• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Full Itinenary ke Perth WA

4 October 2017 By azeni 21 Comments

Perth.

Satu bandar yang sangat cantik terletak di tepi laut di bahagian Barat Australia (WA). Dan penerbangan hanya mengambil masa 5 jam sahaja.

Kami ke Perth selama 7 hari 6 malam dalam pertengahan musim bunga iaitu 20 September hingga 26 September.

Cumanya bila sebelum ke sana, periksa suhu masih lagi rendah. Masih lagi dalam peralihan musim daripada musim sejuk ke musim bunga. Sampai kami terpaksa sentiasa berstokin dan berjaket 24jam. Hahaha.

Jom saya kongsikan secara ringkas itinerary kami ke sana. Mungkin boleh membantu anda yang merancang juga.

Kami terdiri 2 dewasa, 2 kanak-kanak berumur 4 tahun dan 7 tahun dan juga seorang bayi 8 bulan. Dan tempat yang kami pergi adalah Perth City, Albany dan Busselton.

Hari 1 di Perth:

Penerbangan kami pukul 10pagi dan sampai 3 petang tetapi proses imigresen ambil masa yang lama. Hingga pukul 5 petang baru kami selamat keluar daripada airport. Untuk pengetahuan, imigresen Australia sangat ketat dan setiap barang wajib declare tau. Kalau tidak kena denda.

Melayang duit.

Terus ambil kereta sewa di Aries Car Rental dan ke homestay pertama kami.

Kemudian terus ke The Coles (kalau di Malaysia seakan hypermarket Giant) untuk beli barang basah masak. Ataupun ada pilihan lain ke Woolworth pun boleh.

The Coles ataupun mana-mana hypermarket akan tutup awal dalam pukul 5-6petang tau. Memang kena rancang masa betul-betul.

Masa petang ini pun, angin dah kuat dan sejuk.

Permulaan malam kami di Perth memang kurang selesa dan tak berapa nyenyak tidur. Sejuk sangat walaupun berselimut litup memandangkan tuan rumah tidak sediakan heater.

Hari 2:

  • Ke Kings Park / Botanical Garden
  • Memandu ke Albany

Di Perth pukul 6 sudah cerah macam pukul 9 di Malaysia. Bangun awal pagi terus buat sarapan dan bekal makan tengahari dan terus check-out dari homestay.

Destinasi pertama adalah ke Kings Park.

Taman Botanical Perth Kings Park

Taman Kings Park ini kiranya memorial garden untuk memperingati dan diabadikan nama-nama tentera wanita yang terkorban ketika perang dulu.

Taman yang sangat cantik dan boleh nampak permandangan Elizebeth Quey Bridge lagi. Ada sekali spesies bunga-bunga di tanam disini.

Kings Park Garden

Di hadapan tugu

Sebelum tengahari kami terus ke Albany yang ambil masa 6 jam. Kena sampai ke Albany sebelum gelap kiranya sebelum pukul 5-6 petang la.

Sebab di sana sangat tidak digalakkan memandu waktu malam. Kangaroo liar selalu melintas di jalan boleh menyebabkan kemalangan. Bahaya.

Walaupun perjalanan yang jauh, tiada toll tapi disebabkan pemandangan yang lain di Malaysia membuatkan tak jemu mata memandang. Daripada jenis pokoknya hinggalah ke budaya memandu di sana menjadi topik kami suami isteri. Mujur lah anak-anak tidur.

Hehehe.

hentian rehat di Albany

Hentian rehat semasa ke Albany WA

Kami sampai di homestay sekitar 7malam dan rupanya angin lagi kuat dan gelap. Fuhhh kesejukan. Selepas makan malam, mendobi terus masuk tidur. Mujur ada heater disediakan dan lebih selesa daripada malam sebelumnya.

Selamat datang ke Albany.

Hari 3:

  • The Windfarm
  • The Gap
  • The Whaling Station
  • The Lily Dutch Wind, Amelup

Memang dalam satu hari kami rancang untuk explorasi Albany disebabkan geografinya yang mengadap laut pasti pemandangan cantik kan.

Memang betul sangat cantik dan mengujakan di Albany.

The wind farm Albany

Windfarm: Kincir angin untuk menghasilkan elektrik

Cuma keadaan cuaca yang sekejap hujan sekejap cerah membuatkan keadaan terlalu sejuk dan angin kuat.

Ada juga kami terpaksa skip disebabkan cuaca dan juga ambik kira keadaan anak-anak. Saya akan kongsikan di lain artikel khas tentang tempat-tempat menarik di Albany disebabkan teruja tempatnya yang cantik.

Boleh di sini Tempat Menarik di Albany, WA.

Memenatkan tetapi kepuasan. Hehe.

The Gap Albany

The Gap

Hari 4:

  • Bandar Albany
  • Greenpool/Elephant Rock
  • Triangle Jungle Giant
  • Busselton

Check up seawal pagi dan pusing-pusing kejap di dalam bandar Albany disebabkan semalam tidak sempat.

Hujan renyai.

Sejuk.

Tenang dan mendamaikan persekitarannya.

Terus gerak ke Greenpool/Elephant Rock yang terletak di Denmark WA. Masyallah itulah perkataan yang terkeluar bila tengok dengan mata kepala sendiri.

greenpool and elephant rock denmark WA

Greenpool: Air laut hijau kebiruan.

Air laut berwarna hijau dengan pasir pantai berwarna putih (Macam lirik lagu pula. Hahaha). Elephant Rock tue sebelah menyebelah dengan Greenpool la. Cantik sungguh keindahan alam kan.

Sebelum tengahari kami bertolak ke Triangle Jungle Giant. Sebelum ini pemandangan jalan lebih pada ladang hijau dengan biri-biri ataupun lembu tetapi bila dalam Denmark lebih pada hutan hujan (rainforest).

Tarikan di Valley of Giant Denmark

Pokok yang sangat besar

Pokok-pokoknya jenis tinggi-tinggi dan jarang antara satu sama lain tapi cukup meredupkan pemandangan. Biasanya sunyi sepi di kiri kanan jalan tapi hanya mampu bawa 70-80 km/j sahaja.

Takut ada polis kena saman. Hihihi.

Sampai di Triangle Jungle Giant dalam pukul 2. Kami tak beli tiket pun. Masuk yang percuma sahaja. Pun dah sangat menarik dah. Boleh dikatakan antara hutan hujan tertua yang ada di dunia. Sebaris dengan Hutan Belum di Perak.

Kemudian terus bertolak ke Busselton.

Hari 5:

  • Blue Jetty Busselton
  • Bunburry Wildlife Park
  • Perth City

Antara tarikan utama di Busselton adalah Blue Jetty dan juga Underwater Observatory ala-ala Aquaria KLCC. Menghabiskan masa sepagi di jetty dengan naik tren dan rezeki kami jumpa dolphin berenang.

Busselton Jetty Perth WA

Naik tren sepanjang Busselton Jetty

Seronok anak-anak.

Juga sempat ke Farmer Market di pantai Busselton juga. Lebih meriah bila ke tengahari disebabkan banyak aktiviti keluarga diadakan. Nampak masyarakat setempat yang sangat pentingkan kekeluargaan.

Bertolak ke Bunburry Wildlife Park untuk tengok kangaroo. Tapi kawasan tidak sebesar Caversham di Perth. Kawasan agak kecil dan tidak terlalu ramai orang. Tiket pun murah dalam $32 sekeluarga.

Bunburry Wildlife

Terus bertolak ke Freemantle Perth. Singgah ke kedai cenderahati Megabes. Kepunyaan orang Singapura dan sangat murah harga.

Habis bershoping terus ke MyRasa iaitu restoran orang Melayu di Perth memandangkan tekak dah 5 hari tak jumpa sambal belacan.

Tekak melayu. Hihihi.

MyRasa restoran melayu

Restoran orang Malaysia di Perth

Hari 6 di Perth:

  • Caversham
  • Chocholate Factory
  • Water Town Mall
  • Elizabeth Quey Bridge
  • Blue Boat House

Pusing-pusing di bandar Perth. Sepagi bermain dan berjinak-jinak dengan binatang di Caversham. Paling lama dalam kandang kangaroo. Sampai rasa nak bawa balik seekor dua. Hahaha.

wombat perth Autralia

Bergambar dengan wombat

caversham Perth

Berkerumun kangaroo

Kemudian ke gudang chocholate. Saya suka rasa chocholate originalnya. Tak manis dan tiada tambahan gula. Sempat juga membeli.

Petangnya ke Water Town Mall. Tempat shoping barang murah dan memang terlalu ramai jumpa orang Malaysia disini. Maklumlah tempat shoping.

Malangnya kami pulang dengan tangan kosong. Hihihi..

Dari Water Town Mall ke Elizabeth Quey Bridge dalam 15 minit sahaja. Terus ke sana untuk menikmati pemandangan petang. Dan cuaca cerah tapi angin masih kuat. Terus ke Blue Boat House sebelum langit gelap.

Bila sejuk, kelaparan kan dan makan malam kami di Freemantle iaitu Fish & Chip. 1 pinggan kongsi boleh 4 orang cuma tambah sikit kentang goreng dan marinate prawn.

Puas pusing Perth balik tidur untuk malam terakhir di bumi Perth.

Hari 7 di Perth:

  • Chemist Warehouse
  • Araluen Botanical Garden
  • Bertolak balik ke Malaysia

Rasa nak bagi cenderahati perfume memang sesuai sebab murah sangat di Chemist Warehouse. Ia seakannya Guardian di Malaysia dan banyak di buka disekitar bandar Perth.

Terus ke Araluen Botanical Garden di pinggir bandar Perth. Taman koleksi bunga-bunga yang cantik tapi hanya spring time. Hari yang kami ke taman ini pun kira penghujung dah bunga kembang.

araluen botanical garden Perth

Tapi masih ada cantik lagi.

Puas bergambar dengan bunga-bunga, patah balik ke Perth untuk pulangkan kereta dan terus ke airport. Alhamduillah selamat semuanya.

Bila mengembara ke tempat orang terutamanya berbeza daripada segi bahasa dan budaya memang sangat menarik. Membuatkan kita sentiasa berfikir kerdilnya kita kan.

Dan akan membuatkan kita keluar daripada rutin harian. Daripada segi masa, makanan kita hingga ke bahasa membuatkan kita sentiasa berfikir dan cuba sesuaikan mengikut keadaan kan.

Terima kasih sudi membaca.

Semoga perkongsian ini boleh membantu anda jika merancang ke Perth.

Related

Filed Under: Travelogue Tagged With: Albany WA, Itinenary Perth, Tempat Menarik Perth

Comments

  1. AINUL says

    5 October 2017 at 9:40 am

    wah best ni.boleh buat rujukan kami nanti

    Reply
    • azeni says

      8 October 2017 at 11:48 am

      Hihihi..
      Semoga membantu korang..

      Reply
  2. suryanti says

    5 October 2017 at 5:23 pm

    as salam azeni..
    happy to read n watch u success in every path u made n to make…alhamdulillah..every path we faced will be the way to praise for Him..Allah…Only Allah…

    azeni…ur story makes me [email protected] with what we have ..alhamdulilah again…

    nice story n good guidelines…but one more thing..next time… bawa i sekali laaaa..huhuhu…happy for u babe..

    kak su iso…forget-me-not??

    Reply
    • azeni says

      8 October 2017 at 11:49 am

      Ohhh Kak Sue ISO..
      Sentiasa dalam kenangan saya..
      Mungkin jalan kita berbeza profession tak sama macam dulu..
      Tapi yang pasti semua nak happy dengan apa yang kita buat kan..

      Next trip pula kak Sue ke tempat lain..

      Reply
  3. kakDa says

    5 October 2017 at 9:23 pm

    Wahhh..baca je pun dah dapat rasa seronok. Teringin nak g Perth bawak anak-anak.

    Ada baca, kat selatan Perth ada camping site yang boleh tengok bintang-bintang yang cantik. Nak kena msuk dlam VB. Hihi
    kakDa menulis…Tiket Train Yang Terbaik Untuk Percutian 4 Hari 3 Malam Ke Osaka, Kansai Region.My Profile

    Reply
    • azeni says

      8 October 2017 at 11:51 am

      Aaha kak Ida..
      Albany boleh nampak aurora juga tapi biasa-biasa katanya..
      Depends on area..
      Tapi malam kalau kat Albany tak sanggup nak keluar malam..
      Sejuk sangat.
      Hihihi..

      Reply
  4. Sue says

    6 October 2017 at 2:11 pm

    Terus datang sini nak cilok iti

    Reply
    • azeni says

      8 October 2017 at 11:52 am

      Hahaha..
      Pi terus Albany KakSue.. Kekeke

      Reply
  5. Ros says

    8 October 2017 at 11:35 am

    Boleh dijadikan rujukan nanti. Memang plan nak ke Perth dan Albany.
    Ros menulis…Kisah Akak Jururawat 5 Tahun Dihantui Masalah JerawatMy Profile

    Reply
    • azeni says

      8 October 2017 at 11:52 am

      Hihihi.
      Best pi Albany walaupun jauh but worth it.

      Reply
  6. Athirahassin says

    12 October 2017 at 12:12 am

    Nice sharing

    Reply
    • azeni says

      12 October 2017 at 7:35 am

      Semoga membantu. 🙂

      Reply
  7. sharmien says

    14 October 2017 at 8:11 pm

    teruja pula tgk semua gambar di atas. doakan kami sekeluarga sampai di sana. boleh masuk dalam VB ni.

    Reply
    • azeni says

      20 October 2017 at 6:12 am

      Jom masuk dalam VB dan penuhkan tabung.

      Reply
  8. Zaleha Awaluddin says

    17 December 2017 at 3:47 pm

    Best. Pastinya suatu pengalaman yg mengujakan. No wonder Azeni dah set nk ke next destination tahun depan ??

    Reply
    • azeni says

      19 December 2017 at 6:29 am

      Hihihi.
      Keterujaan melihat tempat orang dan juga keindahan Tuhan..

      Reply
  9. Yuslinda says

    20 January 2018 at 5:44 pm

    So sempat cover Albany jer la yer. Byk hari kat sana. Tentu byk tempat2 menarik kat situ. Kita org plan ke sana bln 11 ni. Ntah sempat ke tidak nak cover semua tempat. Ingat nak explore Lancelin ke Cervantes dan Rockingham ke Albany kalau sempat. Pergi tahun 2016 tak sempat pun explore keseluruhan Perth.

    Reply
    • azeni says

      24 January 2018 at 6:37 am

      Ikutkan memang tak sempat nak cover semua sebab 7 hari sahaja.
      Albany so far kebanyakan tempt kami pergi.
      Cuma area Perth, Madhurah, Agusta tak sempat nak pergi.

      Reply
  10. siti says

    21 January 2018 at 11:28 pm

    assalamualikum puan bileh dapat kan itenery dan kos

    Reply
    • azeni says

      24 January 2018 at 6:38 am

      Wsalam,
      Alamak untuk detail kos tak didetailkan.
      Kami memang masak sendiri dan bawa bekal.

      Reply
  11. cikgu says

    15 November 2018 at 5:41 pm

    https://homestaymuslimmurahperth.blogspot.com/

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer