• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

Pantang Larang Pesakit Hepatitis

24 December 2017 By azeni 2 Comments

Hepatis di Malaysia sebenarnya jarang diwar-warkan secara terbuka. Membuka kebanyakan orang tidak mengetahui tentang hepatitis.

Saya penah terangkan tentang hepatitis disini iaitu Cara Elak Berjangkit Hepatitis.pantang larang hepatitisHepatitis adalah keradangan yang terjadi pada organ hati dan biasanya disebabkan oleh jangkitan viral.

Organ hati ini sebenarnya berfungsi untuk menapis semua bendasing ataupun yang tidak diperlukan seperti sel mati, lemak, toksin ataupun hormone yang tidak diperlukan. Bila tidak dapat menapis sepenuhnya, menyebabkan toksin tidak dapat dibuang.

Tanda-tanda Hepatitis

Paling ketara mereka yang hadapi hepatitis ini akan alami:

  • demam
  • mata putih bertukar kekuningan ataupun kulit seakan jaundice
  • hilang selera makan
  • muntah-muntah
  • sendi sakit-sakit
  • sakit otot
  • kerap rasa mengantuk
  • Air kencing gelap
  • Najis terlalu cerah
  • Perut tak selesa

Pantang larang hepatitis

Hepatitis dibahagi kepada:

Hepatitis A Virus (HAV)

Juga dikenali sebagai hepatits berjangkit yang menyebabkan kerosakan teruk pada organ hati.

HAV boleh masuk dalam badan kita tanpa sebarang tanda ataupun simptom. Ia boleh berjangkit melalui orang, kotoran daripada pencemaran makanan ataupun air dan juga melalui shellfish mentah daripada air tercemar.

Hepatitis B Virus (HBV)

Juga dikenali sebagai hepatitis serum yang tersebar berjangkit melalui jangkitan darah seperti:

i. Semasa melahirkan

ii. Melalui pemindahan darah ataupun jarum yang tercemar.

Jangkitan Hepatitis B mungkin boleh dalam 2 keadaan iaitu:

  • Jangkitan dalam masa pendek (acute).
  • Jangkitan dalam masa lama (kronik)

Jangkitan masa pendek ini di mana sistem pertahanan badan mampu untuk bertahan dan mem’buang’ semua jangkitan dalam badan kurang 6 bulan. Jika lebih dari 6 bulan akan menyebabkan keadaan kronik yang mana sistem pertahanan badan tidak mampu halang jangkitan.

Keadaan kronik ini boleh sepanjang hidup dan lebih teruk menyebabkan kegagalan hati atau cirrhosis ataupun kanser hati.

apa beza hepatitis B dan C

Perbezaan organ hati sihat dengan jangkitan

Hepatitis C Virus (HCV)

Untuk HCV memang simptomnya terlalu perlahan hingga pesakit tidak tahu ada masalah pada organ hati. Dan HCV paling serius sekali dan boleh menyebabkan kematian. Di Amerika, HAV dianggap lebih bahaya daripada HIV.

Cuma bagi mereka yang memang ada Hepatitis B aktif boleh maklumkan pada saudara mara ataupun kenalan terdekat yang kerap berjumpa untuk ambil langkah pencegahan. Biasa doktor akan advise.

Pantang Larang Pesakit Hepatitis

Sebenarnya pantang larang untuk hepatitis ini lebih pada makanan dan juga cara hidup. Tiada yang spesifik cuma kena amalkan makanan sihat, elak alkohol dan elak badan obesiti.

Tips makanan untuk pesakit Hepatitis:

1.Ambil makanan yang sihat dan seimbang

Ikut seperti piramid makanan 3 kali sehari di tambah dengan snack setiap 3-4 jam untuk membekalkan tenaga berpanjangan.

Boleh ambil bijirin whole grain ataupun yang masih ada lapisan membran untuk dapatkan serat.

Ambil buahan dan sayuran lebih banyak untuk dijadikan snack.

2.Pastikan protein secukupnya

Protein yang cukup penting untuk makanan sel kita. Sebab hati perlu kan protein untuk pastikan lebih sihat.

Boleh ambil protein iaitu ESP (Energy Soy Protein) untuk melengkapkan keperluan protein seharian.

3.Kurangkan makanan berlemak, manis dan garam

Berlebihan ambil untuk makanan berlemak, terlalu manis ataupun tergaram menyumbangkan pada kegemukan.

4.Ambil air ataupun cecair secukupnya untuk badan.

Ini wajib ambil air kosong ataupun jus buahan untuk bantu bendalir dalam badan cukup.

Sebab biasanya pesakit Hepatitis akan muntah-muntah menyebabkan bendalir dalam badan kurang dan jadi lemah. Sebab itu disarankan ambil secukupnya air.

5.Jaga berat badan

Berat badan berlebihan menyebabkan lemak bersalut pada organ hati. Dan ia boleh menganggu proses rawatan untuk hepatitis jadi kurang berkesan.

Malah kegemukan akan mengundang penyakit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi dan lebih kritikal menyebabkan masalah buah pinggang.

Untuk Hepatitis C yang special cases iaitu ambil suntikan interferon, ataupun ada cirrhosis (dalam progress untuk sihat) ataupun pesakit hepatitis yang juga terpaksa bergantung pada ubat-ubat seperti kencing manis, darah tinggi, kolestrol dan buah pinggang akan alami selera makan menurun.

Kena dapatkan advice daripada doktor yang merawat.

Selain itu, suplemen dan tumbuhan herba sangat membantu untuk hepatitis. Antara tujuannya untuk bekalkan tenaga secukupnya dan pada masa yang sama membantu membaiki sel organ hati.

ubat hepatitis

Suplemen Bantu Pesakit Hepatitis

i.Vivix

Dalam bentuk cecair dan mengandungi resveratrol dan polifenol untuk membantu memperbaiki sel sel organ hati yang rosak dan pada masa yang sama bantu untuk mempertingkatkan tenaga dalam sel kita.

Vivix juga membantu untuk ‘cuci’ ataupun detox keseluruhan badan kita. Kandungan vivix daripada buah-buahan (anggur muscadine, elderberry, carrot purple) membantu keradangan sel.

ii.Nutriferon

Ramuan utama mengandungi biji buah labu yang sangat bagus meransang badan untuk pengeluaran interferon dalam badan.

Pada masa yang masa bantu untuk kuatkan sistem pertahanan badan kita. Ramuan honeysuckle bantu halang pencerobohan virus dan kuman dalam badan.

iii.DTX Complex

Mengandungi tumbuhan herba untuk organ hati iaitu Milk Thistle Dandelion, Artichoke dan Reishi Mushroom.(Boleh terperinci tentang Milk Thistle di 5 Herba Untu Cuci Badan)

Membantu untuk bina sel hati dan meransang pengaliran hempedu.

Silymarin dalam Milk Thistle Seed bagus untuk lindungi hati daripada bahan kimia, drug based (ubat-ubatan).

Testimonial Hepatitis

testimonial pesakit hepatitis

Hepatitis boleh jadi lebih teruk ataupun berpanjangan jika tidak dipantau. Bagi yang kes lebih teruk boleh bagi kesan jangkita pada orang lain.

Saya cadangkan bagi mereka yang masih peringkat awal dikenalpasti sebagai hepatitis boleh ambil suplemen secara konsisten dan juga ubat ubatan doktor yang disarankan.

Sumber

Cara Order Vitamin Shaklee, pengedar shaklee kota damansara dan petaling jaya

Azeni Ahmad

Call/SMS/Whatapps ; 012-5771864

Page: azeniahmad dot com

COD area: Sungai Petani, Kota Damansara, Damansara Perdana, Mutiara Damansara, Subang Bistari, Subang Perdana, Petaling Jaya Selangor.

Penghantaran ke seluruh Malaysia dilakukan melalui POS MALAYSIA.

Buat Duit Dengan Menulis Boleh Jana Income 4 Angka

Mengapa Susu Badan Kurang?
Penjagaan Mandian Kulit Bayi Elak Ekzema dan Alergik

Filed Under: Shaklee Tagged With: Hepatitis A, Hepatitis B, hepatitis C, Pantang larang Hepatitis

Comments

  1. Ainun Kalisah says

    24 December 2017 at 11:33 pm

    Worth sharing.

    Reply
    • azeni says

      25 December 2017 at 7:31 am

      Terima kasih sudi membaca.
      Semoga bermanfaat..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Genesis Framework
Rekabentuk oleh Denaihati Network