• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

Penyusuan Ibu: Hubungan Emosi Terbentuk

25 June 2013 By Azeni Ahmad Leave a Comment

Tahukah anda bila kita menyusukan anak segala rasa tekanan, kemarahan, ketegangan akan hilang secara automatik.
Sebenarnya penyusuan ibu dapat mengeratkan jalinan hubungan emosi dan psikologi antara ibu dan anak. Penghisapan pada puting payudara terbukti memberi kesan iaitu mengurangkan denyutan jantung, metabolisma dan kesakitan ketika menyusu.
Penyusuan Ibu

 
Terdapat beberapa faktor yang memberikan kesan ketenangan dan analgesik:
  1. Menghisap puting ibu merangsang sentuhan orofarinks dan 
    mekanoreseptor bayi dan menumpukan perhatian pada mulut, 
    dengan demikian mengurangkan pengaruh luar.
  2. Penghisapan dan penyerapan lemak daripada susu dalam usus 
    merangsang pengeluaran hormon kolesistokinin yang mengaktifkan saraf 
    yang mencetuskan rasa relaks dan melegakan kesakitan.
  3. Kemanisan rasa susu merangsang pengeluaran opioid dalam bahagian 
    tengah otak bayi, yang bertindak ke atas saraf penerima yang 
    mengurangkan persepsi kesakitan.
  4. Penyusuan ibu membabitkan sentuhan keibuan kulit-ke-kulit yang 
    menstabilkan tahap glukosa darah, suhu badan dan kadar pernafasan, 
    dan juga mengurangkan pengeluaran hormon tekanan dan menurunkan 
    tekanan darah.
  5. Penyusuan ibu membabitkan interaksi sosial yang intim antara ibu dan 
    anak (jalinan hubungan), yang mungkin menambah pengeluaran hormon 
    anti tekanan oksitosin.
Oksitosin

Terdapat kajian yang dilakukan mendapati wanita yang baru bersalin bersentuhan kulit dengan bayinya menyebabkan oksitosin dalam darah meningkat. Oksitosin akan lebih meningkat apabila uri dikeluarkan dan diteruskan dengan keadaan selepas satu atau dua kali tempoh penyusuan.
Peningkatan oksitosin ini akan membantu untuk mengecutkan otot uterus untuk mengelakkan pendarahan berlaku selepas bersalin.
Proklatin
Apabila bayi melekap mulut pada puting akan menyebabkan dua hormon penting iaitu prolaktin (hormon keibuan) dan hormon oksitosin (hormon kasih sayang) terhasil. Prolaktin adalah untuk ibu rasa santai dan lebih menyanyangi bayi. Oksitosin untuk membantu mengeluarkan susu dan mencetuskan perasaan gembira pada ibu.
Dengan penyusuan, terdapat satu hubungan yang sangat istimewa yang tidak boleh diungkai dengan perkataan. Wujudnya satu bonding yang amat kuat walaupun anak kita sudah bercerai susu. Walaupun dia menangis ke melalak ke sampai tak boleh dipujuk langsung so penyelesaiannye dengan menyusu. Seronok kan..:)
Sumber: mypositiveparenting.com
ESP: Multipurpose Untuk Semua Orang
Pemakanan Seimbang Semasa Penyusuan

Filed Under: Penyusuan

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: naturavitamina@gmail.com

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Kembali Mencoret
  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2025 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Digital