Kolostrum digelar cecair emas kerana warnanye seakan kekuningan. Kolostrum adalah susu awal yang ada dalam 3 hari terawal sebelum susu sebenar keluar. Cecair emas ini mempunyai seribu satu khasiat kepada bayi yang baru lahir.
Gambar Sekadar Hiasan Sahaja..:)
Kolostrum ini penting dan perlu diberikan kepada bayi yang baru lahir. Bagi bakal ibu, terus minta bayi anda untuk disusukan selepas selamat proses bersalin dalam tempoh sejam pertama. Bagi pengalaman saya, syukur suami pun tahu kepentingan kolostrum dan dia yang beria bagitau kat nurse tengah bersihkan bayi kami untuk terus bagi bayi untuk disusukan. Tapi masa saya mengandung memang kami sudah persiapkan diri dengan hadiri kelas penyusuan untuk ibu berkerjaya. So Alhamdulillah semua rintangan atau masalah yang ada berjaya diatasi.
Berbalik kepada kolostrum iaitu dapat memberi perlindungan maksimum kepada bayi yang mana bersifat laksatif ia dapat mempercepatkan proses pembuangan mekonium, yang merupakan di antara faktor utama terjadinya jaundis (demam kuning). Kolostrum yang mengandungi banyak Faktor Pertumbuhan ini juga dapat mematangkan usus dan seterusnya dapat mengurangkan risiko alergi. Ia turut dapat mengurangkan kesan penyakit dan kandungan vitamin A yang tinggi mampu mencegah penyakit mata pada bayi.
Antara kandungan terpenting dalam kolestrum adalah sejenis protein iaitu Sekretori Immunoglobulin A (SIgA). SIgA berfungsi sebagai antibodi di dalam badan dan bertindak sebagai sistem pertahanan dalam badan untuk menghalang bendasing atau bakteria atau virus yang menyerang kita.
Antara langkah untuk memdapatkan kolostrum seoptimum yang mungkin ialah dengan melakukan sentuhan kulit bayi ke kulit ibu. Contohnya yang saya praktik kan dulu bayi yang tanpa dibalut apa-apa baju atau kain dan dipeluk di dada. Direct touch skin to skin… bayi akan merasa pelukan itu umpama berada di rahim ibu nya.
Selain itu, pastikan mulut bayi melekap di dalam kawasan aerola untuk memastikan bayi akan suck dengan betul untuk meransang pengeluaran susu. Jangan risau bagi ibu yang pertama kali untuk menyusu, practice make perfect. Boleh jufga minta bantuan daripada doctor atau nurse di hospital anda bersalin.
Pastikan bayi anda sentiasa berada berada disamping anda. Jangan biarkan bayi diasingkan daripada anda kerana anda perlu menyusu bayi apabila bayi menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu.
(sumber: Dr Nazatul Shiha Bachtiar, MBBS, MMedSci)
Leave a Reply