• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Khasiat Biji Anggur Pada Badan

13 March 2013 By Azeni Ahmad Leave a Comment

Di antara kebaikan anggur berwarna gelap adalah pelindung asma, migrain, sembelit, ketidakcernaan, keletihan, gangguan buah pinggang, degenerasi makular, katarak, dan kolestrol tinggi. Info yang lebih menarik iaitu anggur gelap mempunyai keupayaan dalam melindungi daripada kemerosotan daya ingatan yang berkaitan dengan faktor usia dan juga mempunyai kemungkinan untuk menguatkan daya ingatan.  

Kandungan vitamin dan mineral yang tinggi di dalam anggur memberi faedah yang banyak dari segi kesihatan. Buah anggur mengandungi vitamin A, C dan B16 yang tinggi folat, kalsium, potassium, mangan, zink,kuprum dan besi dan semua bahan yang diperlukan untuk kesihatan badan.

Anggur juga mengandungi polifenol yang mempunyai antioksida dan ciri-ciri antikeradangan yang mengurangkan kerosakan DNA disebabkan oleh radikal bebas. Polifenol menjadi tumpuan untuk dikaji kerana dapat menghindari penuan, penyakit kardiovaskular, dan juga kanser.

Biji daripada anggur mengandungi khasiat sangat tinggi. Biji anggur merupakan sumber supplemen yang popular iaitu ekstrak biji anggur. Selain menjadi antioksida, biji anggur juga sebagai antialergenik dan anti keradangan. Iaitu ia menguatkan pembuluh darah, membantu pengaliran, memperbaiki keanjalan kulit dan mengalakkan pertumbuhan rambut.

Ektrak biji anggur mengandungi bioflavonoid yang berfungsi melindungi membran sel dan menjaganya daripada terjadi kerosakan pengoksidaan disebabkan radikal bebas.
Khasiat biji anggur ini membantu untuk mengurangkan antikedutan. Ia juga memberi perlindungan kardiovaskular dengan menghindari oksidasi lipoprotein yang menjadikan ia sukar untuk melekat pada pembuluh darah di dalam badan. 

Ia juga menguatkan arteri, menjadikan ia tidak mudah rosak. Sangat berguna untuk membantu mengawal alergi, katekin (sejenis hormon yang meresap lemak dalam sebatian) yang dimilikinya untuk menghalang enzim yang membentuk histamin (sebatian nitrogen organik yang terdapat di dalam tindakbalas imunisasi yang juga mengawal fungsi psikologi di dalam usus dan bertindak sebagai neurotrasmiter) dan ia dapat mengurangkan alergi. 

Credit to: Dr. Yasmeen Farouk Mohamed
Vitamin E Shaklee
3.1295462101.6455078

Related

Filed Under: Khasiat Biji Anggur

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer