• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Kisah Bells Palsy Disebabkan Tekanan Darah Tinggi?

16 November 2016 By azeni 1 Comment

Kisah ini sebenarnya terjadi kepada orang terdekat dengan saya sendiri iaitu bekas pengasuh anak saya sendiri.

Saya gelarkan dengan nama Kak Aida (bukan nama sebenar). Sebenarnya Kak Aida memang lama dah mengidap tekanan darah tinggi. Mungkin salah satu sebabnya adalah terpaksa menjaga bayi kecil di antara 3-18 bulan sampai 4 orang sekaligus.

Memang sangat memenatkan tiada masa berehat dan memandangkan beliau sendiri hampir berusia ke 50 tahun dah. Kudrat semakin kurang kan.

punca dan tanda bells palsy

Tanda Awal Bells Palsy

Tahun lepas (penghujung 2015), beliau diserang dengan tekanan darah tinggi. Petanda awal adalah hilang keseimbangan badan dan rasa pitam. Terus bawa ke hospital dan periksa tekanan darah.

Tiada bacaan boleh dicatatkan masa itu. Bayangkan lah.

Betapa tinggi nya tekanan darah Kak Aida masa itu. Doktor cakap kalau terjatuh ataupun pengsan memang boleh menyebabkan serangan stroke (angin ahmar).

Terus kena tahan di hospital di bawah pantauan doktor . Dan masa itu, sebelah muka Kak Aida tertarik ataupun senget sebelah. Seolah macam kena serangan stroke di bahagian muka sahaja.

Keadaan itu dipanggil Bells Palsy.

Selepas keluar hospital, Kak Aida buat kaedah tradisional dengan mengurut muka setiap hari bagi betulkan urat saraf yang tertarik. Pada masa yang sama, amalkan petua orang tua untuk turunkan tekanan darah.

Dan kesilapan Kak Aida adalah tidak konsisten dengan ubat doktor untuk stabilkan tekanan darah tinggi. Ini menyebabkan beliau di serang kali kedua tekanan darah tinggi beberapa minggu yang lepas (Oktober 2016).

Keadaan Kak Aida lebih teruk bila kena serangan kali kedua. Keadaan muka dan butir percakapan tidak boleh difahami, terpaksa bercakap secara perlahan dan satu-satu perkataan perlu dilontarkan.

Walaupun tekanan darah kembali normal, tetapi untuk betulkan semula keadaan muka memang ambil masa. Untuk pastikan saluran darah di bahagian muka mendapat oksigen dan nutrisi secukupnya.

Tanda tanda bell palsy

***********

Masalah Bell Palsy lebih mudah menyerang wanita berbanding dengan lelaki. Cuma kesahihan faktor tekanan darah tinggi menyebabkan serangan Bell Palsy tidak dipastikan oleh pihak hospital.

Mungkin juga ada terkait kerana terlalu penat dan tertekan menyebabkan tekanan darah tinggi. Dan pencetus kepada Bells Palsy.

Apa itu Bells Palsy?

Ia menyerang hanya di bahagian otot muka iaitu saraf otot untuk muka yang berpusat di belakang telinga. Paling ketara, pengidap Bells Palsy akan alami masalah untuk menutup kelopak mata dan untuk mengunyah di mulut.

Kerana saraf ini berhubung dengan kalenjar air liur dan mata. Permulaan pesakit akan merasa kebas pada sebelah muka dan ada masalah untuk mengunyah.

Secara terperinci nya boleh baca di Bells Palsy adalah Minor Stroke Yang Boleh Dipulihkan ke?

Rawatan Bells Palsy:

Paling penting untuk merawat Bells Palsy adalah:

i. Melancarkan perjalanan darah di bahagian kebas/herot.

ii. Meningkatkan kawalan pada otot yang tidak mampu digerakkan.

iii. Mengembalikan semula posisi mulut, mata dan hidung pada kedudukan asal.

iv. Membantu baiki dalaman badan akibat pengambilan steroid yang boleh bagi kesan jangka panjang.

Teknik urutan dan senaman di muka membantu mempercepatkan proses penyembuhan. Biasanya pihak hospital akan membantu mengajarkan teknik-teknik yang betul untuk lakukan senaman di rumah.

Manakala rawatan bekam tidak dipastikan mampu membantu ataupun tidak. Lebih baik rujuk kepada pihak doktor. Kerana mungkin ia akan melambatkan proses pemulihan.

Selain teknik urutan dan fisioterapi, pengambilan suplemen/vitamin yang tinggi antioksidan mampu membantu untuk pesakit Bells Palsy.

Bekas pesakit Bells Palsy sendiri mengakui keberkesanan vitamin dan membantu mempercepatkan proses pemulihaan. Bekas pesakit Bells Palsy iaitu Puan Faezah yang sembuh selepas 3 BULAN.

Testimonial Bells Palsy

Testimonial Puan Faizah dan Bells Palsy

***************

Pada tarikh 2 Oktober 2015, saya bangun dan lihat sebelah muka saya dah jatuh. Saya tak boleh senyum, mata tak boleh tutup, air mata mengalir macam menangis, sakit, rasa tegang je.

Doktor sahkan saya diserang bellpalsy. Ianya bukan STROKE tapi kelemahan sebelah otot muka.

Saya diberikan steroid oleh Doktor. Punca UNKNOWN. Tapi maybe sebab saya menyusukan dan baru lepas bersalin.

Kemudian saya putuskan untuk tidak mengambil sebarang steroid lagi selepas tu. Apa yang saya ambil adalah:

1. SPECIAL DOSE vivix

2. Omega guard

3. Bcomplex

4. Vitamin E

dengan dose extreme..

Saya juga menjalani fisioterapi.

Alhamdullilah selepas 90hari, saya diberi kesempatan SENYUM kembali

Kalau ade ahli keluarga / sahabat handai yg mengalami berikan support

Ia bukan mudah seperti dijangka

Saya dan sahabat #bellpalsy sahaja yg tahu apa yg kami rasa.

Actually its more to self confidence / esteem

Tapi serius is MANIS untuk diingati

Dalam kalendar kehidupan.

Hadiah dari Allah…

***************

Hanya mereka alami Bells Palsy sahaja mengetahui rasanya bagaimana kan. Kesukaran untuk melihat, mengunyah dan paling penting keyakinan diri terutamanya mereka yang bekerja.

Sangat-sangat sedih kan.

Lebih banyak testimonial tentang Bells Palsy boleh lihat di Bagaimana Vitamin Bantu Sembuhkan Bells Palsy.

Insyallah dengan pengambilan Vivix, Bcompleks, Omega Guard dan Vitamin E beserta fisioterapi boleh membantu.

Vitamin sembuh Bells Palsy

Vivix membantu baiki sel-sel saraf Bells Palsy

Kandungan utama anggur muscadine dan ada kandungan Ellegic Asid yang sangat membantu untuk antiradang.

Vivix juga bantu untuk memperbaiki sistem saraf yang kurang lancar akibat serangan Bells Palsy.

Bcompleks tingkatkan sistem saraf

Kandungan B1, B6 dan B12 penting untuk pembentukan myelin iaitu protein terbentuk di sekeliling sel saraf.

Omega Guard membantu kurangkan keradangan Bells Palsy.

Kandungan Omega 3 yang membantu untuk keradangan di sistem saraf yang menganggu fungsi saraf itu sendiri.

Vitamin E melancarkan peredaran darah

Iaitu vitamin antioksidan yang bantu melancarkan peredaran darah dan bantu penghantaran oksigen secukupnya di bahagian saraf yang kebas dan terkesan dengan Bells Palsy.

Mudahan dapat membantu mereka yang alami masalah ini. Ia bukan sahaja untuk keyakinan diri malah ia tidak langsung bagi kesan pada kesihatan keseluruhan badan.

Untuk lebih lanjut, boleh terus hubungi saya untuk konsultasi dan pesanan VIVIX, Bompleks, Vitamin E dan Omega Guard.

Cara Order Vitamin Shaklee, pengedar shaklee kota damansara dan petaling jaya

Azeni Ahmad

Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864

Page: azeniahmad.com

COD area: Sungai Petani, Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.

Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

Business Part Time Untuk Pelajar Tanpa Ganggu Study

Cara Putihkan Kulit Muka dengan Serum Paling Selamat dan Mudah
Status Halal Shaklee Diragui?

Related

Filed Under: Shaklee Tagged With: Apa itu Bells Palsy, Rawatan Alternatif Bells Palsy, Senaman Bell Palsy, Simptom Bells Palsy, Tanda Awal Bells Palsy, Teknik Urutan Bell Palsy, Testimonial Sembuh Bell Palsy, Vitamin Bells Palsy

Comments

  1. kauthar mohd says

    18 November 2016 at 12:07 am

    Alhamdulillah nikmat yang terhingga bila dapat kembali senyum. Dengan ikhtiar melaluI vivix, di beri kesembuhan oleh Allah
    kauthar mohd menulis…Hantaran Kahwin : Skincare Idaman RetisMy Profile

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer