• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Merawat Psoriasis untuk Kesan Jangka Masa Panjang

17 August 2016 By azeni 6 Comments

Masalah psoriasis kelihatannya biasa seolah masalah kulit kering kan. Tetapi ia boleh memberi kesan yang teruk kepada pesakit untuk tempoh masa yang panjang.

Psoriasis berlaku di mana sel sel kulit menjadi cepat matang pada permukaan kulit. Ini menyebabkan kulit menjadi cepat kering, kemerahan dan gatal sehingga kan mengelupas pedih.

Psoriasis adalah penyakit yang tidak berjangkit dengan orang lain tetapi punca utama secara spesifik tidak dapat dikenalpasti. Ia seakan seperti ekzema tetapi lebih teruk.

cara rawat psoriasis

Dan psoriasis juga seakan ekzema tetapi lebih tebal keadaan kulit yang keringnya.

Punca dan faktor terjadinya Psoriasis adalah:

i. Berkait dengan masalah alergik iaitu jadi gatal-gatal tetapi tidak berair.

ii. Masalah pada sistem imun badan kita.

Ataupun lebih terperincinya masalah kepada sel utama iaitu sel darah putih yang dipanggil limfosit T ataupun T sel.

Ia mungkin bermula daripada keadaan tidak teruk hingga menyebabkan semakin teruk jika masalah sistem imun teruk.

iii. Faktor persekitaran yang tidak sihat.

Terlalu terdedah dengan asap rokok ataupun minuman alkohol menyebabkan keadaan kulit bertambah teruk.

iv. Pengambilan ubat untuk penyakit seperti ubat tekanan darah tinggi ataupun ubatan yang mengandungi litium, nonsteroidal anti-inflammatory drugs ataupun antimalarial drugs.

Psoriasis terjadi dalam beberapa bentuk di seluruh badan. Paling ketara, kita akan sedar apabila lapisan kulit jadi terlalu kering sampaikan berkuping dan jadi satu lapisan putih di atas kulit.

Jenis jenis psorisis

Jenis-jenis Psoriasis (Sumber)

Jenis-jenis Psoriasis:

1. Plaque Psoriasis

Paling kerap berlaku iaitu kulit menjadi kering, luka-luka kulit merah (plak) dan berkuping putih.

2. Nail Psoriasis

Memang boleh bagi kesan pada kuku tangan dan kuku kaki. Dimana pertumbuhan jadi terbantut dan berubah warna.

3. Inverse Psoriasis

Lebih kepada kulit merah bertompok-tompok seakan jadi keradangan kulit. Biasnya terjadi disebabkan geseran kulit bagi mereka yang obesiti dan kerap berpeluh.

4. Guttate Psoriasis

Ini biasanya terjadi pada kanak-kanak hingga yang berusia bawah umur 30an. Ia terjadi seperti tompok-tompok kecil sahaja (seperti kudis) di kulit badan, lengan, kaki dan kulit kepala.

5. Scalp Psoriasis

Terjadi pada kulit kepala sepertinya kelemumur yang selapisan putih. Bila dikuping jadi lebih teruk dan hingga berdarah.

6. Erythrodermic Psoriasis

Paling jarang ditemui iaitu keadaan kulit yang teruk hingga sebahagian badan menjadi kemerahan dan berkuping.

7. Pustular Psoriasis

Ini yang paling cepat merebak disebabkan oleh terjadi seperti lepuh yang berisi nanah. Biasanya terjadi di kawasan kulit yang luas ataupun di antara jari jari.

Mungkin ada yang masih di peringkat permulaan seperti jenis Guttate Psoriasis (dalam keadaan tompok-tompok kecil sahaja). Tetapi jika tidak di rawat dengan segera, ia akan bagi risiko kepada penyakit lain.

Jenis jenis psoriasis

Jenis-jenis Psoriasis (Sumber)

Risiko Psoriasis yang boleh membawa penyakit lain adalah:

* Arthritis Psoriasik

Untuk Psoriasis memang akan memberi kesan pada saraf sendi-sendi badan yang mana ia akan melemahkan.

* Kencing Manis ataupun Diabetes Tahap 2

Untuk mereka yang alami psoriasis yang kritikal leih cenderung untuk mendapat masalah diabetes.

* Tekanan Darah Tinggi

Mudah mengalami tekanan darah tinggi.

* Kemurungan

Ini berkaitam dengan keyakinan diri bila berhadapan dengan orang ramai hingga menyebabkan murung dan tertekan.

* Mudah dapat penyakit kardiovaskular

Bagi mereka yang ada maslaah psoriasis memang mempunyai risiko untuk mendapat masalah jantung.

Ini kerana keradangan pada kulit mempengaruhi peredaran darah yang bagi kesan pada dengupan jantung.

Juga menyebabkan masalah kolestrol disebabkan arteri menjadi keras.

* Masalah Penglihatan

Akan mengalami masalah seperti conjunctivitis, blepharitis dan uveitis.

Untuk membantu merawat masalah psoriasis ini, memerlukan kesabaran dan kesannya memang mengambil masa.

Kerana vitamin ataupun suplemen yang dicadangkan lebih kepada untuk mengurangkan simptom-simpton lebih teruk dan lama kelamaan boleh dihilangkan.

Vitamin rawat psoriasis

Vitamin untuk merawat Psoriasis adalah:

Vivix

Iaitu antioksida yang sangat tinggi untuk membantu masalah sistem imun badan. Juga membantu secara keseluruhan sistem badan termasuk proses detoks badan iaitu menyahkan toksin-toksin yang berbahaya dalam badan akibat infeksi.

GLA Compleks

Penting untuk membantu masalah psoriasis iaitu untuk melembapkan tisu-tisu kulit yang kekeringan dan gatal.

Kandungan asid lemak Omega 6 memang membantu untuk keradangan dan kemerahan kulit.

Bcompleks

Pesakit Psoriasis memerlukan B1, B5, B6 dan B12 untuk bantu memperbaiki tisu kulit yang rosak, melegakan tekanan dalaman dan mengurangkan lebihan air di dalam badan bagi mengelak jangkitan.

Ostematrix

Penting kerana mengandungi Vitamin D iaitu hormon untuk memastikan tisu kulit kekal sihat.

Bagi yang hadapi arthritis psoriasik, memang akan menyerang saraf sendi-sendi badan hingga melemahkan pengerakan.

Dan boleh ambil Lecithin dan Omega Guard untuk melancarkan pengerakan sendi.

Cara rawat psoriasis untuk saraf sendi

Mungkin ramai tidak menyedari yang masalah kulit yang terlalu teruk sampaikan berkuping-kuping adalah PSORIASIS. Dan ia akan merebak semakin teruk jika tidak dirawat dengan segera.

Cara merawat psoriasis yang teruk

Testimonial Psoriasis yang teruk

Jangan jadikan Psoriasis sebagai masalah untuk sepanjang hayat kerana ia boleh dikurangkan dan dirawat dengan suplemen yang sesuai cuma memerlukan kesabaran tinggi.

Sumber 1

Boleh hubungi saya untuk lebih lanjut dan juga untuk pembelian suplement.

Cara Order Vitamin Shaklee, pengedar shaklee kota damansara dan petaling jaya

Azeni Ahmad

Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864

Page: azeniahmad.com

COD area: Sungai Petani, Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.

Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

Cara Buat Business Tanpa Modal Tapi Untung Banyak

Cara Rawat HFMD Untuk Elak Berjangkit Kepada Orang Lain
Pengedar Shaklee di Kota Damansara dan Damansara

Related

Filed Under: Shaklee Tagged With: cara rawat psoriasis, ekzema teruk, jenis psoriasis, kulit kering, Psoriasis, vitamin psoriasis

Comments

  1. Pha Is says

    28 August 2016 at 1:16 am

    nice share.

    Reply
    • azeni says

      7 September 2016 at 9:05 am

      Semoga dapat membantu yang memerlukan info..

      Reply
  2. Shiqin Sunshine says

    15 October 2016 at 9:18 am

    Kawan sy penah kena…kesian dia dah mnggal :'(
    Shiqin Sunshine menulis…Tukar kad bank baru dengan Paywave tidak selamat?My Profile

    Reply
    • azeni says

      18 October 2016 at 10:39 am

      Alahai..
      Memang boleh bawa maut pun kaau semakin teruk dan tak dikurangkan simptom-simptomnya.

      Reply
  3. INTAN FARHANA SHARIFUDIN says

    27 October 2017 at 3:57 pm

    thanks for sharing

    Reply
    • azeni says

      5 December 2017 at 12:42 am

      Semoga membantu info ini..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer