• Disclaimer

azeniahmad.com

Indahnya Hidup Dengan Memberi

  • Home
  • Kenali Saya
  • Hubungi Saya
  • Disclaimer
  • Arkib

Perkara-Perkara Yang Dilarang Semasa Mengandung

29 October 2013 By Azeni Ahmad 4 Comments

Kebiasaanya orang Melayu kita sangat kaya dengan pantang larang serta tradisi samada nak kahwin la, nak mengandung la, nak bersalin la, ataupun dalam pantang…

Sebenarnya selagi ia tidak bertentang dengan agama serta tidak menyusahkan mana-mana pihak boleh je dituruti. Antaranya perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan semasa mengandung. Takut nanti bagi kesan pada bayi dalam kandungan ataupun boleh mendatangkan bahaya pada janin ataupun ibunya.
Perkara-Perkara Yang Dilarang Semasa Mengandung

Antara perkara-perkara yang dilarang lakukan semasa mengandung:

 

Penjagaan kuku tangan kaki

Sebelum mengandung anda memang pengunjung tetap salun untuk rawatan kuku tetapi perlu dielakkan semasa hamil terutamanya trimester pertama. Kerana semasa rawatan, proses  urutan dilakukan sekali terutamanya pada bahagian ibu jari kaki. Ibu jari kaki kita adalah pengawal keseluruhan dalam badan kita.

Perkara-Perkara Yang Dilarang Semasa Mengandung


Jalani rawatan muka

Cuba untuk pastikan produk yang digunakan di salun tersebut bebas daripada bahan kimia. Namun, pastikan produk digunakan bersih dan tidak mengandungi bahan berbahaya.

Mewarna rambut

Bahan kimia yang terandung pada pewarna rambut boleh meresap ke dalam kulit dan menimbulkan risiko jangkitan terhadap kandungan dan seboleh-bolehnya elakkan, terutama pada trimester pertama kehamilan

Kasut bertumit

Semasa mengandung, tulang belakang dan pinggang kita memberikan sokongan yang besar daripada keadaan biasa (bukan mengandung) kepada kandungan kita. Bayangkan la kalau kita pakai kasut tumit tinggi dan memaksa tulang belakang dan pinggang kita untuk menstabilkan keseimbangan badan kita.
Perkara-Perkara Yang Dilarang Semasa Mengandung

Ubat nyamuk

Elak apa saja jenis ubat nyamuk tidak kira jenis semburan, yang dibakar atau sapuan sekalipun. Ubat nyamuk mengandungi bahan kimia berbahaya dan boleh menjejaskan kandungan anda.

Derma darah

Ibu mengandung dilarang untuk mendermakan darah kerana ibu mengandung mudah mengalami anemia (kekurangan darah) sedangkan anda perlukan banyak darah untuk kehamilan.

Elakkan membawa barang berat

Elak membawa barang berat, apatah lagi setelah kehamilan memasuki trimester terakhir.

Elakkan makan durian dan nenas

Durian bersifat panas sebab itu dinasihatkan makan durian dan nenas terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana ia boleh merangsang kontraksi yang akhirnya menyebabkan keguguran.
Perkara-Perkara Yang Dilarang Semasa Mengandung

Naik Kapal terbang

Elak menaiki kapal terbang pada trimester terakhir kehamilan, apatah lagi jika anda tergolong dalam kehamilan berisiko atau menghadapi masalah kesihatan. Tekanan di udara boleh menambah risiko terhadap kehamilan.

Ubat jerawat

Wajah anda dipenuhi jerawat setelah mula hamil? Ia perkara biasa kerana faktor perubahan hormon untuk proses kehamilan. Lupakan seketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin membahayakan pertumbuhan janin anda. Cara lebih selamat, kerap mencuci muka untuk mengurangkan penghasilan minyak yang menyebabkan jerawat. Atasi jerawat setelah melahirkan nanti.

 
So nikmatilah momen semasa mengandung dengan lebih tenang… hehehe

Filed Under: Perkara Yang Dilarang Semasa Mengandung

Comments

  1. fisya says

    23 March 2015 at 4:22 pm

    Orang tua kita banyak pntang larang kan.Walau kadang pantang yang tak masuk akal tapi sebenarnya tu la yang terbaik utk kta.Tq bg info tentang pantang larang masa mengandung ni.
    fisya menulis…Majlis Sambutan Hari Lahir Nur Damia InsyirahMy Profile

    Reply
    • azeni says

      25 March 2015 at 11:49 pm

      Tue la.
      Kadang2 jangan dibuang langsung ucakap oarang-orang lama kan.
      Banyak kebaikannya.

      Reply
  2. titan says

    23 March 2015 at 9:53 pm

    okeh.

    suami tak perlu buat apa-apa.

    bagus.

    yehh!
    titan menulis…DIAgnosis 2 ReviewsMy Profile

    Reply
    • azeni says

      25 March 2015 at 11:50 pm

      Hahaha.
      Seronok sangat yea.
      Nanti pas bersalin baru banyak kerja..:)

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badgeShow more posts

PENULIS BLOG

HUBUNGI SAYA

Perlukan maklumat lanjut tentang Shaklee (ID: 890574) ataupun untuk sebarang tempahan boleh hubungi saya di:

Call / SMS / Whatapps:
~~ Azeni 012 5771864 ~~

ataupun;

Email: naturavitamina@gmail.com

IKLAN

ARTIKEL TERKINI

  • Kembali Mencoret
  • Welcome Back Azeni!
  • Pengalaman Sendiri Tumpah Darah Lepas Bersalin
  • Impian Bungee Jumping di New Zealand
  • Agen Shaklee di Kota Bharu dan Pasir Mas Kelantan
  • Pembedahan Buang Tonsil – Wajib Atau Pilihan?
  • Popular
  • Comments

Archives

Hakcipta Terpelihara © 2026 · Azeni Ahmad · Dikuasakan oleh Alfalah Digital