minyak ikan (Omega Guard)

** Vitamin C

** Protein (Energy Soy Protein, ESP)

Minyak ikan (Omega Guard)

Kandungan utama adalah Omega 3 bukan sahaja bagus untuk perkembangan otak bayi tetapi membantu meningkatkan keanjalan kulit dan mudah mengembang untuk bukaan hingga 10cm.

Secara tidak langsung boleh elak koyakan perineum.

cara elak koyakan semasa bersalin

Vitamin C

Mengandungi kolagen yang bertindak untuk menyokong sel-sel dengan kuat. Ia menguatkan regangan (tensile strength) apabila tiba masa untuk meneran bayi keluar.

cara elak koyakan semasa bersalin

Protein (Energy Soy Protein, ESP)

Salah satu asid amino yang penting dalam ESP adalah Cysteine iaitu untuk anjalkan kulit dan penting untuk membaiki kulit yang rosak.

cara elak koyakan semasa bersalin

Sumber 

Testimonial ibu-ibu yang berjaya bersalin tanpa koyakan dan jahitan perineum:

Saya pasti ia bukan kebetulan. Saya konsisten mengamalkan ESP sepanjang kehamilan.

Sebulan 2 canister jadi 9bulan 18 canister.

Apa kebaikan yang saya dapat?

Mampu melahirkan secara normal TANPA EPISOTOMY. Bukan satu tapi 3 orang anak

iaitu pada 2011, 2013 dan Julai 2015. Saya melalui tempoh berpantang dengan yakin

dan tak risau nak jaga luka ‘di bawah’.”

Puan Fauziah Chilun (sumber)

Cara elak koyakan semasa bersalin

Testimonial

Bagi ibu-ibu yang pernah melalui saat getir di dalam labour room ataupun suami yang menemani isteri, akan tahu betapa sakitnya menahan hinggakan ada sampai ke 2 hari. Tetapi masih belum bersalin.

Rasa tak tertanggung kan.

Masa tue, kalau boleh hendak suruh doktor buat pembedahan terus untuk hilangkan sakit untuk bersalin. Betul tak?

Apa-apa pun kalau boleh kita hendak bersalin normal kan. Untuk bakal ibu ataupun suami, boleh belikan suplemen ini untuk membantu elak koyakan semasa bersalin.

Jangan sampai trauma ataupun fobia, untuk mengandung dan bersalin lagi hanya disebabkan oleh jahitan koyakan perineum yang banyak.

Artikel berkaitan:

Cara Elakkan Jahitan Perineum Terbuka Semasa Dalam Pantang

Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan dan tempahan suplemen.

Cara Order Vitamin Shaklee, pengedar shaklee kota damansara dan petaling jaya

Azeni Ahmad

Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864

Page: Azeni Vita-Shoppe

COD area: Seluruh Perlis, Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.

Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

Kebaikan dan Faedah Apabila Menjadi Ahli Shaklee

Anggur Rawat Ekzema Teruk Kanak-Kanak Dalam Masa Seminggu Sahaja?!
Set Penjagaan Rumah Hanya Untuk Ibu Bijak Sahaja

Related

Filed Under: Shaklee Tagged With: cara elak koyakan perineum, Jahitan perineum, koyakan perineum, koyakan semasa bersalin

Comments

  1. Hafizul says

    9 September 2015 at 3:40 pm

    Bagus la dah ada solution ni.. sekurang-kurangnya tak ada yang buat ibu mengandung fikir sangat pasal ni..hehe
    Hafizul menulis…Asas Belajar Akaun Guna ExcelMy Profile

    Reply
    • azeni says

      11 September 2015 at 5:52 pm

      Hehehehe..
      Sekurang-kurang mengurangkan risiko untuk kesan masa panjang kan.

      Reply
  2. Hero Borneo says

    10 September 2015 at 8:21 pm

    info ini amat menakutkan saya la pulak
    Hero Borneo menulis…Blog Review Untuk Ahli Best Blogger NetworkMy Profile

    Reply
    • azeni says

      11 September 2015 at 5:53 pm

      Menakutkan tapi kena ambil tahu kan.

      Reply
  3. Noriza Rahman says

    12 September 2015 at 8:50 am

    Memang ngeri kalau dibayangkan ‘koyak’ kat area tu kan azeni.
    Noriza Rahman menulis…Anda Mencari Pengedar SHAKLEE Bandar Baru Bangi?My Profile

    Reply
    • azeni says

      13 September 2015 at 5:37 pm

      Kita memang tak nampak ok la akak..
      Kalau boleh tengok, taknak tengok.
      Ngeri dan takut jadi trauma.

      Reply
  4. titan says

    15 September 2015 at 7:26 am

    takpe.

    kalau koyak, kita jahit.
    titan menulis…EMPAT hari BERBAKTI di Hutan XXXMy Profile

    Reply
    • azeni says

      16 September 2015 at 6:16 pm

      Uhh bukan semudah tue je.

      Reply
  5. myliferia says

    15 September 2015 at 3:59 pm

    Nak kene tengok balik video ni, sangat bagus infonya. Memang bila ibu terlalu risau, hormon tubuh akan mempengaruhi bukaan vagina untuk bersalin. Bila ibu tenang, lagi mudah proses melahirkan anak ni.
    myliferia menulis…8 Tips Menghadapi Jerebu Bagi Mengelakkan Risiko Lebih BerbahayaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      16 September 2015 at 6:18 pm

      Memang betul pun.
      Hormon yang tak akan mempengaruhi bukaan vagina kita.

      Reply
  6. Mr Sync says

    2 October 2015 at 7:17 am

    kami orang lelaki hanya mampu membaca artikel ni.
    Mr Sync menulis…3 Tips Mulakan Bisnes PrintingMy Profile

    Reply
    • azeni says

      9 October 2015 at 2:14 am

      Boleh tolong untuk isteri.
      Bagi la suplemen nie.. Hehe

      Reply
  7. su says

    13 February 2017 at 11:21 pm

    TQ info..anak dah nak masuk 4 pun still trauma.

    Reply
    • azeni says

      23 March 2017 at 2:24 am

      Betul tue puan Su.
      Hihihi..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer