• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Normal ke Sakit Rengat Lepas Bersalin?

23 September 2016 By azeni 3 Comments

Sakit rengat ini bukan nya semua orang alami nya. Dan saya ingat lagi kawan saya yang bersalin kali kedua baru alami nya.

Memang dikatakan memang sakit sangat berbanding sakit masa nak bersalin. Boleh bayangkan tak..

Huhu..

Saya terbaca perkongsian sakit rengat ini di facebook oleh Dr Afiq Rahim (http://drafiqrahim.com). Jom boleh baca untuk info bersama.

Apa itu sakit rengat lepas bersalin?

*****

Sakit Rengat atau bahasa Mat Don ‘AFTER BIRTH PAIN” adalah sakit menyerupai senggugut selepas bersalin. Ada pihak mengatakan sakit ini lebih kuat daripada sakit kontraksi semasa hendak bersalin.

Ini adalah antara proses pengecutan rahim kepada saiz dan posisi asalnya.

Kesakitannya akan diamplifikasikan berlipat kali ganda apabila penyusuan ibu dilakukan sehingga ada ibu yang tewas melawan sakit ini.

Mengapa pula?

Penyusuan ibu merangsang penghasilan hormon oxytocin, hormon yang diperlukan si ibu untuk mengecutkan rahimnya segera.

Rahim yang lambat mengecut boleh menyebabkan berlaku TUMPAH DARAH seperti yang berlaku kepada pesakit saya semasa banjir 2014.

Biasanya sakit ini hanya berlaku pada anak kedua dan ke atas dan jarang berlaku kepada ibu yang baru pertama kali menimang cahaya mata.

Durasi kesakitan pula sekitar 2-10 hari bergantung kepada keadaan.

Akan tetapi kebanyakkan ibu yang pernah melalui mengatakan durasinya bergantung kepada bilangan anak. Semakin banyak anak, semakin lama sakitnya.

Bagaimana menghilangkan sakit rengat?

1. Kurangkan tekanan

Ada kajian di PubMed yang menunjukkan assosiasi stress dan depresi kepada ibu yang kesakitannya gagal diuruskan dengan baik selepas bersalin.

Jadi penting menguruskan kesakitan ibu selepas bersalin dengan baik! Teknik pernafasan atau hipnosis juga dapat membantu mengawal kesakitan.

2. Kerap Buang Air Kencing

Antara tips lain adalah sentiasa membuang air kecil untuk mengosongkan pundi kencing. Pundi kencing yang penuh antara punca menaikkan tahap sakit rengat selepas bersalin.

3. Bertungku cara tradisional

Petua tradisional juga boleh diamalkan seperti meletak tuku / batu panas ke atas rahim / losyen panas untuk mengurangkan sakit dan mempercepatkan proses pengecutan mengikut kadar yang disarankan sahaja dan tidak berlebihan.

Bagi yang bersalin secara pembedahan, perlulah mendapat nasihat doktor terlebih dahulu. Dibimbangi rawatan yang tanpa kajian boleh mengganggu penyembuhan luka dalaman.

Paling penting si ibu dan pasangannya perlu bersabar dan menguatkan semangat untuk melalui ujian ini.

*****

Bagi mereka yang masih mencari-cari set pantang bersalin, boleh gunakan Set Pantang Bersalin Shaklee. Bukan setakat untuk bantu pulihkan tenaga dan luka-luka ibu yang lepas bersalin, malah sangat membantu untuk pengeluaran susu badan ibu.

Set Pantang Bersalin ini boleh diamalkan oleh ibu yang bersalin normal ataupun secara caeseran.

Set Ibu Pantang Bersalin Mempercepatkan Luka Kering:

i. Vivix

Adalah antioksida yang sangat-sangat tinggi untuk membantu mempercepatkan luka dalaman dan luaran kering. Bayangkan semasa 9 bulan kita mengandung di tambah dengan meneran semasa bersalin, memang banyak sel sel rosak kan.

So peranan Vivix memperbaiki dan memperbaharui sel sel lama yang telah rosak. Vivix tidak menganggu proses pengeluaran susu malah membantu badan untuk lebih bertenaga untuk menyokong proses menyusu.

Cara cepatkan keringkan luka bersalin

ii. ESP

Iaitu Protein berasaskan soya berperisa vanilla. Membantu untuk memberikan tenaga pada ibu dan pada masa yang sama memekatkan susu badan. Tetapi perlu diingat ye. Penyusuan susu badan memerlukan kekerapan ibu meransang payudara untuk bantu susu lebih banyak.

iii. Vitalea

Iaitu multivitamin yang mengandung zat besi di mana ibu yang baru bersalin kehilangan banyak darah kan. Memang perlukan zat besi untuk pastikan sel darah merah di tampung semula. Kalau tidak, ibu cepat pening dan pitam kan.

Perasan tak ibu lepas bersalin kan kelihatan pucat disebabkan kekurangan darah merah.

iv. Vitamin C

Diambil bersama dengan zat besi untuk pastikan penyerapan dalam darah. Vitamin C juga penting untuk pembentukkan sel darah merah kita juga ya selain membantu mempercepatkan luka bersalin kering.

v. Bcompleks

Sangat penting untuk ibu lepas bersalin terutamanya yang ada sakit rengat. Seperti info di atas, antara penyebab sakit rengat adalah tekanan (stress) kan. Vitamin B dalam Bcompleks bantu stabilkan hormone dan melegakan saraf-saraf yang tegang semasa proses bersalin.

vi. Ostematrix

Kandungannya adalah kalsium, magnesium dan Vitamin D yang diperlukan oelh ibu lepas bersalin untuk bantu melawaskan penghadaman. Kiranya nak elak sembelit ataupun buasir semasa dalam pantang.

vii. Alfalfa

Dikenali sebagai jamu moden. Mengandungi herba daripada pokok Alfalfa. Sangat bagus dan penting untuk kecutkan rahim semula. Juga bertindak sebagai peransang pengeluaran susu badan ibu.

Bagi mereka yang kurang gemarkan jamu tradisional, boleh ambil set vitamin pantang ini sebagai alternative untuk bantu kuatkan semula dalaman wanita. Pada masa yang sama juga bantu untuk penyusuan susu ibu.

viii. Zink

Mineral yang diperlukan untuk cepatkan luka dalaman dan luaran kering.

Set pantang bersalin cepatkan luka kering

Dan Set Vitamin Pantang Bersalin ini boleh diambil seawal hari pertama selepas bersalin secara normal mahupun secara operation.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai penyusuan susu ibu ataupun inginkan set vitamin pantang bersalin, boleh hubungi saya ya.

Cara Order Vitamin Shaklee, pengedar shaklee kota damansara dan petaling jaya

Azeni Ahmad

Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864

Page: azeniahmad.com

COD area: Sungai Petani, Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.

Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

Cara Buat Business Tanpa Modal Tapi Untung Banyak

COD Shaklee di Kota Damansara,Sungai Buloh dan Petaling Jaya
Kerja Part Time Untuk Pelajar Tanpa Ganggu Pelajaran

Related

Filed Under: Santai, Shaklee Tagged With: apa itu sakit rengat, cara hilangkan sakit rengat, set pantang bersalin, set pantang bersalin secara pembedahan, vitamin pantang bersalin caeseran

Comments

  1. sabree hussin says

    29 September 2016 at 2:58 pm

    Pertama kali dengar pasal sakit rengat ni. Tapi amalan bertungku ni memang selalu nampak kakak-kakak buat bila lepas bersalin
    sabree hussin menulis…MYCYBERSALE 26 – 30 Sept 2016: Peluang untuk Shopping Online dengan harga DISKAUN sehingga 95%My Profile

    Reply
    • azeni says

      10 October 2016 at 9:16 pm

      Aaha tak ramai yang tahu pun tentang sakit rengat.
      Paling kurang pun ambil painkiller untuk tahan sakit..

      Reply
  2. titan says

    8 December 2016 at 3:21 pm

    normal la jugak rasanya.

    tapi memang bini sakit la sana sini sikit.

    biasalah tu.
    titan menulis…Cat in DARK.My Profile

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer