• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Cara Rawat Kencing Manis untuk Elak Buah Pinggang Rosak

13 October 2016 By azeni 13 Comments

Penyakit kencing manis dan kegagalan buah pinggang adalah 2 penyakit menyerang dalam diam ataupun dipanggil silent killer. Dan 2 penyakit ini saling berkait.

Perasan tak kalau orang ada sakit kencing manis untuk jangka masa panjang, lama kelamaan mesti kesan pada buah pinggang kan.

Bagaimana Penyakit Kencing Manis Punca Buah Pinggang Rosak?

Kita kenali dulu tentang penyakit kencing manis ya.

Kencing manis ataupun dalam Bahasa Inggeris adalah Diabetes Mellitus.

cara rawat kencing manis untuk elak buah pinggang rosak

Macamana boleh terjadi penyakit kencing manis?

Apabila kandungan gula (glukosa) dalam darah tinggi disebabkan oleh samada kekurangan hormone insulin ataupun fungsi insulin itu sendiri jadi kurang berkesan.

Apa itu Glukosa?

Glukosa adalah gula dalam darah. Iaitu monasakarida dimana ia adalah gula ringkas paling kecil dalam karbohidrat berfungsi untuk memberi tenaga (kalori) pada tubuh badan.

Glukosa akan dihantar kepada sel-sel badan melalui aliran darah. Tetapi sel badan tidak boleh menggunakan glukosa tanpa bantuan hormon insulin.

Apa itu insulin?

Insulin adalah hormon yang dihasilkan oleh organ pankreas. Fungsi utama insulin adalah mengawal keseimbangan gula (glukosa) dalam darah iaitu dengan pengerakan gula dari darah ke dalam sel kita.

Orang yang ada kencing manis, paras gula dalam darah menjadi tinggi disebabkan gula tidak dapat masuk dalam sel kita. Ia akan kekal dalam darah hingga menganggu kelancaran perjalanan darah.

Jenis-jenis Kencing Manis:

Kencing manis ada 3 jenis. Iaitu:

  • Kencing Manis Jenis 1
  • Kencing Manis Jenis 2
  • Kencing Manis Gestasi untuk ibu mengandung

Apa itu diabetes?

Kencing Manis Jenis 1

Juga dikenali sebagai Diabetes Mellitus Type 1. Ia berpunca daripada kegagalan organ pankreas menghasilkan hormone insulin.

Pesakit terpaksa mengambil suntikan insulin dari luar untuk seimbangkan tahap glukosa dalam darah.

Biasanya Kencing Manis Jenis 1 dikesan pada peringkat kanak-kanak lagi. Ia bukan berpunca daripada kegemukan ataupun makanan. Di Malaysia, sangat rendah statistik yang ada Kencing Manis Jenis 1 sebenarnya berbanding Jenis 2.

Kencing Manis Jenis 2

Di Malaysia paling tinggi pesakit kencing manis adalah Jenis 2. Kencing Manis Jenis 2 berpunca daripada kerintangan Insulin (Insulin Resistance) iaitu sensitiviti sel terhadap hormone insulin semakin menurun.

Sel sel badan jadi kurang sensitif dan tidak benarkan gula masuk dalam sel.

Gula akan semakin meningkat dalam darah dan akan ganggu perjalanan darah.

Faktor Menyebabkan Kencing Manis 2:

  • Kurang aktif dan tidak melakukan aktiviti fizikal
  • Kegemukan ataupun obesiti yang mendadak
  • Kuat merokok
  • Corak pemakanan tidak seimbang ataupun pengambilan gula tinggi setiap hari.

Kita berbalik kepada tajuk asal.

Bagaimana Penyakit Kencing Manis Punca Buah Pinggang Rosak?

Peranan buah pinggang adalah untuk seimbangkan (regulate) kandungan air dan garam dalam badan kita dan akan membuang lebihan toksin.

Buah pinggang juga membantu mengawal tekanan darah.

Orang yang ada kencing manis akan menyebabkan salur darah kecil (microvascular) rosak disebabkan kandungan gula tinggi. Peranan salur darah kecil adalah bawa nutrien, oksigen dan juga bahan buangan toksin ke buah pinggang untuk di buang.

Bila salur darah kecil rosak maka oksigen, nutrien dan juga toksin lebihan tidak dapat di hantar ke buah pinggang untuk diproses.

Lama kelamaan akan menyebabkan:

i. Lebihan air dalam badan tidak boleh disingkirkan (boleh nampak kaki membengkak ataupun water retention)

ii. Tidak boleh buang bahan buangan

iii. Tekanan darah akan semakin tinggi

Sebab itu, penyakit kencing manis akan menyebabkan buah pinggang cepat rosak. Memang bahaya jika tidak dirawat di peringkat awal kencing manis.

Kencing manis punca mata kabur

Perbezaan antara penglihatan normal dan pesakit diabetes ada Retinopathy

Bukan sahaja kesan pada buah pinggang tetapi kencing manis akan menyebabkan:

  • Penglihatan mata semakin kabur iaitu Retinopathy
  • Kebas-kebas di tangan dan kaki iaitu Neuropathy
  • Mudah terkena jangkitan kulat dan bakteria
  • Luka jadi lambat sembuh

Cara Rawat Kencing Manis untuk Elak Buah Pinggang Rosak:

1. Kurangkan dan berhenti merokok

2. Kawal paras gula dalam darah iaitu:

Ambil makanan tinggi serat untuk ransang proses pencernaan, elak sembelit, lebih mengenyangkan dan boleh kawal kalori berlebihan.

Boleh ganti gula putih dengan Stevia iaitu pemanis tanpa kalori.

3. Aktif buat senaman ataupun aktiviti keluarkan peluh.

Vitamin kencing manis dan sakit buah pinggang

4. Pengambilan vitamin/suplemen untuk bantu rawat pesakit kencing manis dan buah pinggang:

Vivix dan Omega Guard

Vivix bukan ubat ya. Tetapi ia adalah suplemen yang mengandungi revestrol untuk bantu dan melawan penyakit-penyakit kronik.

Dan pada masa yang sama, Vivix bantu memperbaiki sel sel hingga ke tahap DNA kita.

Vivix ini bantu dengan menguatkan sel sel badan kita. Sebab dalam sel badan kita ada penjana tenaga (mitochondria).

Bila sel semakin kurang tenaga, maka sel takdapat berfungsi dengan baik dan sistem badan tidak dapat berkerja dengan sepenuhnya. Begitu juga dengan buah pinggang kita.

Omega Guard membantu untuk melancarkan peredaran darah kita. Juga membantu untuk menormalkan kelikatan darah disebabkan kandungan gula yang tinggi.

Kandungan Omega 3 membantu mengurangkan keradangan pada dinding-ding salur darah dan untuk memastikan dapat berfungsi dengan baik semula.

Pengambilan Vivix dan Omega Guard secara konsisten memberikan kesan yang sangat positif kepada pesakit kencing manis dan juga pesakit buah pinggang.

Pesakit Penapis Buah Pinggang Beransur Sembuh dengan Vivix.

Jom tonton video ini.

Testimonial Pesakit Kencing Manis dan Masalah Buah Pinggang yang semakin sihat.

Cara turunkan bacaan kencing manis

Kencing manis punca buah pinggang rosak

Penapis buah pinggang bocor

Selalunya bila masalah kencing manis tidak dapat dibendung dan semakin kronik menyebabkan buah pinggang rosak, alternatifnya terpaksa didialisis kan.

Proses dialisis memang menyakitkan dan ada hingga terpaksa bergantung hingga hujung hayat kan.

Walaupun tidak mampu merawat buah pinggang secara menyeluruh tetapi sekurang-kurangnya pengambilan Vivix dan Omega Guard dapat mengurangkan tekanan sakit dan memperbaiki sel sel agar tidak melarat ke organ yang lain.

Kesedaran awal dan bertindak mampu membantu orang sekeliling kita untuk hidup lebih sihat.

Boleh hubungi saya untuk konsultasi dan juga pesanan Vivix dan Omega Guard.

Cara Order Vitamin Shaklee, pengedar shaklee kota damansara dan petaling jaya

Azeni Ahmad

Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864

Page: azeniahmad.com

COD area: Sungai Petani, Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.

Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

Business Part Time Untuk Pelajar Tanpa Ganggu Study

Pengedar Shaklee Sepang dan Putrajaya
3 Tips Pilih Pencuci Muka Untuk Kulit Sensitif

Related

Filed Under: Shaklee Tagged With: glukosa darah, hormon insulin, Jenis-jenis kencing manis, Kencing manis jenis 1, kencing manis jenis 2, penyebab sakit buah pinggang, punca kencing manis, punca sakit buah pinggang, rawat buah pinggang, rawat kencing manis, ubat kencing manis, ubat sakit buah pinggang

Comments

  1. arnie says

    14 October 2016 at 11:18 am

    Kencing manis nie macam “ibu segala penyakit” kan.. Dengan asbab kencing manis nie, badan pun susah nak absorb nutrisi yang baik, so boleh dapat macam2 penyakit lain lagi, termasuk lah buah pinggang rosak..
    arnie menulis…Rawatan Psoriasis Cara Alternatif Dengan VivixMy Profile

    Reply
    • azeni says

      14 October 2016 at 10:26 pm

      Betul sangat kan.
      Dengan kencing manis semua salur darah jadi tak normal dan stabil.
      Kesan ke sel badan.
      Memang akan ganggu sistem badan la..

      Reply
  2. cik tom says

    14 October 2016 at 7:39 pm

    cik tom pun sejak dari tahun lepas amik stevia utk gantikan gula…

    ps:kalau mslh kulit apa saranan produk yg sesuai..
    cik tom menulis…DIY Bunga Tangan Pengantin Mudah dan MurahMy Profile

    Reply
    • azeni says

      14 October 2016 at 10:27 pm

      Masalah kulit yang macamna tue ciktom?
      Cuba detail sikit..
      Hehe.

      Reply
  3. Uncle Zuan says

    15 October 2016 at 9:20 am

    ewww seram pulak bila baca bab kencing manis ni
    Uncle Zuan menulis…#AboutKL: Meneroka ‘Hidden Gem’ di KLMy Profile

    Reply
    • azeni says

      18 October 2016 at 10:38 am

      Memang seram.
      Pula kencing manis nie silent killer kan.
      Kena berjaga awal.

      Reply
  4. Ayu says

    19 October 2016 at 7:16 am

    Macam biasa je kencing manis ni kan. Tapi sebenarnya bahaya!

    Reply
    • azeni says

      5 November 2016 at 9:51 am

      Memang pun.
      Luaran nampak sihat je.
      Tetapi dalaman, kesian rasa saluran darah tue.

      Reply
  5. Noriza Rahman says

    2 November 2016 at 8:51 am

    Ibu penyakit la diabetes ni, semuanya berpunca dari dia kan
    Noriza Rahman menulis…Bagaimana Cara untuk Kurangkan Visceral FatMy Profile

    Reply
    • azeni says

      5 November 2016 at 9:51 am

      Aaha punca segala penyakit sebab melibatkan saluran darah dan sel badan kan.

      Reply
  6. Ros says

    11 November 2016 at 1:29 pm

    sampai organ lain rosak tu yang tak nak tu.
    kena jaga pemakanan dan ubah gaya hidup ke yang lebih sihat.

    Reply
    • azeni says

      13 November 2016 at 11:38 am

      Aaha memang cepat bagi kesan kat organ lain kalau dah mula ada prediabetes.

      Reply
  7. abang manis says

    4 December 2016 at 10:35 am

    ramai orang muda pun hidap penyakit kencing manis tu yang buat saya takut tu.

    nak makan coklat pun risau jugak tapi kadang2 je makan takpe rasanya hehe

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer