• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Fungsi Hormon Dalam Tubuh Badan

10 April 2014 By Azeni Ahmad Leave a Comment

Badan kita dikawal oleh sistem hormon. Hormon adalah satu sebatian kimia yang membawa ataupun memastikan badan kita berfungsi pada tahap optimum. Lelaki dan wanita mempunyai hormon yang berlainan.

Hormon lah yang mengawal tekanan darah, degupan jantung, waktu tidur kita, kandungan gula dalam darah, perkembangan pembesaran dan sebagainya. 

Kalenjar Pituaturi

Wanita mempunyai hormon estrogen dan progesterone. Manakala lelaki dengan hormon testosterone.

Sistem hormon kita dihasilkan di bahagian otak iaitu kelenjar pituitari. Kalenjar ini akan menghasilkan signal ataupun isyarat kepada hormon-hormon yang lain dalam badan kita. Pendek kata otak kita yang bertindak mengawal semua untuk mengaktifkan seluruh kalenjar hormon yang lain.

Selain itu, ada juga hormon yang lain membantu sistem badan kita seperti hormon DHEA, calcitonin, leptin dan melatonin. 

 
Jom kita kenali satu persatu. 
Hormon Estrogen, Progestrone, testosterone

Estrogen

Hormon wanita yang penting yang dihasilkan dalam ovari dan dalam kuantiti yang kecil oleh sel-sel lemak dan kalenjar adrenal. Estrogen memainkan peranan dalam pembangunanyang dipanggil ciri-ciri seks sekunder, seperti dada, dan kemaluan dan bulu ketiak. Ia juga membantu mengawal kitaran haid.

Progesterone

Adalah hormon yang meransang dan mengawal proses mengandung dan juga mengawal kitar haid setiap bulan. 

Testosterone

Dihasilkan daripada testis dan juga kalenjar pembiakan lelaki yang menghasilkan sperma. Hormon ini penting bagi lelaki untuk memastikan pembesaran organ seks lelaki dan rambut. 

DHEA (dehydroepiandrosterone)

Merupakan ‘ibu’ segala hormon. DHEA membatu menghalang penyakit Alzheimer dan penyakit auto imunisasi seperti lupus, osteroprorosis, tekanan dan sebagainya.  

Calcitonin

Adalah untuk menjaga paras kalsium dalam tubuh badan kita. 

Leptin

Hormon yang penting untuk sel sel lemak dalam badan. Jika badan mengalami obesiti bermaksud hormon leptinnya gagal berfungsi. 

Melatonin

Iaitu hormon yang mengawal kitaran tidur serta bertindak sebagai hormone yang menghalang kanser. 
Bagi wanita, ketidakboleh fungsi hormon estrogen dan progesterone menyebabkan wanita tersebut akan menghadapi proses menopuas. Ini menyebabkan banyak sel sel yang lain yang sebelum ini bergantung pada estrogen dan progesterone terpaksa untuk berdikari untuk meneruskan fungsi masing-masing. 
Seterusnya wanita akan mudah mengalami pereputan tulang, keguguran rambut, pigmentasi, masalah vagina kering, kulit gatal, keletihan, badan panas, masalah ingatan dan tekanan perasaan juga boleh berlaku. 
Untuk lelaki akan mengalami andepause. Ini menyebabkan mengalami keletihan,kurang keupayaan sexual,wajah tampak murung dan perasaan menjadi tidak ceria.Ingatan juga terganggu dan mereka mula di serang masalah jantung pula.
Sumber: http://www.healthywomen.org/condition/progesterone
            
             Vitamins & Minerals by Alan H. Pressman with Sheila Buff

Azeni Ahmad
Shaklee Distributor : 890574 untuk kawasan Kota Damansara
Page: Azeni Vita-Shoppe
Sms/whatapps: 012-5771864 (for fast response)

COD (Cash On Delivery) : Kota Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Sungai Buloh dan di dalam radius Subang Airport.

COD boleh dipertimbangkan: Kawasan Petaling Jaya (Bandar Sunway, Taman Medan, Kelana Jaya, Taman Universiti (U-Garden), Sungai Way, Damansara Utama, Mutiara Damansara, Damansara Perdana, Subang, Sea Park, Tropicana, Glenmarie dan Ara Damansara)

Bagi yang kerja berdekatan Stesen LRT Putra Aliran Kelana Jaya ke Masjid Jamek, penghantaran boleh dilakukan selepas waktu office hour. 

Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA. 

Kebaikan dan Faedah Apabila Menjadi Ahli Shaklee 

Related

Filed Under: Hormon

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer