• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

Masalah Slipped Disk Berpunca Sakit Belakang?

27 January 2018 By azeni Leave a Comment

Sakit slipped disk bukan setakat sakit belakang biasa. Tetapi slipped disk kesannya lebih besar kerana ia melibatkan sistem saraf kita daripada leher hingga ke bawah punggung kita.

Jika ada tanda seperti kebas dan sakit bila bersandar ataupun berbaring hingga susah untuk bangun, lebih baik ke hospital untuk lakukan MRI (Magnetic Resonance Image).

Tanda tanda slipped disk dikenalpasti

MRI bertujuan untuk kita melihat lebih detail samada cakera invertebrate dalam posisi yang bagaimana. Mungkin cakera dalam posisi terkeluar daripada tulang belakang dan menekan saraf tunjang.

Slipped Disc juga dikenali sebagai PID (prolapsed interverterbral disc) . Slipped disc merupakan pengalihan nucleus pulposes dari lokasi normal yang duduk di pertengahan disk. Ini boleh menyebabkan anggota badan menjadi kebas/ lemah.

Gejala-gejala Slipped Dics/Dislocated Disk iaitu:

  • sakit belakang
  • Sciatica syndrome (rasa sakit, lemah dan kebas pada bahagian belakang anggota bawah)
  • Cauda equina syndrome ( kegagalan mengawal air besar atau air kencing)

Kawan saya iaitu Puan Nur Hidayah masih muda mengalami masalah slipped disk. Jom saya kongsikan pengalaman sebenar Puan Nur Hidayah Ahmad.

Pengalaman Pesakit Slipped Disk/Dislocated Disk

Aslkm semua..

Hari ni saya nak kongsikan pengalaman saya terkena dislocated disk/slipped disk..

Saya terkena dislocated disk selepas saya bangun tidur dan dalam masa yang sama saya menyusukan anak perempuan saya,Aira.

Selepas itu,bermulalah episod duka saya.

Ya Allah..nikmat sangat tengok orang lain boleh berjalan dengan elok..sedangakan saya nak melangkah pun sakit..

Pukul 11 malam ke rumah tukang urut sebab ingatkan ada urat yang tersepit..tapi still lagi sakit..Nak tidur memang tak boleh mengiring.. Hanya mampu terbaring sahaja.. Kalau batuk dan bersin memang sakit.

Tapi masa ni tak ke hospital lagi sebab rasa macam tak logik kena slipped disk sebab saya tak jatuh dan jugak still boleh berjalan lagi..kalau pergi shopping on je..buat-buat tak sakit depan husband..

Selang sehari,lepas keluar bilik air,langsung tak boleh berjalan..mak dan suami yang papahkan saya ke bilik..

Panggil sekali lagi tukang urut..lepas urut boleh berjalan semula..

Sampailah 3,4 hari macam tu..

Pergi mengurut lagi sebab rasa sakit dan tak selesa..sampai lebam tukang urut urut di sesetengah tempat.

Dan dalam masa yang sama sempat pergi ke kelas (masa ni student baru masuk).Naik tangga,nasib baik tingkat 1 semua ok..walaupun still terasa sakitnya….

Esoknya tu..dah tak boleh nak berjalan balik semula..

Husband terus ajak ke hospital.Kat hospital,jumpa doc pakar saraf iaitu Dato’ Doc Zakaria di KPJ Ipoh.Doc check dan terus suruh buat Magnetic Resonance Image (MRI) untuk memastikan apa sebenarnya sakit yang saya hadapi sepanjang seminggu ini.

Keputusan MRI menunjukkan tulang L5/S1 dan L4/ L5 saya dislocated/prolapsed.

L5 end plate degenerative change with L5/S1 disk prolapsed.

Saya admit hospital selama 4 hari 3 malam.Memandangkan saya masih menyusu Aira,memang saya asyik teringatkan dia dan dia pun ingtkan saya..mencari-cari saya di semua bilik..

Sebenarnya faktor terkena dislocated disk,kita tak tahu punca..nak kata jatuh,tak jatuh.Angkat berat pun taklah jugak..tapi kadang2 kita wanita ni mungkin tak perasan kita ada melakukan kerja berat.

Peringatan untuk wanita

**Kena berhati-hati menarik atau mengangkat barang yang berat kerana urat saraf wanita lebih lemah berbanding lelaki..

Pengalaman sebenar pesakit slipped disk

Pengalaman sebenar pesakit Slipped Disk iaitu Puan Nur Hidayah.

Terasa nikmat kan kalau badan sihat tiba-tiba boleh terjadi slipped disk. Cuma Puan Hidayah lebih awal bertindak dengan pengambilan suplemen selain ubat doktor.

Sebenarnya dalam rutin harian kita, banyak yang boleh menyebabkan tekanan pada tulang kita secara tidak langsung boleh menyebabkan Slipped Disk.

Faktor Penyebab Slipped Disk/Dislocated Disk:

1. Faktor usia

Ini kerana apabila usia semakin meningkat,disc tulang belakang akan mengalami kekurangan air dan ini membuatkan tulang menjadi kurang fleksibel.

2. Postur tidur yang salah

Contohnya dengan meletakkan bantal yang agak tinggi di bawah kepala, sambil meyusukan anak dan ber main handphone.

3. Postur duduk yang salah

4. Cara mengambil barang jatuh dengan posisi yang salah

5. Memandu atau berada di dalam kenderaan dalam tempoh yang agak lama.

Cara rawat slipped disk tanpa pembedahan

Cara dan postur badan yang betul untuk elak slipped disk.

Rawatan Slipped Disk

Ini adalah rawatan yang dilakukan oleh Puan Nur Hidayah semasa di hospital dan juga di rumah iaitu:

i. Pengambilan Ubat

  • Neurobion Tab
  • Arcoxia
  • Ultracet
  • Neurontin

Dan salah satu ubat yang diambil menyebabkan beliau gastrik sehingga menyebabkan nurse terpaksa letakkan drip ubat tahan muntah.

ii. Rehat dan relax

Beliau amalkan baring di atas tilam yang agak keras dan bukan jenis yang tenggelam dan tidak berada dalam satu-satu posisi dalam masa yang lama.

Boleh memakai body support ( sekarang masa kerja pun pakai)

iii. Minimumkan pergerakan naik tangga

iv. Rawatan fisioterapi

Iaitu dijalankan oleh pihak KPJ dengan meletakkan hot pad,ultrasound,urutan tangan di sekitar tempat terkena slipped disk.

Lepas ni, 5 kali lagi saya harus ke KPJ untuk sesi fisioterapi.

Penting untuk sentiasa lakukan rawatan fisioterapi di hospital seperti yang dijadualkan.

Rawatan fisioterapi membantu untuk:

  • Untuk mengurangkan sakit
  • Untuk menguatkan otot belakang dan abdominal
  • Untuk mengekalkan julat pergerakan badan
  • Untuk meningkatkan julat pergerakkan badan
  • Untuk membantu pesakit melakukan aktiviti seharian secara maksimum tanpa rasa sakit.

v. Senaman ringan

Lakukan senaman ringan dan tidak digalakkan bawak kereta ke tempat yang agak jauh.

vi. Suplemen Slipped Disk

Pengambilan suplemen untuk tulang iaitu beliau amalkan Vivix,Omega Guard dan Ostematrix.

Selain daripada pengambilan ubat hospital, suplemen sangat-sangat membantu untuk melegakan tekanan pada saraf belakang dan menguatkan tulang daripada lemah dan kebas.

cara-rawat-slipped-disk-tanpa-pembedahan

Supplemen untuk Masalah Slipped Disc:

Vivix

Iaitu cecair pekat merah yang tinggi dengan kandungan antioksida.

Vivix ini membantu untuk menjaga keanjalan struktur cakera tulang belakang dan mengurangkan risiko Slipped Disc.

Bersifat antioksida yang tinggi membantu untuk memperbaiki dan menguatkan sel sel yang lemah disebabkan kebas dan membantu pengaliran darah dan oksigen ke bahagian slipped disk ataupun dislocated disk.

Omega Guard

Iaitu mengandungi Omega 3 yang sangat bagus untuk kurangkan sel kita yang bengkak ataupun inflamasi akibat sakit sendi.

Dan Omega Guard juga bertindak sebagai pelincir pada bahagian sendi kita.

Ostematrix

Iaitu mengandungi kalsium, magnesium dan juga Vitamin D untuk penyerapan ke dalam sendi dan tulang kita.

Dalam Ostematrix ada banyak mineral yang di tabletkan sekali untuk penyerapan dan juga keperluan tulang kita.

Slipped disk disebabkan oleh sakit belakang cara rawat slipped disk tanpa pembedahan

Pengambilan suplemen dan juga rawatan fisioterapi yang KONSISTEN boleh mengelakkan keadaan lebih teruk. Paling penting boleh mengelakkan pembedahan seandainya keadaan cakera terhimpit teruk.

Sememangnya kita nak mengelakkan untuk melakukan pembedahan kan.

Boleh juga baca disini berkaitan:

5 Punca Masalah Sakit Lutut

Cara Elakkan Tulang Rapuh 

Cara Rawat Tulang Patah Tanpa Pembedahan

Untuk lebih detail tentang slipped disk ataupun untuk pesanan supplemen boleh terus hubungi saya. Saya akan konsult anda mengikut keadaan anda.

Cara Order Vitamin Shaklee, pengedar shaklee kota damansara dan petaling jaya

Azeni Ahmad

Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864

Page: azeniahmad dot com

COD area: Sungai Petani, Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.

Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

Buat Duit Dengan Menulis Boleh Jana Income 4 Angka

Peluang Buat Income Tambahan untuk Engineer
Pengedar Shaklee Bukit Mertajam, Bagan Serai, Parit Buntar

Filed Under: Shaklee Tagged With: dislocate disk, Fisioterapi Slipped Disk, Rawatan Slipped Disk, slipped disk

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: naturavitamina@gmail.com

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Kembali Mencoret
  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2026 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Digital