Hari ini entri saya agak berlainan daripada kebiasaan yea… Hehehehe..
Dalam 2-3 hari lepas iaitu 19 August 2013 keluar statement daripada pihak PTPTN iaitu daripada Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh yang ingin peminjam PTPTN dimasukkan dalam CCRIS.
Namun 21 August 2013, keputusan ditarik balik semasa pembentangan di Kabinet akibat tentangan banyak pihak yang menyatakan ia akan membebankan peminjam-peminjam PTPTN. So apa sebenarnya CCRIS?
Jom kita tengok sikit apa itu CCRIS…
CCRIS adalah Central Credit Reference Information System. Semua badan kewangan di Malaysia akan menghantar semua laporan kewangan setiap bulan termasuklah laporan pinjaman pelanggan mereka kepada Jabatan Kredit (Credit Bureau) di Bank Negara Malaysia. Semua pengkalan data mengenai maklumat pinjaman kewangan akan dimasukkan di CCRIS. Semua data maklumat disimpan dan dikemaskini dalam bentuk format laporan kredit yang boleh diakses oleh semua institusi kewangan apabila diminta.
CCRIS adalah untuk menyimpan database hutang dan ia bukan untuk senarai blacklist. Sesiapa yang ada hutang dengan pihak bank maka senarai hutang akan ada di CCRIS. Apabila kita ingin membuat permohonan loan bank untuk beli apa-apa pun, pihak bank berkenaan (institusi kewangan) aan merujuk kepada CCRIS untuk melihat rekod pembayaran hutang-hutang kita yang lain. So boleh trace kalau kita bayar lambat ke bayar tak cukup ke.
Jika PTPTN termasuk sekali dalam CCRIS, maka ia akan menjadi faktor lulus atau gagal dalam permohonan baru untuk membuat hutang baru samada untuk kereta atau rumah atau hutang peribadi.
Institusi kewangan akan menganalisa dan menilai tahap kredit anda untuk setiap pinjaman, baki pinjaman serta rekod bayaran pinjaman anda. Kebiasaannya permohonan akan gagal sekiranya sekiranya di dapati terdapat dua (2) bulan tertunggak untuk bayaran setiap pinjaman. Pihak institusi kewangan akan menggunakan maklumat bayaran bulanan dan baki pinjaman yang sedia ada di dalam laporan CCRIS untuk mengira berapa banyak komitmen yang anda perlu tanggung setiap bulan. Maklumat tersebut akan digunakan untuk kira Debt Service Ratio (DSR) untuk setiap bulan.
Apa DSR tue?
Umumnya DSR tue adalah 70%. Namun bank dapat membuat polisi-polisi tambahan mengikut kesesuaian. Justeru, boleh jadi berbeza mengikut bank seperti lokasi rumah, harga rumah atau barangkali kakitangan awam atau swasta.
Contohnya pendapatan bersih kita RM 4,000. Hutang lain adalah seperti berikut:
- Hutang kereta RM 700.
- Purata bayar hutang kad kredit RM 150.
- Hutang ASB RM 500.
- Hutang personal financing RM 600.
Maka DSR kita telah mencapai 49%. Jumlah hutang dibahagikan dengan pendapatan. RM 1950/RM 4000.
Berdasarkan DSR yang ditetapkan 70% misalnya, maka kita cuma dapat buat hutang baru sehingga RM 850 sahaja. Justeru, berdasarkan kadar pembiayaan semasa, rumah yang dapat kita beli adalah maksimum RM 200k. Kalau bayar bulan-bulan lebih dari itu, memang susah.
Utamakan hutang yang utama dan yang penting duu yea…
Sekian yeaaa…
(Sumber 1)
(Sumber 2)
(Sumber 3)
Leave a Reply