• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Kenapa Perlu Baca Buku “Terapi Berfikir Positif”?

7 August 2017 By azeni 8 Comments

Terapi Berfikir Positif.

Nama bukunya pun sudah menarik rasa ingin membacanya kan bagi saya. Perkataan ‘terapi’ memang membuatkan rasa melonjak nak membaca.

terapi berfikir positif

Buku asalnya adalah daripada bahasa Arab berjudul Quw-wat at tafkir yang ditulis oleh Dr. Ibrahim Elfikry pada tahun 2008. Diterjemahkan asal daripada orang Indonesia iaitu Khalifurrahman Fath & M. Taufik Damas.

Biasa ayat-ayat motivasi yang digunakan oleh kebanyakan orang Indonesia boleh ‘menyentuh’ hati pembaca dengan penggunaan ayat yang begitu terkesan. Malah terjemahan Al Quran pun adalah daripada bahasa Indonesia kan.

Janji kita serumpun.

Buku ini menerangkan secara terperinci bagaimana menggunakan kekuatan fikiran kita untuk berjaya. Semuanya bermula daripada fikiran kita sendiri.

Dr Ibrahim menerangkan terperinci ataupun secara teknikal bagaimana fikiran kita beroperasi. Permulaan buku agak rasa membosankan sikit tetapi bila masuk pertengahan buku memang semakin menarik.

Rasa berterusan ingin membacanya. Bahaya pula anak terbiar tak makan pula. Hahaha.

Dr Ibrahim menggunakan pengalaman beliau berjumpa dengan pesakit-pesakit beliau untuk menerangkan lebih mendalam bagaimana fikiran kita akan mempengaruhi penampilan kita.

Tetapi fikiran yang positif perlukan latihan yang berulang-ulang. Bukan nya semua dalam sekelip mata sahaja terus jadi positif atau baik-baik aja semua ‘flow’ nya kan. kalau tidak masakan boleh ada buku ini sampai jadi International Seller.

buku terapi berfikri positif

Antara bahagian yang saya suka dalam buku ini adalah tentang rutin yang negatif.

Rutin yang negatif bukanlah daripada tindakan ataupun fikiran negatif yang kononnya ‘Aku tak boleh lakukan’ ataupun ‘kenapa orang lain boleh, tetapi tidak pada aku?’

Bukan.

Itu bukan rutin yang negatif yang kita lakukan.

Ia adalah berkenaan ‘rasa selamat’ ataupun ‘rasa aman’ pada diri kita. Setiap hari kita bangun buat rutin yang sama, dalam lingkungan yang sama dan masyarakat yang sama. Hingga sampai satu tahap kita rasa bosan dan tidak bermakna.

Sesuatu yang membahagiakan apabila seseorang itu berhasil, mampu berkembang dan ada keinginan untuk maju.

Walaupun buat perubahan tapi gagal, namun ia adalah satu proses yang membuatkan rutin kita tak sama. Malah ia akan menjadikan keadaan lebih bermakna kan.

Biasa orang akan takut buat rutin lain, takut akan kegagalan.

Buku ini menarik dan bagus untuk berulang kali dibaca. Dan buku ini juga mengamalkan teknik penafasan untuk menenangkan dalaman kita jika berserabut ataupun kusut ataupun terasa negatif.

Berfikir positif adalah sumber kekuatan dan sumber kebebasan. Ia disebut sumber kekuatan kerana ia bantu anda memikirkan solusi sampai mendapatkannya. Dengan begitu, anda akan bertambah mahir, percaya dan kuat. Disebut sumber kebebasa kerana dengannya, anda akan terbebas daripada penderitaan dan kongkongan fikiran negative serta pengaruh pada fizikal.

(Kata-kata Dr Ibrahim Elfikry)

Buku yang sangat sesuai untuk memotivasi diri sendiri. Boleh dapatkan buku ini di Popular dan baca sampai lunyai. Hehehe.

 

Selamat berterapi fikiran positif.

Best Ke Buku Subconscious Mind?

Related

Filed Under: Review Buku Tagged With: Buku Terapi Berfikir Positif, Review Buku Terapi Berfikir Positif

Comments

  1. NORIZA BINTI ABDUL RAHMAN says

    9 August 2017 at 9:55 am

    Sesekali kena juga baca buku motivasi macam ni kan. Naikkan semangat balik untuk sentiasa berfikiran positif
    NORIZA BINTI ABDUL RAHMAN menulis…Berapa Kuantiti Selamat Pengambilan Kafein Semasa Hamil?My Profile

    Reply
    • azeni says

      15 August 2017 at 6:44 am

      Ya betul kak.
      Boleh jadikan amalan sebab membaca boleh membawa kita ke dunia lain.
      Hihi

      Reply
  2. Rose Face Serum Zeeta says

    19 August 2017 at 7:05 pm

    Saya tak pernah pulak jumpa buku ni. Lepas ni bolehlah tengok-tengok kalau terjumpa. Biasa kalau bab-bab berfikir ni, saya lebih kerap nampak buku tulisan Tony Robbins. Tu pun dalam subjek NLP.
    Rose Face Serum Zeeta menulis…Rose Face Serum Zeeta – Rahsia bagaimana menghilangkan jeragat dan parut jerawat sepantas 14 hariMy Profile

    Reply
    • azeni says

      28 August 2017 at 10:49 pm

      Aaha buku NLP pun bagus juga.
      Saya pun kena cari juga.

      Reply
  3. Ira says

    28 August 2017 at 4:08 pm

    Buku yang sebegini banyak bantu kita sebenarnya untuk pupuk lebih aura positif dalam diri sendiri
    Ira menulis…omegaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      28 August 2017 at 10:50 pm

      Aaha betul sangat. Hihi.

      Reply
  4. Nor Hazmira Mihamzah says

    11 April 2018 at 4:09 pm

    Oo.. baru tahu kalau kit abuat rutin yg sama itu adalah sesuatu yg negatif. Tm ksh share panduan ni. In shaa Allah nak cari jugak buku ni..
    Nor Hazmira Mihamzah menulis…TOLONG LAH NURSE. SAYA TAK SANGGUP KENA CUCUK INFERONMy Profile

    Reply
    • azeni says

      19 April 2018 at 8:19 am

      Hihi..
      Tak sedar kan..
      Takpa saya pun masih sama-sama praktis.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer