• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

Penjagaan Kereta: Apa Yang Wanita Perlu Tahu

27 November 2015 By azeni 3 Comments

Kereta dan wanita.

Satu kombinasi yang kurang sesuai rasanya kan. Selalunya wanita dikecam kerana bawa kereta perlahan ataupun kelihatan takut-takut nak belok masuk ke simpang jalan kan.

Hehe.

Tetapi bukannya semua kan.

Ada juga wanita yang cekap membawa kereta persis lelaki yang bawa kan. Itu semua berdasarkan kecekapan dan kekerapan ‘memegang stereng’ orang cakap kan.

Penjagaan kereta apa yang wanita perlu tahu

Wanita dan Penjagaan Kereta?

Paling ketara bila sebut wanita dan kereta adalah hanya tahu bawa kereta sahaja kan. Ataupun isi minyak kereta bila meter dah tunjuk hampir ke ‘E’.

Saya juga sebagai wanita tetapi sekurang-kurangnya perlu ambil tahu tentang asas penjagaan kereta kan. Bukan apa, untuk elak kereta mati di tengah jalan ataupun paling utama untuk elakkan kemalangan jalan raya.

Jom saya kongsikan perkara asas tentang penjagaan kereta yang wanita perlu tahu.

1. Minyak kereta cukup ataupun tidak.

Jangan sampai huruf E menyala ya baru nak isi minyak. Kita tidak tahu dalam perjalanan yang sepatutnya ambil masa 10 minit boleh sampai tetapi tiba-tiba boleh jadi sampai ½ jam. Mungkin ada kemalangan ke, jalan ditutup ke terpaksa U-turn kan.

Macam-macam boleh berlaku.

2. Boleh periksa suhu (temperature) kereta.

Permulaan semasa panaskan kereta, andai penunjuk meter untuk suhu pada takat separuh daripada meter, itu adalah normal.

Tapi kalau memang terus naik penunjuk meter suhu, terus periksa air di bahagian bonet enjin kereta.

Boleh isi dengan air mineral. Biasanya dalam kereta perlu standby kan 1-2 botol air kosong. Untuk emergency.

Mungkin ada kebocoran akalu terlalu kerap suhu naik. Boleh terus hantar ke bengkel.

Cara masukkan tekanan angin tayar

Cara untuk masukkan tekanan angin dalam tayar

3. Tayar angin kereta

Antara yang susah untuk wanita buat. Hehe.

Sekurang-kurangnya dalam masa 2 minggu boleh pam kan tekanan angin tayar. Kalau rajin boleh la setiap minggu pamkan tayar.

Keseimbangan angin dalam kereta penting tau. Tayar yang kurang tekanan angin boleh menyebabkan bunga pada tayar cepat ‘haus’.

Biasanya di setiap stesen minyak ada tempat untuk isi tekanan angin dan ada arahan cara penggunaannya.

Untuk kereta biasa 210 kPa ataupun 31-33 psi.

4. Periksa minyak hitam

Yang ini mudah sahaja. Hanya buat seminggu sekali sahaja. Tetapi bila nak periksa minyak hitam, dalam keadaan enjin kereta yang telah dimatikan selama 8 jam lebih.

Keluarkan dip stick, lapkan dengan kain ataupun tisu. Kemudian masukkan kembali.

Keluarkan semula untuk tengok bacaannya.

Paras minyak perlu pada takuk separuh sukatan pada dip stick. Kalau kurang boleh tambah minyak hitam.

Jangan sampai minyak hitam kering tau. Sebab bila minyak hitam kering dan anda tengah drive masa itu terus enjin kereta akan mati. Kemudian kena overhaul la enjin tue.

Menangis la nak keluarkan duit untuk bayar.

Mahal tau.

cara periksa minyak hitam kereta

Cara periksa minyak hitam kereta

4 perkara asas ini yang paling penting pun untuk wanita ambil tahu. Selebihnya seperti air filter ke oil filter ke alternator ke semua tue boleh hantar ke bengkel untuk pomen periksa kan.

Pastikan label sticker ditampal pada tempat yang kerap dilihat dalam kereta. Kebiasannya tampal di cermin atas bahagian dalam kereta di bahagian pemandu kan.

So ikut sahaja kilometer (mileage) yang perlu diservis.

Walaupun ada suami, ambil tahu juga asas penjagaan kereta. Kalau jadi di tengah jalan, taklah panik sangat kan.

Ada kes tau disebabkan panik sampai boleh menyebabkan kemalangan.

Untuk wanita, selamat bereksplorasi kereta. Kalau tak tahu bahagian mana minyak hitam ataupun cara nak pam tekanan angin, boleh tengok di youtube. Hehehe.

Untuk suami, rajin-rajinkan lah ajar isteri tentang kereta. Jangan manjakan sangat. Keke.

Bengkel Nutrisi Kesihatan Shaklee
Cara Redeem Point Kad Kredit Untuk Dapatkan Perkakasan Rumah

Related

Filed Under: Santai Tagged With: apa yang wanita perlu tahu tentang kereta, cara tukar minyak hitam kereta, penjagaan kereta

Comments

  1. Ikhwan says

    30 November 2015 at 12:14 am

    kalau kurang pasti, boleh tanya encik suami atau abang 🙂
    Ikhwan menulis…4 Tips Beli Rumah PertamaMy Profile

    Reply
    • azeni says

      5 April 2016 at 4:42 pm

      Ambil tahu jika emergency senang nak handle kan..

      Reply
  2. Raayeop says

    1 April 2016 at 7:50 pm

    Bagus artikel pasal pemjagaan kereta ini. Kalau nak cari tayar lain kali, cuba website http://mytayar.com

    Ada >70 kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: [email protected]

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Pengalaman Melancong ke Bangkok Secara Percuma
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2023 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Web Designer